Tips Memilih Rumah Sewa

by Alia Farhan, 1:40 AM

 Memilih rumah sewa kadang-kadang memeningkan kepala. Lagi-lagi kalau baru first time nak hidup sendiri lagi-lagi bagi fresh grad yang baru nak mula hidup sendiri. Tak kurang juga yang memilih untuk menyewa walaupun sudah berumahtangga disebabkan faktor lokasi tempat kerja yang sering berubah( relocations etc). Kita selalu dengar orang cakap rugi hidup menyewa ni, baik beli rumah sendiri and duduk. Tapi hidup ini tak seindah itu. Hidup manusia ni kan macam-macam corak. Kita tak boleh cakap what the best for us is best for others kan. So it’s never wrong to rent pun. Lagipun kos jual beli rumah ni bukan senang and murah.




Tapi takpa, kali ni kami nak kongsikan few tips nak pilih rumah sewa. Antaranya ialah;

1. Pilihan Lokasi

Adakah lokasi yang dipilih berdekatan dengan tempat kerja atau kemudahan asas seperti station bus, LRT, MRT dsb. Tak kurang juga dengan kemudahan asas lain seperti kedai makan, sekolah, hospital n etc.

2. Kunjungi Unit Rumah Sewa

Periksa beberapa pilihan rumah sewa yang ada. Jangan lupa pergi melawat dulu sebelum buat keputusan untuk sewa. Periksa keadaan rumah adalah terlalu panas, untuk mereka yang tak tahan panas atau pun terlalu bising untuk mereka yang mudah terjaga dari tidur. 




3. Periksa Kawasan Persekitaran dan Kejiranan

Ni penting ya untuk memastikan kawasan persekitaran selamat dan bukan “black” area terutamanya bagi penyewa wanita. Faktor keselamatan harus dititik beratkan supaya tiada perkara buruk yang terjadi. 

Bagi yang suka beriadah, adakah kawasan kejiranan tu sesuai untuk beriadah atau tak.




4. Kaji Sewa Bulanan

Antara perkara yang paling penting, kos sewa bulanan. Adakah berbaloi dengan kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah, kawasan persekitaran , jarak ke tempat kerja etc


5. Kos-kos Yuran Lain

Antara kos-kos lain yang perlu diambil kira adalah bil air, elekrik, maintenance,parking dan etc. Sebelum buat keputusan untuk menyewa tanya details kepada tuan rumah perkara ini.

6. Jumlah Deposit

Jumlah deposit biasanya akan diambil oleh tuan rumah untuk melindungi aset tuan rumah yang disewa oleh penyewa dalam tempoh masa tententu. Biasanya jumlah deposit adalah dua bulan sewa + 1 bulan utility 

7. Periksa Unit Sewaan

Pastikan unit yang hendak disewa dalam keadaan baik( perabot dan kemudahan asas lain)

8. Kos Pembaikan Rumah

Kos pembaikan rumah boleh memeningkan kepala penyewa. So before nak sewa, tanya tuan rumah terlebih dahulu berkenaan perkara ini

9. Tandatangani Perjanjian Sewa

Sebagai penyewa, kita wajib menandatangani perjanjian sewa untuk keselamatan kita. Takdalah kalau tuan rumah buat hal ka apa ka duit deposit kita burn!

10. Perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan

Ada sesetengah unit servis apartment atau rumah yang tuan rumah tak benarkan penyewa memasak atau pelihara binatang. So korang kena check balik benda-benda macam ni ya. Kang tak pasal-pasal void perjanjian sewa..korang yang rugi.





Itu la sedikit sebanyak tips memilih rumah sewa. And selaku landlord pun aku adalah seorang yang sangat lenient dengan penyewa aku. Asalkan diorang jaga rumah aku baik-baik , aku dah bersyukur sangat dah. Pada aku, kita permudahkan urusan orang lain, In Sha Allah, Dia akan permudahkan juga urusan kita.

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. patutnya rumah sewa dekat dengan public transport harga dia murah la sebab marhaen guna tapi depa letak harga melambung pulak T.T

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS