Resipi : Ikan Masak Asam Taucu

by Alia Farhan, 9:34 AM

 Last week kami laki bini start puasa enam walaupun dah hujung-hujung Syawal kan. Kami start Ahad lepas and habis Jumaat baru-baru ni. 

So ada hari yang aku masak sebab malamnya si kakak ada kelas tuition. Taknak la makan kt luar time hari dia tuition tu sebab suntuk sngat masanya. Si kakak pun hahis sekolah hari Isnin pukul 6.30 petang. Tuition pulak start at 8pm mcm tu. So a bit rushing la kan.


So hari Isninnya tu memang aku masak simple-simple aja. Kari ikan repoh and ikan repoh masak asam taucu. Mula-mula tu rasa nak makan ikan masak asam..then tiba-tiba jugak nak makan ikan taucu.. biasa la wanita kan memang macam ni. Suka berubah pikiran. Duk pening la nak makan taucu ka masak asam ka kan. Last-last why not combine both. Lagi sedap kan…

So here we are..ikan repoh masak asam taucu. Fuhhh sedap bethollll.



So jom kita tengok bahan-bahan and cara-caranya:

Bahan-bahan:

Ikan digaram kunyitkan 
Air asam jawa
Garam
Gula
Serbuk perasa
2 sudu taucu manis
1 labu bawang besar dipotong
5 ulas bawang putih dipotong
1 biji cili besar dipotong serong
5 biji cili pedas (tak payah potong,letak seketul2)
Minyak untuk menggoreng ikan

Cara-caranya;

1. Panaskan minyak dah gorengkan ikan. 
2. Bila ikan dah masak, angkat dan letakkn dalam pinggan asing. 
3. Simpan separuh minyak goreng, dan panaskan separuh minyak goreng ikan tadi dan tumis sedikit bawnag putih dan bawang besar tadi.
4. Kemudian masukkan air asam jawa dan kacau-kacau.
5. Kemudian biarkan mendidih dan masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Balancekan rasa masam manis tu. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, cili beasar dan cili padi ke dalam kuah. 
6. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan kacau-kacau. Kemudian masukkan taucu manis ke dalam kuah dan kacau-kacau lagi. 
7. Dah siap ya. Boleh la angkat untuk dihidangkan. 

Aku memang suka ya masak asam ni sebab rasa masam manis dia tu blend in sangat. Memang perfect juga buat luk berpantang ni.

Korang cuba lah..mana tau tiba-tiba craving for something yang masam-masam manis boleh la try yang ni kan.

Till then, bye




SHARE 0 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS