Beli barang rumah

by Alia Farhan, 7:38 PM

 Assalamualaikum semua

Kali ni nak cerita pasal beli barang rumah. Biasanya korang beli barang rumah dekat mana ya? And berapa kali sebulan korang restock barang-barang rumah? Macam aku, aku suka beli sikit-sikit. And memang aku jenis beli skit-sikir buat stock.



Yang ni biasanya aku akan restock terus kalau stock dekat rumah susut. Macam mushroom soup dalam peket tu kalau emergency lapar2 nak cepat memang terus bancuh ja dengan air panas pastu boleh terus minum/makan. Sedap pun sedap. Kalau ada roti, cicah la roti. Kalau nak travel n stay kat hotel pun aku akan bawak mushroom soup peket ji sebab senang kan. Kadang-kadang sementara nak keluar aku akn bancuh ni dulu. 

Kalau macam santan tu pulak memang aku suka beli jenis yang ada cap mcm tu sebab senang nak simpan lepas tu. Masuk dalam chiller terus ja simpan. Senang tak leceh nak kena transfer ke bekas lain ka. Mee megi tu of course la kan memang wajib ada buat stock. Terdesak-terdesak kalau malas and lapaq boleh masak meggi letak sayoq banyak-banyak. Fuhhh sedap


Ni hasil angkut sikit-sikit dekat kedai. Bukan stock panic buying pun ya. Bukan jenis aku la nak shopping penuh trolli atau sampai 2 3 trolley ya.

Macam gula tu kat rumah ni pakai brown Sugar CSR tu. Payah nak dapat dekat kedai-kedai biasa. So kalau aku pi beli barang dekat Jusco ka aku angkut 2 atau 3 peket sekali. So hasilnya gini la. Tapi tu la Jusco nak masuk pun ada la 2 atau 3 bulan sekali sebab tu sekali angkut 2 atau 3 peket sekali. 

Sama juga la macam tuna in can tu ka. Memang sekali pi beli barang nanti aku akan beli 2 cans mcm tu. Buat stock. Kadang-kadang boleh compared la harga dah jauh berbeza dgn beli 5 6 bulan dulu dgn sekarang …
Sighhhh


Satu lagi kesukaan aku. Beli paste segera sebab senang kalau time aku malas. Aku akan guna ja paste-paste segera ni utk masak. Tak sampai 30 minutes masak nasi masak lauk dah boleh makan. 🤭 
Paling aku rekemen brand Mak Nyonya ni ya. Sebab paste dia semua sedap-sedap. Dah sampai ke Perth aku bawak paste mak nyonya. Buat kari trout hari tu kat sana pun guna paste kari Mak Nyonya.. semua puji sedap padahal Mak Nyonya punya angkara. Tq Mak Nyonya. 

Yang lain-lain tu aku buat pendekatan beli ja sikit-sikit. Cara aku buat ni dah 4 tahun lebih kot. Jenis aku, memang aku tak suka kalau aku nak masak benda-benda aku nak tu ada dalam stock simpanan aku. 

Nak kata preppers pun bukan. Cuma aku suka tengok barang-barang tu ada and tersusun kemas ja.


Ni pulak bahagian simpan ubat-ubatan and supplements. Penting bila ada anak-anak kecik ni kita standby dengan stock ubat-ubat diorang sekali ya dengan supplements sekali. Sebab kadang2 tengah malam la nak kena demam panas. Time tu mana ada pharmacy bukak cik oi. Kena mcm MCO dulu clinic pulak buka sampai pukul berapa ja😓


Ni pulak stock barang2 keperluan macam shampoo ka shower gel refill ka berus gigi ka ubat gigi ka. So semua duk dalam satu tempat macam ni. Easier nak cari dekat satu section ja. 

Stock-stock ni pun kena sentiasa FIFO la kan.. Sebab nak elak dari expired and tak guna. 

Macam aku ni memang sejenis tak gemar la nak pi berat ur panjang2 dekat Tesco ka Jusco ka untuk bayar-bayar ni. Kalau boleh nak pi ke express counter ja sebab nak cepat. 

Korang pulak jenis macam mana? 














SHARE 1 comment

Add your comment

  1. haaa betoi, kalau nk masak sesak2 ada brg2 ni. tak kalut pi cari

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS