Resipi Rendang Daging Pantas

by Alia Farhan, 7:11 PM

 Assalamualaikum…

Hari tu macam yang kita sedia maklum,terkejut tergempar  kita kena buat preparation raya kalut-kalut. Benda paling penting kalau nak raya of course la rendang kan. Tambah-tambah kalau rendang daging. Boleh termenung and tam tidur malam nak siapkan and tunggu daging tu empuk kan.


Tapi takpa..moh ler kita share resipi daging terkejut tergempar ni. Apa yang penting,bare in mind setiap kali beli daging potong siap-siap tu bite size supaya senang kalau time emergency senang nak buat apa-apa.

Bahan-bahan:


*3 biji bawang besar

*1 labu bawang putih

*Halia sebesar dua ibu jari

*Lengkuas sebesar dua ibu jari

*4 batang serai

Gula merah/ melaka

Gula batu

3-4 keping asam keping

Garam secukup rasa

Bahan perasa secukup rasa

4 sudu makan kerisik

Daun limau purut dirincik halus

Daun kunyit dirincik halus

Santan 1 kotak

Daging yang sudah dipotong-potong bite size

Minyak untuk menumis


Cara-caranya:

1. Blendkan bahan-bahan bertanda*.

2. Panaskan minyak di dalam pressure cooker, tekan ja START button and biarkan minyak masak.

3. Bila nampak minyak sudah masak boleh la masukkan bahan-bahan blend tadi ke dalam pressure cooker.



4. Tumis sampai naik bau, dan masukkan daging ke dalam pressure cooker. Daging aku masih beku ya. Terus ja masukkan ke dalam PC.

5. Kemudian OFF kan START button dan click BEEF MODE dan tekan START.

6. Terus tutup PC dengan penutup dia dan seal kan valve di atas untuk biarkan PC dalam mode pressurised.

7. Dalam masa 40-50 minit, akan bunyi beep dan biarkan dalam mode WARM. 

8. Biarkan pressure vent dengan sendirinya. Sambil-sambil tu boleh la buat kerja lain. 

9. Bila dah pressure semua release boleh la bukak penutup untuk masukkan garam, gula, serbuk perasa, santan, kerisik dan asam keping. 

10. Tekan mode START dekat mana2 mode dan jangan lupa masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Time ni kita nak keringkan air/kuah rendang. But if you taknak kering-kering ok ja nak stop. 

Da TIAPPPPP..Sat ja da siap masak rendang kita…


Nah tengok video tiktok aku buat ni



SHARE 2 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS