Resipi : Mee Goreng Udang Mudah

 Hai semua... Rasa mcm lama gila ja tak update blog ni.. Dah bersawang dah pulak... Hahahhaha... Tapi takpa... I'm trying my best to update it frequently.

Baru-baru ni ada buat Mee Goreng Udang.. Kes tengok Ig Rita Rudaini buat mee goreng basah-basah sikit. To be frank... Aku ni ada fobia sikit dengan mee ni sebenarnya. Dulu masa kecik2 aku tak suka makan mee goreng and bihun goreng... Mee goreng tu sebab dulu kecik2 selalu makan mee goreng dekat kantin ka rasa dia macam rasa kapur2 skit... Adoiii poting stim betul la... Rasa mee yang tak masak betul2 sebab stil rasa kekapurannya. Lepas tu rasa la perut kembung lepas makan mee goreng tu..fobia!

Kalau bihun goreng tu pulak fobia dia sebab masa aku duk sbp dulu... Bihun goreng dekat dm tu Allahu... Rasa mcm dawai and kadang2 ada rasa pahit macam hangit... Sampai sekarang aku boleh ingat lagi d taste and d smell.. Gila melekat dekat otak akuuu...

Fast foward bila da makin kertu ni da pandai masak sendiri idok ler gedik2 nak fobia menda dah... Dah pandai kannnnπŸ˜‚ but still my mee goreng kenot beat my sister punya kesedapan mee goreng. Kalau dekat rumah my mom tu... Speciality aku adalah kueytiaw.. Be it kueytiaw sup ka goreng ka.. Dats my jammmm... Kalau kakak aku memang mee goreng dia padu gilaaa... Kalau mak aku pulak bihun goreng dia padu terukkk.. Sampai lani xdapat nak tiru lagiiii πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

So untuk mee goreng ni memang aku cilok cara kakak aku la kan... Alhamdulillah makin lama makin improved la...



Alhamdulillah sedap! 

Jom lah kita tengok bahan-bahan and caranya:

Bahan-bahan :

Sepeket mee brand Gardenia, Numee
1 sudu makan bawang besar blend
1 sudu makan bawang putih blend
3 sudu makan cili blend
2 sudu makan sos cili(aku pakai cap Maju/Arnab..2  Brand ni best sebab sos dia padu teruk.. Sedap buat goreng mee) 
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kicap manis
Sedikit minyak bijan
Kubis yang dah dipotong
1 biji tomato dipotong 8
Udang
Sedikit isi ayam (bahagian dada) 
Daun selasih (nak bagi bau wangi and potong bau mee) 
1 batang lobak merah dipotong panjang2 
Gula 
Garam
***maggi cukup rasa
Daun bawang
Bawang goreng 

Cara-cara:

1. Panaskan minyak... Tumis bawang merah dan bawang putih blend ke dalam kuali. 
2. Bila bau dah naik, masukkan cili blend, sos cili, sos tiram, kicap manis dan sedkit minyak bijan. Kacau sehingga sebati. 
3. Bila kesemua bahan tadi sebati.. Masukkan ayam dan carrot.... Dan masukkan mee serta daun selasih.. 
4. Kacau mee sekata dengah kuah yang disediakan tadi. Kalau tak bersalut mee tu tambah air ya,biar mee tu bersalut dengan kuah.
5. Guna api kuat time nak kacau mee ni supaya ada rasa char-char dekat sini. Kemudian masukkan kubis,tomato dan udang.
6. Kacau sekata kubis,tomati dan udang dengan mee tadi. Kemudian boleh rasa, kalau tak cukup rasa boleh tambahkan garam, gula atau maggi cukup rasa kalau mau. 
7. Bila rasa dah ok.. Boleh la tutup dan hidangkan ke dalam mangkuk yang cantik. Boleh la garnishing dengan daun bawang yang dipotong dan bawang goreng.


Dah tiapppp.. Senang ja kannnn... Aku suka pakai Numee Gardenia ni sebab memang tak rasa kapur /acid boric tu. Memang good product by Gardenia betul. Suka sangat. 


Makan dengan telur goreng gedek2 macam ni memang umphhhhhh gila... Sedap beb... 
Ni kalau letak sawi lagi cantik.. Tapi sebab aku takdak sawi.. So aku tak letak la... Hampa kalau ada.. Letak ja.. Lagi menarik warna dia nanti... 

Oh ya... Aku memang sejenis manusia takkan masuk udang or sotong awal2 ya sebab aku taknak sotong or udang aku overcooked and kecut. Other way aku buat kalau rajin adalah goreng dulu dengan minyak.. And then keluarkan dulu.. Then follow step2 yang aku cakap tadi. Tapi biasa yang tu buat kalau udang yang tak buang kulit lagi la kan... Ikut la mana rajin... 
Yang penting udang tak kecut and stil nampak woww gitohhh... 

Oh ya peel aku kalau makan mee ni aku kena makan mee yang tak nampak kuning2 warna dia tu... So far yang aku tak makan mee sup and mee Singapore.. Ntah rasa takleg telan sebab duk terasa macam mee mentah tak masak lagi and rasa kapur.  Tiba2 rasa perut nak bloated πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 








4 Comments

  1. sedapnya...menarik udang tu.hihihi

    ReplyDelete
  2. Sedapnya mee goreng dgn udang tp skrg dok pantang mkn mee dgn laksa

    ReplyDelete
  3. akk pakai mee gardenia juga skrg, sama lah akk dulu tak suka mee kuning sebab rasa nak muntah rasa kapur. Sekrang ni, masak sendiri boleh dah makan. Celur lama sket dah masa goreng tu bagi berkuah sket hehe. Goreng sampai kering. Anak pun suka, sampai confuse masak pakai mee kuning ke masak pakai spagetthi hehe

    ReplyDelete

Post a Comment