Makanan Thai Sedap Di Penang

by Alia Farhan, 9:17 AM

 Assalamualaikum,

Sebab ramai kan duk tanya…kat mana kak alia makan makanan thai sedap ni?!!!Depa kata selalu sangat duk up layoq kan…

Takpa la kali ni kita reveal la kan…cuma x reveal la kt fb..sapa nak tau kena baca kt blog…hahahhahahahha 


So hampa yang nak tau makanan best2 kat Penang ka apa ka kena la selalu follow blog aku walaupun sendu kadang2 n malas gila nk update blog kan…so hampa doa2 la aku rajin nak share and update blog sedia tau五五五


Jeng2 penuh meja lagu ni punya sedap ..ada lagi dua tak sampai semua total tak sampai RM70 pun…
Heaven oiii


Laksa Siam semangkuk banyak ni ..makan dua orang pun boleh..baru RM8 ja..nak buat lagi penat dari tu..baik beli ja五五五


Somtam sedap nak mampus


Thai green curyy pun sedap gilaaa oii


Kerabu kaki ayam fav makjem..pedas terbakaq lidah..dia punya garlic + cili padi+ asam tu combination yang membakaq lidah aku.. tapi bakaq2 pun lagi nak balun bagi perabih


Ni first time makan..selalu x pernah order yang ni..kakak aku yang nak ni…perghhhhh dap gilosssss…perfecto!!!


My favourite..kengsom with rice+teloq mata only RM13.90…ikan besaq..murah kot…dah la sedap..pedas menyegat tapi tu la yang aku suka..kengsom dia memang memikat hatiku n lidah susur galur Siam ku ini.


Tak panggung pala Nadia Said makan oiii.. bila angkat pala sambil geleng2 uishh sedap..uishhh sedapp..pastu ngap hat lain sambil geleng pala lagi uishhh sedapnyaaa

Ya lah member duk Tawau mana nak ada masakan Siam sedap2 wei..balik Semenanjung semua dia nak jjcm…dia kata semua sedap…lidah adik hg ni lidah premium kot


Ni yang sebelum-sebelum ni duk pi makan…order Phad Thai…sedap!!!!


Red ruby..ni dessert orang Thai..yang merah2 tu water chestnut celup tepung pulut..pastu ada nangka n kuah dia tu guna santan..sapa besa makan lt Jhonnys maybe familiar dengan hat ni..tapi hat ni best lagi dari Jhonnys tu sebab hat ni banyak lagi n murah lagi不不不




So….


Nak tau dekat mana?

Nak keeee???!!!


Sila lah ke Gurney Plaza, cari food court dia and cari lah kedai Thailander ni… sila lah rasa sendiri..
Yang jenis tak tahan pedas tu kalau hampa jenis perut tak tak tahan tu..maybe takut sakit perut la..but overall setakat ni semuanya sedap la

Nak tau lagi tempat makanan mana best/best kat Penang ni korang rajin-rajin la komen supaya aku rasa syiok nk update blog..biasa la orang baloq ni dia kena ada pemangkin or org kokdiang kata catalyst..
Kalau dak nanti aku demotivated  n malaih dah nk update blog… ya lah nanti macam syok sendiri ja kan…

Lepas da komen tu jangan la lupa telan2 sikit iklan dekat blog aku..so dapat la aku duit dari Google lepas tu aku boleh pi food hunting lagi..lepas tu nanti aku share la dekat sini..

Lepas tu repeat again n again

Lepas tu nak kurus tapi hobi makan pastu jadi belonnnnn
不不不

Ok baiiii












SHARE 6 comments

Add your comment

  1. Sedap sedap semuanya. Murah pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sedap sangat cici..semua sedap n harga pun reasonable sangat

      Delete
  2. Aduh semua nampak sedap-sedap sangat ni, harga berpatutan

    ReplyDelete
  3. Sedapnya makanan Thai, seram pulak tengok laksa Siam tu nampak kuah lain macam. Kari hijau pun unik. Suka masakan Thai tapi tak banyak yang pernah cuba sebab husband tak suka sangat masakan thai. Kalau pergi pun dia makan Phad Thai, pulut mangga dan red ruby tu okay lah.

    ReplyDelete
  4. rasanya kedai ni masak lagi sedap dari mathaf tu hahahaha

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS