Resipi : Keli Berlado Sedap Dan Mudah

 Cakap pasal ikan keli ni... Ikan keli antara favourite aku la jugak. Suka sebab ikan keli ni murah.. Lepas tu sedap pulak tu. Goreng saja sedap.. Bakar pun sedap.. Haaa semua pun sedapppp.... Buat keli berlado lagi sedap. Ada peminat ikan keli dekat sini tak? Hampa suka makan keli ni masak apa? Aku memang hantu keli berlado.. Sedap uiiii.... 



Nak buat keli berlado ni pun senang ja.. Kalau dulu ya lah malas nak buat keli berlado ni sebab bila nak goreng tu bercinta asyik terpercik and meletop merata ja minyak dia tu walaupun dah salut tepung ka letak asam keping dalam minyak ka.. Tetap struggle wei nak goreng diaaa... Hahhahah

Cara dia macam mana? 

Guna ja air fryer tu kalau ada! Kahkahhhhhh.. Harus paham  and maklom aku suka beli gadget yang memudahkan hidup aku ya. Cuma thermomix tu out of budget mak nak.. Lagipun da xmuat dapoq😂😂😂

Cara nak dapatkan texture ikan keli yang garing guna air fryer pun senang ja. Guna aluminium foil.. Then letak ikan keli dalam tu.. Lepas tu tuang sikit minyak kat atas ikan keli tu and aluminium foil sekeliling ikan keli tu sikit... And then ko brush ikan keli tu dengan minyak guna silicone brush yang orang duk baking tu.... 

Masa duk fry dia tu boleh jenguk2 and brush oil dekat atas keli tu.. And kalih keli tu and  ulang buat sampai la dapat texture keli  garing yang hampa suka. 

Untuk bahan-bahan berlado jom kita tengok apa yang aku pakai ya. 

*2 batang cili besar merah
*3 batang cili padi merah
*7 batang cili padi hijau
*1 biji bawang besar (kalau size sederhana guna 2 biji) 
*7 ulas bawang putih 
Minyak untuk menumis
Sekeping asam gelugor
Garam
Gula 
***maggi cukup rasa

Cara-caranya:

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan bertanda * ke dalam chopper atau blender. (aku pakai chopper ja sebab malas nak keluarkan blender.. Sapa rajin nak tumbuk ikut sukaaaa). Kalau guna chopper tarik sissss(semongkooo) sampai la dapat texture yang hang nak.... Sama la dengan blender... Blend la ikut taste hang nak texture dia macam mana. 
  2. Sementara duk tunggu ikan keli hang duk bergoreng tanpa letup dalam air fryer (tips aku da bagi dekat atas dah), boleh la start masak kuah berladonya. 
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang da selamat di-blend tadi... Kacau-kacau dan masukkan asam keping dan sedikit air. 
  4. Masak la sambal ni dalam 15-20minit sampai bahan-bahan cili tadi tu masak. Kalau kering boleh tambahkan air ya. 
  5. Dah nampak pecah minyak elok, boleh la perasakan dengan garam, gula dan maggi cukup rasa kalau suka. Bila rasa masam, pedas dan manis tu dah balance dah boleh masukkan ikan keli air fryer hampa tu... 



Cantik tak kejadian ikan keli air fryer mak tu?! 


6. Da tiappp.. Boleh da angkat hidang dalam pinggan ya...


Makan macam ni menambah oiii... Sedap sangat-sangat... Favourite anak2 ikan keli berlado dengan maknya... Apaknya tak makan ikan keli... Selamat tak payah nk berebut dengan apaknya.. Berebut2 dengan anak2 nya pulak 😂


Senang ja kan buatnya... Tak susah pun... Kalau nak kena mngoreng guna kuali tu memang bercinta la.. Makan kedai ja lah senang.. Tapi masalahnya musim2 pkp ni paham2 lah kan 😢










3 Comments

Post a Comment