Hahahha...
Sapa kat sini jenis keti tu bau perghhh macam makan bawang sekilo bila bashahhhh tu???
Sapa macam tu? Eh heloooo sory skit...aku tak macam tu okeh. Aku makan bawang Holland so ketiak aku tak tengit bau macam keti Abangla ( bukan racist ok..hakikat)

Dah kalau korang jenis yang ada masalah bau badan stail Nauzubillah sendirj bau sendiri nak pitam...elokla korang amik masa sat baca lagi apa aku nak carutkan dekat sini.

Hampa tau dak dekat bahagian ketiak kita ni adalah bahagian yang quite sensitive. Sebab dekat sini la terletaknya nodus limfa (lymph nodes) kita. Apa itu nodus limfa? Nodus limfa ni adalah sistem pertahanan badan kita. Ada yang amik Biology tak masa SPM dulu? Ingat lagi dak apa cikgu Biology hang duk ngajaq kat depan oi? Tak ingat tu hang duk lenaaa la tu kennn...


Credit to spengetahuan.com
Boleh click SINI untuk baca lebih details apa itu nodus limfa (lymph nodes)


So apa kena mengena ketiak dengan nodus limfa la apa bala la...of course la ada kena mengena...sebab lani kita terlampau obses nak ketiak tak busuk...taknak busuk lepas tu takmau bagi dia berpeluh pulak...dah taknak bagi berpeluh nak bagi dia wangi..lepas da wangi nak bagi ketiak tu putih pulak...ehhh banyak betul cengkadak korang nak keti korang macam-macam kan...

Dah tu apa yang korang nak.dengan ketiak korang ni kan? Kalau aku, cukup la dengan tak bau sudahlah kan. Biar ketiak hitam..jangan hati yang hitam bro...ehhh #siscubadakwah. Lepas tu kat ketiak tu jugak la duk shave tak bagi bulu tu.boleh dandan n dreadlock kan. Selalu kalau pengalaman aku bila lepas shave tu kan after sapu deodorant dalam dua tiga hari nanti mesti naik macam jerawat tak jerawat. Oihhh seram oihhh...jangan main-main wei. Serius aku seram.

Seram tak seram la. Aku perasan everytime aku shave ketiak ja nanti akan jadi macam tu. Sampai la satu hari ni aku dah cuak..aku pi Gleneagles untuk jumpa breast surgeon dia. This is serious talk. Siap  doc check raba-raba ( yang laki tu tak payah nak imagine lebih-lebih sangat boleh?panggg kanggg) siap pakej scan buat ultrasound semua. Alhamdulillah takdak apa-apa. Doc cakap maybe sebab aku baru lepas shaving and then pakai deodorant sebab tu jadi macam tu. Sebab maybe ada luka and the ingredients deodorant tu terkena and sebab tu jadi macam jerawat and bengkak tu.

Aku da tahap paranoia dah dengan deodorant kat pasaran tu semua. Habis semua chemical ingredients aku check satu-satu sampai la aku google semua ingredients tu balik. Haihhh..jangan wat main-main...budak-budak background chemical engineering ni bab-bab chemical ni dia alert skit. Bukan sikit tapi banyak! Mak aku nak tau sikit pasal bahan kimia ni bahan kimia nu mesti nak tanya aku. Ehhh dah macam jadual berkala pulak aku ni.

Dah kalau semua bahaya....aku nak buh apa kat keti aku ni xbagi bau kepam wei? Pening pala. Sampai la aku lepak kat Guardian time tu duk belek satu persatu ingredients kat botol-botol deodorant tu...belek satu next..belek satu next...belek satu next sampai la dekat product ni. Ehhhhhh apsal ingredient dia ni aja...ehhh...apo ko bondo ni ehhh.


Taraaaa. Aku beli yang kecil ja. Tapi tahan berbulan-bulan. Nak masuk setahun hokey!


