Buat Chicken Stock Sendiri, Mudah jer!

 Selalu untuk masak makanan apa-apa biasanya sesetengah orang akan pakai chicken stock sebagai penambah rasa semula jadi kan. Ada juga yang buat minum/hirup as soup untuk dijadikan makanan tambahan. Tapi yang paling best bila buat sendiri ni kita dapat buat dengan cara dan bahan yang kita nak kan.

Selain daripada menambahkan perisa... Chicken stock/bone broth ni jugak baik untuk kesihatan kita. Jom kita tengok kebaikkan lain chicken stock ni 


Selain daripada kebaikkan-kebaikkan di atas, chicken stock juga kaya dengan :

*vitamin b12

*vitamin C

* vitamin A

* vitamin D

*vitamin E

* vitamin K

*kolagen

*antioxidants 

* carnosine



Kebetulan hari tu, ada jiran kami (taukeh ayam yang selalu kami beli ayam) bagi kami rangka ayam dan kaki ayam banyak gila. So tiba-tiba dapat idea nak buat chicken stock /bone broth ni.


Nak buat dia pun mudah ja... Bukan payah mana pun... Basically guna bahan-bahan yang ada dekat rumah ja.

Bahan-bahan: 

Tulang rusuk ayam

Tengkuk ayam

1 biji Bawang besar (aku guna bawang Holland) 

6 ulas bawang putih

Daun bawang

Air secukupnya. 

Sedikit garam

*carrot

*celery

*peppercorn

Yang bertanda * tu aku tak letak hari tu sebab terlupa.. Korang yang ada.. Boleh ja letak.. Lagi sedap and best


Cara-caranya:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pot. Aku guna rice cooker Tefal ja.. 

2. Masukka air paras ayam macam gambar di atas. 

3. Tekan slow cooker mode. Aku masak ni dalam 5-6 jam jugak la. Ada orang masak selama 4 jam ja. Ikut korang la.. Lagi lama lagi bagus sebab nanti semua pati dari ayam tu akan keluar jadi essence kat dalam sup tu. 


Ni lepas 6 jam ya. Keluar habis essence dia tu.. 

Kenapa kena guna slow cooker mode? 

"Cooking low and slow gives you good conversion while preventing fat, minerals and other gunk from emulsifying into your stock. Boiled stock will be cloudy, greasy and have a lower yield. To avoid that, start with cold water and your bones (or veggies, if you're going vegetarian) and put over high heat."


Taraaaa.... 
Final product
Cantik kan kejadian chicken stock aku ni... Jernih ja warna dia... Sebab tu kena guna slow cooker mode sebab kita taknak fat tu emulsify dengan cecair chicken stock kita tu. Lagi pulak bila kita guna high pressure /high heat ni tekanan and temperature tu akan buat kita punya stock jadi cloudy. Warna dia tak cantik macam ni ya. 




Dah boleh simpan dalam peti sejuk. Jangan lupa labelkan siap-siap. Senang nanti takdak la orang lain ingat air teh bunga ka apa ka... 
Yang ni pun boleh guna amik satu mangkuk kecik sehari as food supplement. Macam minum chicken essence tu yang dalam botol kecik tu. Macam ni la jugak cita dia. Nak letak dalam sup ka apa ka pun boleh ja. 

Lepas ni nak amalkan la amik sikit untuk minum. Ya la benda yang tinggi dengan collagen ni.. Pastu free berbagai jenis vitamin lagi... Kan bagus tuu... Nak buat pun senang ja... Selamat mencuba ❤️




10 Comments

  1. My mum suka buat begini and dulu seronok sebab senang ada ready chicken broth. Rasanya time MCO nie Rawlins pun boleh try buat la. Hehe

    ReplyDelete
  2. Wow........this is extremely super impressive that you can make your own chicken stock. Thank you for sharing your recipe. Now i can try doing it too.

    ReplyDelete
  3. i love homemade products. ada masa boleh buat chicken stock ni. lama jugak masaknya

    ReplyDelete
  4. rajin kak alia...thanks sharing

    ReplyDelete
  5. Kalau masak, memang wajib ada chicken stock. Tp selalu guna kiub je sbb nk cepat kan. Skrg tgh lockdown ni, takde alasan dah, kena la cuba buat sendiri.

    ReplyDelete
  6. dulu selalu buat CS ni masa anak mula2 makan...lepas 2 thn dia dah blh makan ape je, semua bedallll .. tunggu next baby plak la kalau ade rezeki.. eheheh

    ReplyDelete
  7. OK. pasni leh share resipi ni ngan wife untuk dia buat. Hehe. nasibla saya tak pandai memasak.. wifela jadi mangsanya

    ReplyDelete
  8. Dulu Sis ngajin weii buat stok sendiri, sekarang makin tua jd malas, guna je la beli dalam botol tu hahahaha.. kadang pakai kiub.. tapi sedap lagi buat sendiri punya..

    ReplyDelete
  9. tak pernah try lagi ni. Naiss jugak kalau amalkan minum setiap hari ni.

    ReplyDelete

Post a Comment