Credit to Maverick.com


Haishhhh lamanya menyepi dari blog ni.. Kali nak cerita skit pasai macam mana nak claim GST masa beli barang dekat Australia.


Hahahha. Setelah setahun lebih from my last visit kan. Untuk claim GST ni of course la kena claim dekat Airport kan. Ada dua cara, satu dengan berator dekat kaunter kastam diorang. Atau boleh drop off ja macam yang aku buat.


Credit to Google. 
Bayangkan dua tiga pagi nak beratoq menghadap Muka officer hat mengantuk2 tu. Baik tak payahhhh

Aku pilih method drop off instead off beratoq dekat kastam diorang tu. Satu sebab masa aku nak masuk dalam departure tu dah tengah2 malam buta. Time tu rasa nya dekat2 pukul 3 pagi. Kena pegawai yang kena tu mood tak baik.. Chances nak kena reject tu tinggi gila kan. So aku opt for second method ja.

Kalau kat Perth Airport dia ada kaunter untuk tulis2 n isi detail untuk nak claim. Kat dalam borang tu boleh tulis kan num Bank card korang. Aku masukkan ja num debit card aku. Sebab sepanjang dekat Perth memang aku banyak shopping Guna debit card aku ja. FYI aku xda credit card.




So bila da isi semua borang2 tu hampa kena tulis address hampa dekat sampul tu. Jangan lupa letak semua receipt2 yang hampa Dapat masa shopping. Kalau kat Chemist Warehouse, boleh sekali kan satu receipt tu. Then kepilkan sekali. Kiranya number ABN untuk company yang hampa shopping tu kena sama mcm tu la. Macam aku ada dua or 3 kot. Kmart, Pandora and Chemist Warehouse. So aku kena isi Rig borang yang berlainan untuk claim GST refund untuk tiga2 kedai ni. Rasanya min untuk boleh claim balik min pembelian adalah AUD300. Masa tu aku ada open order untuk perfume dengan Pandora. So banyak la aku beli kan.


Ni sampul yang kena tulis nama n address sendiri tu. 


Oh ya dekat bahagian ni tak leh tangkap gmbaq hence why no pics here. Dah la pegawai2 kat situ cengei2 Muka dia. Aku baru bukak fon nak tgk details apa.. Nanti dia mai kata no picture please. Seram aku...

So kalau hampa punya ni lulus atau kena reject.. Nanti depa akan hntaq surat mai macam aku punya ni. Untuk pengetahuan rasanya dalam seminggu dua da sampai surat ni. Mula2 tengok sampul ni ingat kan ada saman dari Ausie yang sampai sekali tengok ehh tulisan aku la. Ni GST refund.

Bila buka tengok wahhh Dapat balik noksss. Sebab hat first time aku pi Perth aku xdapat dia kata ada yang tak lengkap. So aku tak sure apa yang tak lengkap. So untuk hampa yang nak try refund GST masa kt Ausie elok lah try macam aku ni instead of pi kat kaunter.  Sebab aku tengok yang beratoq kat kaunter semua Muka pasrah ja. Ada yang blah Muka hampa xleh claimed kot.


Boleh la habuan nak makan kepsi anak beranak kan kat Malaysia. 


Benda boleh buat senang kan. Buat apa nak kena pi hadap orang yang tak ckup tidoq kan. Kiranya masa aku Dapat surat ni aku perasan duit da masuk dalam account aku. Awal dari surat ni sampai. So kiranya nk refund GST ni tak la susah pun.

OK lah... Sampai ketemu lagi Ozie.



Mode: tengah pening pikiaq next iti. 




Disebabkan kemalasan melanda... Nak buntu nak masak apa. Nak masak lauk lagi la malas kannn. So mari lah kita  masak nasi goreng ja lah. Daging banyak lagi. So apa lagi.. Pandai2 la mereka asalkan jadi. Nasi yang masak semalam ada lagi. So nasi goreng ja lah hari ni.




Senang ja pun.. Jom tengok bahan dan cara2 dia...


Bahan-bahan:

Cabai kering (Guna yang jenis tak pedas)
1 biji Bawang besar
6 ulas Bawang putih
Daging
2 biji telur
SOS tiram
Namfla
Cuka
Garam
Serbuk perasa
Nasi
Kalau ada sayur letak la sayur.. Aku xda stock sayur.. So xla letak.


Cara-cara:

1. Rendam cabai kering sampai lembut cabai kering tu. Aku guna air panas ja senang skit.
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cabai kering. Tumbuk kasar ya. Baru Dapat texture cabai kering tak hancoq macam tu. Sebab tu aku tak Guna blender sebab selalu akan over hancoqqq.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi.
4. Masukkan daging,titis sedikit cuka. Tujuan cuka ni nak bagi daging lembut.
5. Masukkan air setengah cawan adn biaq kan dalam lebih kurang 10 minit utk bagi cabai kering masak n daging tu lembut skit.
6. Bila ayaq dah kering masukkan sos tiram, Namfla Dan pecah an teloq.
7. Biaq teloq tu dah agak masak baru pecah kan dia.
8. Masukkan nasi dan gaul sampai sebati. Jangan lupa perasaan dengan garam dan serbuk perasa.
9. Kalau ada sayoq boleh letak sayoq. Kalau takdak.. Dah siap. Tapi aku suka nasi gorang aku ni goreng ranggup2 skit. Tak suka lembik2 gitu. So aku biar masa goreng nasi ni lama skit.
10. Dah siap.. Boleh tangkap gmbaq untuk orang macam aku ni. Hahahha


*** nasi goreng ni kalau ranggup2 skit lagi best. Lagi2 kalau dengan cabai kering ni. Biar goreng sampai nasi tu lompat2 skit dalam belanga hampa tu. Tadaaaaa


Kaki ni nak cerita menu simple tapi sedap. Inspirasi dari cooking ig dari Siam sana.
Aku memang suka gila tengok cooking ig dari Siam tau sebab tengok Masakan depa tu simple sangat selalunya.. Lepas tu sennag ja. Yang penting nampak sedap kan.



Without further due, jom kita tengok bahan-bahan dia and cara-cara dia.

Bahan:

Cabai melaka 8 biji(nak pedas letak banyak)
Cabai besaq merah 2 biji
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 10 ulas
SOS tiram
Namfla/sos ikan
Cuka
Ayam/udang/sotong
*garam
*serbuk perasa
Daun selasih/Thai basil
*petai.


Cara-cara:



1. Blend cabai besaq, cabai melaka, bawang besaq dan bawang putih. Jangan blend halus sangat. Aku guna tefal chopper tu ja. Senang dia punya tak jadi halus.
2. Panas kan minyak, tumis bahan tadi.
3. Masukkan ayam. Tambah air skit.
4. Then masukkan sos tiram, Namfla dan cuka.
5. Kalau nak letak udang dengan sotong boleh letak. Then letak Thai basil's tu.
6. Kalau rasa xckup apa2..boleh tambah garam and serbuk perasa.
7. Kalau nak letak petai.. Boleh jugak letak time ni. Dah siappp.


Ni yang lebih hat chop2 semalam.. Kita buat pulak utk hari ni... 


Matching kan dengan lauk2 simple yang lain. 



Tapau utk laki den. 





First, menuntut ilmu tu wajib atas orang Islam. So there is no such thing as waste bila hang menuntut ilmu. Secondly, u are not in my shoes and hadap apa yang aku rasa berperang dengan diri sendiri setiap kali nak pi reja. Mungkin kalau tak resign and still reja dekat tempat yang sama aku mungkin boleh jadi gila kot.

And yes for my 3rd job at this one small company aku memang suka kerja situ.. But I have my own reasons why I quit the job eventho they paid me like literally 1.5k more than the cheapskates J company. Again, everything is not about money. I have my own concern too so if u can please shut ur mouth and stop asking stupid questions again.

Bekerja adalah ibadah. Kalau aku kerja dalam keadaan aku takdak hati or tak ikhlas dengan kerja yang aku buat.. Apa jadi dengan ibadah aku tu? Tak berkat kan? Dari aku kerja tapi takda keberkatan dari Nya pun baik aku tak payah kerja. Eh wait a minutes. Sapa kata aku tak kerja? Technically I don't work in the office.. In the factory anymore. BUT I WORK FROM HOME. which I 'm literally not going to tell you what sort of works i' m doing.


Kalau kerja dari rumah.. Dah urusan rumah tangga tu bukan dikira Bekerja... Then what it can be classified as? Yeah I may not have paycheck every end the month like every other workers. But believe me.. I'm doin OK. Kerja jadi engineer dekat kilang dekat Malaysia ni pun bukan gaji besaq mana pun....title ja gah... Gaji mcm harommsss. Hahhahaha... The ugly truth.. Lain la kalau hg dalam oil n gas field ka... Apa ka... Kalau electronics mcm aku dulu.. Boleh blah ja lahh gaji dia. Yang dekat waste recovery and recycle tu best skit gaji aku... Walaupun keja tak lama... Tapi OK la Dapat la lari dari electronic yang boringggg tuuu.

My turning point aku quit bila aku start kerja balik dekat waster recovery and recycle tu.. Aku sampai rumah dah pukul 7+. Abih working hr is 6pm...ambil Adriana dekat rumah tok mama dia lagi. Pi beli makanan apa semua sampai rumah memang dah pukul 7. Cepat bagi makan dekat Adriana. Then pi mandi... Solat.. By the time aku habis solat Adriana dah terkena dekat sofa dengan aksi spiderman la apa la. Yes Waktu tu Aishah takda lagi.

Laki aku pulak biasa la bila reja sendiri ni. Buat reja kdang2 tak tentu masa. Pukul 9-10pm baru balik. Ada hari kdang2 balik lambat. Aku pukul 9 lepas solat Isyak terus lena wei. Esok nya bangun siap2 semua pi reja. Sempat jumpa laki pun time subuh tu ja. Bawak Adriana ke umah pengasuh pun dia masih lena time tu.

Kiranya anak aku jumpa bapak dia time weekend jugak la kalau dia tak terkena awai or kalau laki aku balik awai. Aku pun tdoq awai selalunya sebab penat wei bila sehari hang exposed dengan chemical... Memang tobat badan akan lemau tau.

So pikiaq punya pikiaq.. Punya pikiaq banyak kali. And berbincang dengan laki aku semua. Aku pun amik keputusan untuk tender resignation. Ada lagi satu sebab major kenapa aku resign tapi aku xnak la mentioned kat sini. Tu pun melibatkan keberkatan rezeki aku jugak kan.

Alhamdulillah. Aku rasa buat keputusan untuk resigned dulu tu bukan lah satu keputusan yang salah. And sebulan lepas aku resigned tu aku mngandungkan Si Aishah. Tak Dapat bayangkan kalau still kerja and mngandungkan Aishah time tu. Dah la exposed dengan sludge heavy metals apa bagai kan.

Aku rasa Allah yang dorong aku untuk resigned ni bukan saja2. Dari aku duk berperang sorang2 dalam hati aku sampai boleh lead to mental illness baik lah aku buat keputusan yang betul kan.




Tanda2 burnout. Ni semua curi2 yang ada kat aku masa aku kt company J dlu tu. Aku stress... Aku jadi x seronok langsung nak pi reja. Aku xboleh tidoq sampai pukui 3 4 pagi. Dah kalau tdoq time macam tu.. Macam mana nak pi reja kan. Aku selalu sakit. Memang effecting sangat aku punya life time tu. Orang yang tau masalah aku time tu hanya lah suami aku. Kalau nak pi reja tu berdrama ayaq mata. Macam kan nak pi ke mana ja. Sebabnya aku dah burn out. Memang aku dah kenot go. 

Sebab tu before u go and start judging others yang taknak kerja tu... Xpayah la sebuk2 nak jadi nujum pak belalang. Sebuk gila tilik nasib orang. Nanti itu la ini la. Nanti takdak duit la apa la. Perempuan kena kerja la.. Perempuan kena ada duit sendiri la bla bla bla.  Aku ada duit ka takdak duit ka tak pernah pun mintak duit orang kecuali duit laki aku. In fact aku pun buat duit aku sendiri jugak hasil goyang kaki dekat rumah. Kan orang cakap duk rumah goyang kaki ja kan. 

So chill... Takyah sebuk2 dah pasal hidup orang. Get a life. Aku pun bukan mintak duit hang kalau aku xdak duit. Or mintak duit laki Sapa2 ka. Aku minta duit laki aku sebab ya lah.. Dia laki akuuu.. 

Tengok macam lani sudah la bila laki aku kena buat reja yang ni.. Malam baru boleh start sebab involves Jalan yang busy dekat Penang ni. Kdang2 anak2 sampai 2 hari tak nampak jumpa Muka papa depa. Kalau aku pun busy reja... Xdapat la suka2 hati hari ni buat keputusan nak duk kat Copthorne kes laki busy ke laut.. Esok check in. Banyak cantik boss hang nak bagi cuti mcm tu ja kan....



Alhamdulillah makan pakai walaupun tak mewah mana pun.. But still la xpernah lagi kebuluran. Tak Dapat bayang kalau reja.. Amik anak2 dari rumah pengasuh. Hang baru siap semayang apa... Baru nak main2 ngn anak2 hang.. Depa dah penat and lena.

And memang la jaga anak2 Sambil buat reja sendiri dari rumah ni penat. Tapi takpa lah... My priority still my kids. Aku pun bukan lah a perfect mom.. Masak sehari 3 kali ka. Ada hari aku tak sempat and banyak reja. Memang aku beli ja. Tak salah pun sekali sekala nak skipped all those routines kan. Lain la kalau aku ada maid... Senang hidup aku...

So sekarang ni aku nak focus dekat anak2 aku and kat diri aku. Sebab aku ni kalau aku tak happy.. Akan effect ke anak2 and satu family aku. Orang kata nak rosak kan institusi keluarga tu.. Senang ja... Bagi mak dia rosak /penat terlampau that can lead to depression etc... Maka yang lain2 pun akan effecting jugak.

Untuk mak2 di luaq sana... Yang bekerja mahupun yang goyang kaki kt rumah mcm orang kata... Don't bother what others said about us... Yang penting kita buat apa yang kita suka and happy OK... Take care.. N hugssss...




Since boba is in trend nowadays...so there are a lot boba shop yang tumbuh bagai kan cendawan selepas hujan. Dulu2 asyik orang ajak lepak Starbucks ja kan... Now nampak trend tu berubah la skit kan.

Name it.. Chatime, Tealive, Xing Fu Tang, The Alley, Daboba n much more. Banyak sangat sampai tak tau dah trend nya.

Sebelum2 ni selalu minum boba yang dekat Chatime or Tealive ja lah kan. Yang tu la yabg kiranya paling hot pun dari dulu.

Kebetulan Jumaat hari tu lepas check out dari Copthorne Orchid Hotel Penang, terus pi dobi baju dekat self service laundry kan.. Xlalu lah nak bawak balik rumah banyak2 nak basuh. Walaupun ada 2 in washer dryer.. Tapi sebab load banyak.. Tak lalu la nak buat banyak2 kali.. Huhuhu.

So lepas dah buat laundry tu terus pi ke Daboba dekat area Karpal Singh Drive tu jugak. Suka time tu tak jem sebab time weekdays kan.. Cuba kalau weekn Allah ramai ya manusia. Tak best. Nak parking pun payah... So sementara nak parking pun senang.. Maka dengan itu harus lahhh kitaaa serbuuu....


Comel ja beruang tuuuu.. Geram pulak kitaaa... 




Suka tengok. Cosy ja





Spacious.. N cosy to chillex 


Boleh tahan jugak nak buat ni ya. Selalu orang beli kan. Tau minum ja. Hahhaha



Nice sea view 🌊🌊🌊


Nyumsss



Sedapppp layan tepi pantai pulak kan. 


Chillex by the beach. 

Overall bagi aku. OK la sedap jugakkkk. Tapi tak boleh la minum hari2 kan. Mau gila kena potong kaki nanti. Lepas ni insaf kena blend air daun belalai gajah buat ubat dia. Huahua.  Satu ja nak pesan, boba boba gak.. Tapi jangan la minum hari2 oiiii. Sebulan sekali OK la. Tinggi gula kot menda alah ni. 




Bila start cuti ja hati aku jadi pasrah oiiii. Lagi2 la bila anak2 da sekolah ni. Macam Adriana bila da msuk pra sekolah ni kiranya tak boleh la nak suka2 hati tuang sekolah macam tu ja. Sebab tu macam kesian kan kalau tak pi ke mana2.

Kalau last year, dia kat kindergarten luar boleh la bawak dia pi bercuti kat Perth pun. 10 hari pun xkesah. Ni kalau dah masuk Pra sekolah ni.. Kang mengundang kemarahan cikgu kan. Menda boleh elak.. Kita elak la kan.

Kalau ikut plan, raya kedua nak pi KL hari tu... Tapi sbb hal yang tak Dapat dielakkan kami tak Dapat la nak pi. Kalau ikut plan nk la jugak lajak ke Melaka. So last resort... Kita bercuti dalam Penang jugak la. Hari Selasa decide dengan husband nak pi bercuti area2 Tanjung Bungah ja. Kalau Ferrighi malas sebab jauh. Lagipun laki aku baru start reja buat parit kat Jalan yg agak bz kt Penang ni. So reja dia akan start waktu  malam utk elak jem. Bayangkan kdang2 kul 6 baru habis tengok orang buat reja. Ada hari kalau xlarat sangat dia x balik rumah and tdoq kt umah arwah fil aku kat pulau ja. Anak2 kadang xnmpak Muka papa depa nanti mula la buat perangai. So nak elak dari anak2 aku start buat perangai.. Elok la kami check in kt hotel yang OK n boleh depa enjoy kan.

Mula2 aku nak book Hotel Sentral Seaview ja sebab satu harga pun murah kan. Tapi sebab takdak bath tub untuk bilik yg biasa tu terus xnak la. Rainbow Paradise, Flamingo dah selalu dah sebelum2 ni stay and rate pun agak mahal jugak.. Biasa la cuti kan.. What to expect.. So aku amik la Copthorne Orchid Hotel ni ja. Hotel ni memang old school ya. Aku rasa masa first time aku pernah stay sini masa aku reja kt Sumitomo dulu kot. Tak ingat dah.

Untuk pengetahuan hampa Rainbow Paradise pun old school gak.. Ada Bath tub gak.. Tpi dia tak se-old school Copthorne ni la. Hahahha. Kalau yang Flamingo tu pulak dah refurbished and ada bath tub
. Tapi pakai tiles... Sejukkk oiii. Tak tahan akuuu... Kalau letak vinyl flooring OK lagi.. Ni tiles dengan kalau lpas balik swimming pool ada chance la kecah satu blik. So kalau hampa yang ada anak2 ramai tu.. Not recommended la Flamingo tu bagi aku.. Sebab flooring dia tiles.. Sejuk mampuih klau anak kena tdoq kat bawah. Even letK toto pun aku rasa nanti sejuk sampai ke tulang... 

So xpa la.. Aku pun booked la untuk stay dekat Copthorne ni. Cuti pun bajet2 ja. Sebab bajet ke laut pun ada gak. Kalau ikut best.. Best lagi la Bayview Beach Resort. Tapi sebab jauh ke Ferringhi sana and harga dia pun mncanak2 time coti2 ni.. So bior je lahhhh. 

So Moh la tengok hotel yang kami stay untuk 3 Days 2 notes ni.... 


From Juru to Tanjung Bungah


Suka sebab dekat dia punya luar ni banyak gila greenies... Lawooo


Check in 3 beranak dulu sebab husband aku pi reja dlu. Petang tu dia mai kat kami 3 beranak. 


Bau wangiiii. Aku suka bau lobby Hotel. Ada sesetengah lobi Hotel bau wangi. Salah satu dekat sini. 


Ruang reception yang luaih gila. Kami check in awai sebab sampai awai. Lucky they let us in earlier. Dalam 2.15pm mcm tu kami check in. 


Pantang nampak cermin haaa. 


OK dah check in. 


Bilik ayaq luaih. 


Yeayyy ada Bath tubbb 


Katil twin*2..luaih..muat 2 org dewasa tdoq satu katil ni. Sama mcm kat homestay aku. Guna katil twin ni gak sebab beli 2nd hand dari hotel hari tu. 


Old school kan. Baru la gegar2 vaganzaaa


Basic2 la.. Baguih sebab aku lupa bwah tooth brush😝


Nothing fancy but OK. 


Save d world 


Hahahahhaha. Ni terpalingggg old school gilaaa. Tapi old school lagi hotel yang aku duk kat Perth kat Scarborough Beach tu.. Yang Indian Ocean Hotel tu. Hahahahha. I'm fine with it as long as I can get to enjoy myself there. 



Basically bilik dia semua hadap laut la. Kalau sebelum The Cove Beach ni ada mmg directly la hadap laut. Tapi sebab ada menda alah ni.. Terlindung Dapat sipi2 la. Sis OK ja.. Janji nampak gak laut walaupun sipi2


BREAKFAST


Break fast here. 


Sambil nampak laut.. Dekat dalam gmbaq ni x nampak la kan


Budak2 makan apa ja. Cereal ja lah


Porridge dia menarik noks


Nasi lemak dia sedap.! Yang penting asingkan bilis ngn kacang.. Eii anti betul aku kacang tu tau dakkk.. Tapi kalau kuah kacang aku suka.. Kalau kacang goreng gitu tak suka


Porridge dia sedap nak mam... Aku cilok udang.. Fish cakes n sambal tu dekat counter hokkien noddle. Sedappp oii buat macam ni.. Fuhhh


Pastry dia sedap.. Tpi croissant tu aku over heat. Huhu. 

Overall breakfast dia lagi sedap dari Rainbow Paradise, Flamingo& Hotel Sentral Seaview. Aku bagi 4.0/5.0


FACILITIES 



OK la.. Macam biasa la hotel ni ada la swimming pool. Walaupun pool dia takdak la fancy2 macam dekat Golden Sands, Hard Rock Hotel Penang mahupun Bay View Beach Resort... Tapi OK la untuk hotel yg season in d sun ni kan... 


Nak mandi kat swimming pool.. Sekali tutup daaa... Maigoddd


Gym pun ado haaa. Jangan me main. 


Sebab swimming pool tutup.. Maka duk la Berendam dalam ni dlu ya. Sebab tu la pentingnya bath tub ya tuan2 dan puan2... Bukan utk mak2 ja nak me time... Anak pun boleh ulang mandi dalam ni sampai lebammm


Laki aku dulu macam The Rock zaman awai2 WWF tu.. Lani mcm The Rock gak.. Tapi dia Kembang kot len..lani WTF.. Hahahha.. Dah jadi mcm octopussss...

THE VIEW






OVERALL

3.75/5. 0

PRO:

Damn cheap... Musim peak season boleh Dapat less than RM170

Nice breakfast

Nice seaview

Got bath tub(important for me n kids!) 

Clean

Private Beach... Only can be access by hotel residents and condo residents dekat sebelah tu. 


CONS:

Old school interior


So bila ditimbang tara banyak lagi PRO nya dari CON nya yang cuma 1..aku rasa this hotel is not bad at all. Kalau dia refurbish hotel ni dekat room dia.. Kompem2 tak dapat rate macam gini dah... 

So... Aku rekemen la untuk hampa yang nak mai Penang ni.. Boleh la stay kat sini kalau tak kesah interior dia tak up to date pun. I don't really mind about it pun. Pantai dia pun lawa and public takleh access easily. So why not rite? Aku Dapat rate utk peak season ni RM165/nite tak masuk tax la.. Sekali bfast ya yang aku amik ni. 








© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS