Resipi : Salad Timun Pedas Korea (Oi Muchim)

 Ada peminat Kdrama dekat sini? Kalau korang peminat Kdrama dekat sini mesti hampa akan selalu tengok yang orang korea ni kalau depa makan.. Depa ada banyak gila side dish... Kimchi la.. White radish kimchi la.. Taugeh celur sesame la.. Salad timun pedas la and macam-macam lagi. Kiranya side dish saja da penuh meja haaaa...

Kalau kimchi kita selalu tengok kan.. And nak beli pun banyak supermarket ada jual yang ready made tu... Kalau yang salad timun pedas korea atau Oi Muchim tu buat sendiri ja sebab senang ja and ready to eat terus.. Tak payah nak peram2  ka apa ka.


Oi Muchim yang nyums.. Ratah saja pun sedap kome oii.. 

Jom lah kita tengok bahan-bahan yang digunakan ya :

1 batang Japanese cucumber
1 biji bawang merah dipotong halus
Daun bawang yang dipotong
2 ulas bawang putih dicincang
2 tsb kicap soya
2 tsp cuka putih
2 tsp hot pepper flakes
2 tsp sesame oil
2 tsp biji bijan yang dah disangai
1 tsp gula

Cara-caranya:

1. Potong timun jepun korang bulat2. If nak potong semi bulat lepas tu pun ok. 
2. Masukkan timun yang dah dipotong ke dalam big bowl. 
3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk bersama-sama timun tadi. 
4. Gaulkan kesemua bahan serata supaya timun tadi diperasakan dengan bahan-bahan tadi. 
5. Ok da siap.. Boleh la masukkan ke dalam mangkuk yang lain untuk kemasan. 


Sedap ok.. Sumpah tak tipu. 


Buat pulak dishes lain ala-ala korea... Kimchi jigae... Yang lagi satu tu pakai main hentam ja konon-konon ala Korea la kan sebab guna elemen-elemen masakan ala korea. 

Apa masakan elemen ala korea ni? Selalu yang aku tengok kalau orang korea ni bila dia masak... Chilies flakes atau serbuk cili tu element penting dalam masakan depa. Semua nanti nampak merah-merah ja. 

Nampak macam pedas kan sebab merah-merah ja.. Tapi tak pun.. Sebab bila cili ni dimasak betul-betul takkan rasa pedas mana pun... Biasanya gabungan pedas masam... Adalah element masakan korea. Kalau Malaysia ni macam orang Melaka la... Suka pedas-pedas and masam-masam  ni. 

Senang ja kan nak buat Oi Muchim ni... Tak complicated pun macam nak buat kimchi. Hahahhah. Sapa yang suka makan masakan Korea boleh la cuba buat Oi Muchim ni ya. Memang simple sangat. Tapi sedapppp.... Husband aku pun meratah hari tu. 









3 Comments

Post a Comment