Antara sebab aku pilih Total Image Smelly No More ni adalah:
1. Dibuat dari mineral salt
2. Anti-bacteria yang menyebabkan bau keti!!!
3. Selamat untuk semua jenis kulit.
4. Alcohol n fragrance free.
5. Reduce peluh without blocking pores kita..tak macam deodorant biasa tu ye.
6. Tak da harmful chemicals sperti parabens, aluminium chlorohydrate,  takda mineral and perfume oils dan lain-lain.
7. Tak sticky and oily
8. Tak mengelap kan keti! In fact my keti dah bertambah seri...kahkah.
9. Tahan lama nak mampus. Setahun nak habis satu stick pun bercinta wei.
10. Tak keraskan baju hampa macam commercial deodorant...euwwwwww nampak bertompok putih kat ketiak gitewww...ewwww



Cara penggunaan pun mudah wei. Hang basahkan je garam tu pastu tenyeh je secukup rasa kat ketiak hang. Awal-awal memang rasa ketiak tu macam light-light takda penrlindunga  gitewww macam euwwww ketiak rasa mcam tak pakai deodorant. Pastu lama-lama dah biasa and ketiak hang pu da addapt dengan garam ni hang pun akan ok ja. Pastu lama-lama hang akan perasan ketiak makin glow...kahkah..glow tu tipuuu...maksud aku makin cerah dari guna yang whitening tapi ketiak makin kepam n makin hitam!


Acrive ingredient: natural salt sajo.

So cerita dia..baik lah hampa pi beli ni pakai ni. Ingat hat mana kita boleh elak..kita elak. Aku dah lama nak share pasal deodorant ajain ni tapi asyik lupa ja. Maafkan aku tau sebab lambat nak share menda baguih macam ni.

Kepada kaum hawa ku, aku menyeru korang rajin-rajin la examine breast korang untuk tengok any abnormalities tau. We should alert with our body!

Macam mana nak check?

Mai sini hampa tengok dekat bawah ni tau




Sebaiknya buat lepas seminggu period ya korang.


Credit to thesun.co.uk 


Jangan lupa check any abnormalities tau. Nak senang masa check..check depan cermin.




Riang Ria Raya Moments

in , by Alia Farhan, 8:16 PM
Sedar tak sedar dah masuk hari ke 11 Syawal. Wahhh sat ja kan. Baru rasa macam puasa hari tu...lepas tu raya..ehh tup-tup dah Syawal hari ke 11. Memang betul la orang cakap akhir zaman ni memang sat ja masa berlalu. Kita ja yang selalu amik sikap sambil lewa kan.

Dan bila sebut pasal raya, seriously aku dah lama hilang feel raya tu sejak-sejak arwah tok aku takdak. Ya lah, sebab kami empat beradik arwah tok yang jaga kami. Yes tok duduk ngn family kami. So kami membesar dengan adanya tok di sisi kami. Mama ngn arwah abah bekerja. So apa-apa bila time mama ngn arwah abah reja, arwah tok yang will look after us. Rindunya dekat arwah tok. Then bila abah takdak and pi secara mendadak, tu lagi pukulan untuk aku. Sebab aku ni memang anak manja abah. Memang rasa sakitnya tu..undescribeable. yes time heal. But bila kenang tu..hati sayu sangat... menda paling kuat bermain kat fikiran aku...what it abah ada lagi...what if abah itu...what if abah ini... Macam tu la dia. Sejenis perangai sangat kan.

Dan bila dah berkahwin and ada anak-anak sendiri, mainly raya is for them. Let they have a good memories to be remembered like I did. I have a beautiful childhood riang ria raya moments and I hope they will too.

Moments of hari raya is not about ketupat and rendang...it's about how well u spent it with your loves one. It's none like other ordinary and boring day...well I hope u guys have a well spent day with ur love on during Hari Raya.


Bermaaf-maafan. It's a tradition.



Husband n wifey selfie.


No proper raya photo for 4 of us.


Aishah i dont care face!


Mak Jah's clan.







Cucu-cucu Mak Jah.



Papa n her daughters. Sadly, I dont have pics with my daughters like my husband did.

So how is your Hari Raya?




Aku selalu ada masalah dengan kulit muka aku ni. At one time dia boleh jadi berminyak, pastu kering dekat bahagian pipi..xleh nak kata V zone sebab dekat dagu can be oily...dekat T zone memang harap maklong masalah berminyak. Kejap jadi combination...sat2 jadi oily nak mampus satu muka. Dahhhh pulak pening nak cari skincare.

Dulu aku pernah pakai Clinique face soap tu. Pernah pakai yang untuk oily and then change to yang combination tu. Sekarang ni dah lama jugak tak pakai Clinique but still I love Clinique products. Cuma saja sebab nak try other skincare kan aku pun stop dengan Clinique. Now aku pakai cleanser dari Safi Rania Gold yang micro cleanser dengan Garnier Matcha Detox ni(penat nak taip nama menda alah garnier ni). Normally aku switch in between antara Garnier Matcha Detox ni dengan Safi Rania Gold Cleanser tu. Tapi bila muka aku terlebih berminyak memang aku akan guna cleanser yang ni lagi-lagi kalau jerawat menyerang.

Kalau hampa nak tau matcha tea atau teh hijau ni ada banyak kebaikkan untuk kulit kita. Antara kebaikkannya adalah;


Sumber google


1. Mengurangkan risiko kanser kulit disebabkan kandungan antioxidant nya.
2. Menyingkirkan sel kulit mati dengan cepat.
3. Melembabkan kulit.
4. Mengurangkan penghasilan minyak berlebihan di muka.
5. Percepatkan penyembuhan jerawat.
6. Mencegah penuaan kulit.


Perkenalkan sahabat baik kulit saya ketika kulit saya buat perangai merembeskan minyak dan jerawat.


Boleh digunakan for everyday use. Ikut korang lah ye. Macam aku suka switch in between tapi bila muka berminyak teruk n jerawat keluar memang aku pakai ni ja. 


Warna hijau favourite aku. Bau dia pun best. I liokkkeee sangat. 


Cuci jangan tak cuci. 


Tadaaa. Lepas guna Garnier Matcha Detox tu. Kulit rasa fresh. Tak oily dah. Tapi kulit rasa toing-toing moisturized gitewww. 

*** untuk pertama kali, aku beli trial size ja sebab yang ni aku jumpa masa aku pi Pak Bara, Thailand hari tu. Terjumpa dekat 7E depa and kebetulan time tu aku tak bawak cleanser. So aku beli yang kecik ni dulu. Bau macam best. Kaler menarik..kaler favaourite kata kan. Terus cekau ja.

So wajib repeat beli or tak?
Bagi aku harus ok. Harus. Sebab aku suka effect after cuci muka aku yang sekarang ni agak kuat berminyak maybe due to hormone and weather sama kan. Walaupun dia wipe off minyak-minyak dari muka aku, tapi dalam masa yang sama dia tak keringkan muka aku malah moisturised kan lagi muka aku ni. 

Sapa yang sesuai pakai ni?
Orang yang ada masalah kulit berminyak dan beejerawat. Korang kena give a try to this product. Tak kira la laki ka pompuan ka sajad ka saffiey ilias ka siti kassim ka...selagi mana korang nama manusia yang berkulit berminyak macam telaga minyak dan berjerawat...boleh la cuba ya nyahhhhh...auuuuu nyahhhh.

I really hope Garnier can come out with Garnier Matcha Detox mask pulak. Yang macam ala-ala clay tu. Mesti best nyahhhhh....

Ok nyahhh...mak nak tidur....






Assalamualaikum...

It's been 3rd day of Syawal. I have been fully loaded with beef, chicken and ketupat and I been craving for something lighter like pizzaaaa 🍕🍕🍕 with prawns 🍤🍤🍤 on top of it. Lucky me,
Domino's have introdice the new sweet and spicy Ssamjeang flavors especially created by Domino’s Pizza. Good thing, Domino’s introduces its latest addition, the new Ssamjeang Prawn 🍤🍤🍤 pizza🍕🍕🍕, the fourth variant added to the range.

The new pizza featuring springy, succulent prawns marinated with Italian herbs & spices coupled with nutritious seaweed that’s rich with umami flavour, fresh cherry tomatoes, green peppers, sprinkled with roasted sesame seeds atop the specially developed Ssamjeang sauce, the Ssamjeang Pizza is packed with well-balanced flavors and textures.




Truly inspired by Malaysians love for Korean food, Domino’s Ssamjeang Pizzas were specially crafted to deliver the perfect combination of savory, sweet and spicy flavors. Versatile and flavorful, the Ssamjeang sauce is also available with Ayam-haseyo Chicken Wings, a side of chicken wings baked to perfection with an outer coating of the deliciously addictive Ssamjeang sauce.  Alamak drooling already weih😂😂😂






During the festive Ramadan and Raya period, we can enjoy Ssamjeang Prawn with the two combo deals namely Ssamjeang Buddy Combo and the Ssamjeang Super Combo. Priced at RM36.75(GST zero-rated price), the Ssamjeang Buddy Combo includes one Regular Ssamjeang pizza, one Ayam-Haseyo, one Garlic Twisty Bread and two cans of soft drinks; while the Ssamjeang Super Combo, priced at RM56.50(GST zero-rated price) comprises of two Regular Pizzas, one Ayam-Haseyo, one Cheesy Mozzarella/Cheddar Stix and a bottle of 1.5L soft drink. OMG. so tempting with the offer!




Raya-raya ni kalau nak buat open house pun senang la. Order ja Dominos Pizza ni. Or kalau tetiba ada orang mai beraya ke rumah pun boleh la order ja set Ssamjeang Prawn ni. Sedap pun sedap kan, murah pun murah. Dah boleh sediakan makanan dekat guest dengan mewah tapi pada harga mampu milik...yahuuuu.





So hurry up guys!!! The all new Ssamjeang Prawn is available at all Domino’s Pizza stores for a limited time only, from June 4 to July 1, 2018, while stocks last.


Don't forget to pay a visit Domino’s stores, order online at http://www.dominos.com.my/, or call 1300-888-333 to make an order. To learn more about Domino’s Pizza Malaysia’s Ssamjeang Prawn Pizza as well as other ongoing promotions, visit us at http://www.dominos.com.my/.

**********************************************


Yes...seperti yang sedia maklum awal bulan may yang lepas aku dan familia aku berserta mama aku kami ke Perth dengan kawan-kawan aku yang lain, Sha&wan n nuna, ain n nadia.

Plan kami ni dari last year lagi masa tu time free seat AA. Aku dapat tiket AAX ke Perth ni utk 2Adults, 1 kid n infant dalam rm1800+ macam tu. Yes tu harga tiket n insurans je. Masa awal tahun tu aku da start beli meals n lugage. Lepas tu tambah pulak beli hot seat mengenangkan laki den jenis kaki panjang and aku takut terpisah memandangkan ada infant kena check in dekat counter nyahhh.

Maka tup tap tup tap harga tiket aku dengan AAX tu xla murah mana...kahkah..ok la pengalaman...dis is my first time flyin with AAX. last time ke Perth dengan Malindo. Boleh klik sini untuk baca entry yang lepas

Tadi tengok-tengok Instagram ada iklan Malaysia Airlines return all in ke Perth dalam RM925 ja...Ya Allah murahnya. Malaysia Airlines kot. Aku cerita kat suami aku...dia tanya u nak pi Perth lagi ka? Aku jawab tak lah..next Melbourne pulak. Dia tak tau sebenarnya dalam hati aku nak ajak dia migrate terus duduk dekat Perth sebab aku dah jatuh cinta dengan lifestyle orang dekat Perth. Yes I never been to other part of Aussie...but from my observation, Perth is lovely and peaceful city. Kalau nak dibandingkan dengan KL mahupun Penang ni..memang jauh bezanya.


Lovely n peaceful Perth view from Kings Park Perth


Lifestyle kat Perth lebih santai dan relax and they value family time lagi compared to us. Depa pukul 6 dah siap duduk rumah. N get ready for dinner n family bonding. Unlike us, pukul 8 baru sampai rumah. Kalau weekend pukul 12 malam boleh lagi keluar lepak-lepak bawak anak kennnn. Tak kata orang...aku pun sama...comparison paling senang. Aku pi McD kat Mirabooka kat Perth tu (its halal McD btw in Perth) pukul 7 xda orang wei. Its like 3am in McD Malaysia. Kalau pi McD Malaysia..pukul 1am pun silap-silap penuh lagi.

Aku sempat berborak dengan sorang Malaysian ni, dia memang dah lama stay kat Aussie..dulu-dulu dia duduk kat Sydney so aku tanya dia kenapa pindah ke Perth. 1 dia cakap sebab Perth ni ramai Malaysians and ada community Islam dia sendiri n etc. So I asked her, ada different tak between this two cities...n she replied yes...Sydney quite happening and havoc la tapi takdak la sehavoc KL kan. Kalau nak raise kids dia cakap dia prefer Perth. And yes, aku pun rasa menda yang sama. Sama macam suami aku borak dengan husband dia..dia cakap one of the reason dia taknak balik Malaysia and enjoy the peaceful of Aussie is because the lifestyle. Kita dekat Malaysia hidup dah melawan fitrah.

Melawan fitrah maksud dia tu we pushed ourselves so hard here sampai kita xda masa untuk anak-anak untuk wife n etc. Dengggg macam kena penampaq laki aku kata. Satu sebab tekanan, satu sebab living cost kita yang tinggi..so kita terpaksa push ourselves so hard. Tak payah cakap la, laki aku ni kalau hari kerja. Seminggu nak balik and sampai rumah before Maghrib pun payah. Bulan puasa ja sampai awai skit tu pun rapat-rapat nak buka puasa. Sebab tu bila hari cuti dia akan duduk bermalasan dekat rumah dulu n then bila keluar dari rumah pun kami akan lepak dekat mall (for sure sebab mall sejuk kan) sampai la mall tu nak tutup. Kalau dekat Perth mall tutup pukul 5pm ya. Kalau jumaat ja tutup 9pm.

Beza sangat lifestyle kita dengan depa. Kalau dekat sana diorang prefer spent time buat outdoor activities dengan anak-anak. Lepak tepi beach..lepak dekat park...picnic etc. Kalau weekend tu mall pukul 3pm tu dah lenggang wei. Heran sungguh pasaipa depa x suka lepak mall macam kita. Hahahhah.


Berbalik kepada soalan laki aku dekat aku..pasal nak ke Perth lagi ke tak? Of course aku nak lagi. Tapi lambat lagi la. Kalau last time gap aku repeat Perth dalam masa 2 years. Next time In Sha Allah dalam masa 10 tahun ka...sebab aku da berangan time tu anak-anak duk hostel...mama ngn papa boleh la motorhomes sampai ke Esperance berdua. Ya Allah impian sangat nak bermotorhomes jelajah Western Australia wei. Serius tak puassss and tak habis explore kot Western Australia ni. And yes dalam masa dua atau tiga tahun ni kalau ada rezeki maybe nak ke Melbourne dulu. Teringin nak drive along the Great Ocean Road tu.

Tapi aku da berangan wei bila suami kata kalau London pun ok jugak sebab dia dah pernah ke sana. Aku onz je kalau orang da offer kan. Siap pakej suruh lajak ke Spain sekali. Ehhh Spain tu memang dalam wishlist sangat-sangat especially Madrid la kan. Kata Real Madrid fan kennn.

So sekarang ni aku harap sangat kerajinan aku menjelma lah untuk aku ceritakan pasal Travelog Perth alia kali ke 2 nanti.  Walaupun last time punya Travelog Perth alia aku amik masa 1 tahun untuk siapkan semua. Aku harap kali ni cepat la ye😂😂😂


Aku harap aku tak baloq liat nak update macam-macam pasal Perth. 


Korang yang nak baca pasal Travelog Perth aku yang lepas boleh la click kat Travelog and cari pasal entry aku pasal Perth yang lepas tau.

Aku bagi teaser dulu la gambaq-gambaq dekat Perth / Western Australia hari tu. Jangan carut mak yeee.


Berlatar belakangkan Indian Ocean di Scarborough Beach


At Margaret River Choc Factory


Di tengah-tengah legendary Busselton Jetty


Lancelin Sand Dunes


With loves one at Kings Park


Managed to walk through the whole jetty towarda the end. I made it.


Beautiful Augusta!


Rahsia hati perempuan sangat. Ko ingat mira piljah je mampuuuu tangkap gmbar kat siniiiii???

Ok la korang...len kali kita sambung lagi..how's ur raya preparation?




Salam.

Nak tanya sikit sapa dekat sini yang ada masalah kulit kepala dekat sini? Biasanya orang perempuan especially yang pakai tudung ni kulit kepala kita biasanya sensitif sikit kan. Macam aku sendiri, aku pernah pi analysis kulit kepala aku masa nak wat scalp treatment dekat A Saloon, diorang scan and tunjuk kat aku condition kulit kepala aku time tu. I was like euuwwwwww. Serius berminyak namateyyyy.



Bila terlampau berminyak tu mula la kulit kepala aku jadi gatal-gatal and buatkan kuping-kuling halus terbentuk. Nak kata kelumumur bukan tau. Tapi bila gatal kau garuk dia nanti turun macam salji. Lagi sekali euuuwwwww.


Euhhh tak? Masa scan nampak macam ni la. Tapi of course ni bukan scan kepala aku. Ni kepala dekat sumber dari Google.

So antara solutionnya aku kena shampoo rambut everyday. Yes everyday untuk elakkan kulit kepala aku berminyak and lead to gatal-gatal and jadi ala-ala salji tu. And once a while aku kena la buat scalp treatment untuk improve kan scalp condition aku.

Bayangkan 1 scalp treatment will cost me roughly about RM150 per session. Yes scalp treatment session ain't cheap man! Tu kat salon biasa. Kalau kat A saloon might cost me double. Bayangkannnnnnnnn....

Fuhhhhh. Nak bayangkan cost aku nak kena buat scalp treatment tu dah boleh buat aku gigil. Tau tak salah satu effect dari scalp yang tak terjaga adalah hair loss. Yes hair loss...rambut gugur! Walaupun rambut aku kategori tebal tapi tak seronok wei tengok rambut gugur penuh rumah.

So baru-baru ni aku ada jalan-jalan dalam mall and nampak satu kedai penjagaan rambut ni. So aku tanya la produk apa yang sesuai untuk scalp treatment ni. Terus terang aku cakap aku tak mampu nak buat scalp treatment kat saloon tiap-tiap bulan.

So that guy suggested me to try this L'oreal Professional Hair Spa ni. Come on..sapa tak kenal product L'oreal kan. Very well known and established brand no one can doubt that. So after consult few things about this product, how to wear and what should I do and don't so I decided to give it a try. Afterall no harm pun kan. Kalau tak ok stop je lah...dat's it.


Taraaaa..nin dia haaa. Love ke tak love ni?


After using this like 2 or 3 times, I realised yang rambut aku kurang gugur. Yes betul memang kurang. Selalu kalau vacuum rumah time nak bersihkan filter vacuum tu meesti banyak rambut aku ja. Ni dah kurang banyak hokeyyy.


Love this superb product!


Texture dia macam gini ya adik-adik


And kulit kepala aku pun segar ja. Yes dia prevent dari kulit kepala aku dari cepat jadi oily. Sekarang aku shampoo dua hari sekali.

Cara pengunaan

Pengunaan dia senang ja. Lepas kau shampoo kulit kepala kau and cuci shampoo tu, apply terus directly dekat serata kulit kepala kau. Buat urutan sikit and biar dalam 20 minutes then baru bilas. Lepas tu dekat ujung rambut korang jangan la lupa letak conditioner tau. Ingat conditioner takleh sentuh kulit kepala...letak kat hujung-hujung rambut ja tau.

Memang dapat rasa la kulit kepala tu fresh. Kalau tak cepat ja lah haaa berminyak. Tak suka tau bila kulit kepala cepat berminyak ni. Nanti habis dengan rambut-rambut jadi berminyak. Seriously like euwwwwhhh.

So korang sapa-sapa yang ada masalah kulit kepala baik yang gatal-gatal, berminyak mahupun hair loss...cuba la try L'oreal Professional Hair Spa ni. Harga pun stil condsider cheap. Ni aku beli sekali barang-barang lain dia kira aku RM28 ja.

Terus rambut aku sekarang terasa begitu lawa. Ehhhh


Feeling-feeling betul rambut macam ni  tau. Rambut kan mahkota wanita. Dengan rambut ni la nak menggoda laki sendiri pun. Kahkah.


Aku paling suka rambut Anzalna ni. Lawa wehhhhh. Bersinar dan volume sangat. Major love! 


Dah korang yang ada masalah macam aku takyah berkira sangat nak.spent beli menda alah ni. Trust me worth your money. Dari pi buat treatment kat salon, lagi mahai weiiii. Zaman sekarang zaman berjimat. Negara berjimat..kita pun kena la berjimat jugak. Tapi sekali sekala paw laki sendiri suruh belanja treatment dekat saloon apa salahnya. Kahkah!


Kali ni nak cerita pasal simple dish. Actually dah lama beli kambing ni, nak buat grilled macam malas pulak. Last-last teringat pernah makan kambing yang dekat Mee Tarik..ala yang guma tooth pick tu. So dapatlah idea nak buat kambing ala-ala macam tu.

Simple ja tapi sedap nak mati weh.



Jom tengok resipinya ok.

Bahan-bahan:

Kambing (aku guna yang bahagian shoulder..guna bahagian daging biasa lagi sebab senang nak potong kan)
Bawang besar (potong cube)
Bawang putih (chopped kan)
Chilies flakes
Sos tiram
Garam
Daun selasih /thai basils.

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan daging kambing yang da dipotong tadi.
2. Masak and biarkan air kambing mengering then masukkan bawang besar dan bawang putih.
3. Then masukkan sos tiram dan chilies flakes.
4. Lastly masukkan daum selasih dan sedikit air.

Dah siappppp...
Senang ja kan..husband aku cakap sedap!
Memang sedap pun.
Ratah sedap..makan dengan nasi pun sedap.


Ok..korang jangan lupa try buat sendiri tau. Sedap and simple sangat kan.

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS