Resipi Air Asam Ohsem

by Alia Farhan, 11:17 PM

 Assalamualaikum,

Hari ni dapat juga curi-curi masa untuk update blog walaupun sebenarnya hari-hari berazam nak update blog tau五. Semalam da missed ya update blog. Bzzzz五五五

Sebab semalam ada event dekat Ikea pagi tu..lepas tu pi shopping ikea sorg2 heaven sebab xda orang kacau nak lari sana sini..lepas tu xda orang buat muka tgk bini duk amik mood pikiaq nak deco2 letak barang ni barang nunkat mana..heyyy rimasss lahhhh kalau pi ikea tergopah-gapah u olls五五五


Balik dari Ikea tu terus semangat nak susun bawah sinki tu…situ biasa la tempat letak barang-barang capkang(bertukang) ..tempat sorak barang kalau nak cepat..hahahha

Lepas tu sebab panas jugak take a break nak lena jap sebab sakit kepala.ingat nk take a break lelap 30 mins ja tengok-tengok berlayar samapi sejam..ok la heaven sapat rest jap mcm tu.

Lepas tu bangun terus buat ayaq asam sebab semalam ada BBQ Raya dengan jejiran tetangga yg terdekat. Nasib diorang suruh buat ayaq asam ja..macam paham-paham jugak aku tengok baloq liat五


Untuk buat ayaq asam cara aku dan mak aku ni, bahan-bahan dia ada dua kategori:

Bahan blend
Bahan ramas-ramas(bunyi macam apa ja)

Untuk bahan blend, korang sediakan( kuantiti bergantung kepada banyak mana kornag nak buat la kan). Lepas tu bahan-bahan ni sama ja macam korang buat sambal belacan blend tu.

Cabai besaq 7 biji
Cabai melaka merah (pedas)- 6 biji
Cabai melaka hijau( segenggam)
Bawang besar  1 labu (dipotong)
Tomato besar 1 biji ( dipotong)
Air asam jawa
Belacan - aku pakai 2 ketul besar ibu jari.

Cara-cara: 

1.  Masukkan semua bahan-bahan tadi ke delam blender. Jangan campurkan air. Memadai guna air asam jawa ja
2. Blend kasar kesemua bahan tadi. 


Untuk bahan ramas-ramas…hahahhaha

2 biji bawang besar dirincik halus2
2 biji tomato besar dirincik halus2
2  biji cabai besar dipotong serong halus2
10 biji cabai melaka merah+hijau dipotong halus-halus
1 peket kerisik
Air asam
Gula 
Garam
Serbuk perasa

1. Satukan semua bahan potong ke dalam besen kecil, kemudian masukkan sambal yang diblend tadi.
2. Kacau sebati bahan blend dengan bahan2 potong tadi. Ada remaining sambal dalam blender masukkan air asam jawa dan  kocak-kocak (jangan membaziaq sis)
3. Masukka air asam jawa+ sambal tadi ke dalam besen dan masukkan gula, garam dan serbuk serbuk perasa.
4. Lastly, masukkan kerisik ke dalam air asam tadi. Rasa kalau terlebih pedas masukkan sedikit air asam jawa atau air limau dan gula. Pandai-pandai la bagi balance rasa pedas dia tu.

Ni buat makan dengan ikan bakaq sedap..dengan daging bakaq pun sedap..or buat kerabu perut..takpun rebus ikan temenung..letak air asam ni banyak2..perghh dapnyaaa



.


Cantik ye bila serve dalam bekas mangkuk ikea ni. Kahkahhhh


Ni hasil bbq semalam yg tak habis kita tapau balik and makan








SHARE 2 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS