Assalamualaikum,

Korang tau kan sekarang ni harga barang semuanya makin meningkat. Memang terasa sangat wei. Nak beli ayam mahal. Nak beli udang ikan sotong semua tu lagi la mahal kan. 



Tapi korang tau tak, ada kedai yang biasany jual barang-barang mentah macam ikan, sotong and udang ni lebih murah. Tapi biasanya dekat kedai-kedai frozen la kan. Ye sesetengah orang cakap tak nak lah barang-barang drozen ni sebab tak fresh bagai. Tapi dalam keadaan sekarang ni, kita terpaksa la kena pandai berjimat . Yes aku pun bukan la orang yang kategori pandak uruskan duit berbelanja pun. Tapi kalau aku pergi kedai frozen ja memang aku compared la kan harga dengan yang fresh tu. Memang jauh beza dia tapi kadang-kadang ikan bawal yang hampa beli kt market tu pun ikan bawai kotak jugak.

Sekarang ni kena pandai la hidup untuk survive and pandai-pandai hidup. Kadang-kadang dekat market orang jual dalam piring/pinggan tu udaang laut RM10 tu maybe la yang bahagian kepala dia dah buang tu aku ambil ja. Kalau yang macam ni aku beli aku masak on the spot ok that day terus.

Aku ni bukanlah kategori pandai sangat mengolah lauk tu. Kadang-kadang curi juga idea lauk sari group-group memasak dekat fb tu. So banyak benda aku belajar ya. Contohnya guna kulit tembikai letak dalam gulai ka asam pedas ka. Guna keropok keping letak dalam sayur kubis lemak ka. So benda-benda ni make me realise how we can use benda-benda yang kita rasa tak boleh guna.


Asam pedas ikan temenung dengan kulit tembikai. Sedapnya Ya Allah . Padu sebab kulit tembikai tu meresap habis kuah sam pedas ke dalam dia

Selain daripada tu, belajar la menghargai sumber sekeliling kita. Contohnya dekat rumah aku ni ada pokok terung pipit or terung belanda orang kedai panggil. So boleh la belajar makan sebab sedap oi. Rugi la hampa x mau try makan. Benda boleh makan kan.


Favourite ouiiii!

Replace lauk protein yang mahal dengan yang murah. Kalau sebelum ni untuk sayur aku akan selitkan dengan udang. Tapi sekarang ni akan tukar dengan sumber protein yang jauh lagi murah macam tokua/tauhu ka tempe ka hati ayam ka. Kalau hati n pedal ayam dekat tempat aku ni satu beks tu dalam rm2 ja..so aku boleh la guna untuk dua kali masakan sayur aku. 


Perfect combo..hati ayam+ buncis

Selain daripada tu, kalau korang jenis suka sayur tu. Pln la beli sayur yang berdaun tu masak awal-awal beli. Then yang jenis berkacang macam buncis ni ka kubis ka labu ka..boleh la habiskan within a week so that takda l pembaziran berlaku.

Another way ialah, start grow your own food. Untuk yang duduk di flat yang mempunya balcony koramg boleh la tanam tumbuhan yang simple-simple macam daun bawang ka, ulam raja k cekur ka. Tanaman macam ni korang senang nak jaga and sedap jugak dibuat ulam kan.


Aku ada never ending of ulam raja supply dekat rumah aku ni. Dah la sedap. Free pulak tu🤣


Korang apa pulak tips korang nak berjimat dalam berbelanja bahan mentah dekat rumah koramg ya? Mind sharing with me?










SHARE 0 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS