Resipi : Nasi Goreng Sardin Petai

 Dah musim-musim lock down ni... Mak2 sampai buntu la kan nak masak apa... Jadi jemmmm gila nak masak... Aduhhhh....padahal barang mentah banyak ja dalam peti sejuk tu.. Tapi idea nak masak tu tak kunjung tiba... Kejung la kat situ sampai lebam...

Tu la masalah negara bagi mak-mak ni.. Sebab tu kami memerlukan inspirasi dari rakan-rakan mak-mak untuk idea memasak 💡 💡💡

Hari tu pun sebab aku da kejung rasa malas nak masak lauk kan.. Sebab tu macam alahai.. Nasi frozen ada banyak jugak (nasi balance jangan buang.. Tak abih frozenkan...) so moh le kita buat nasi goreng.. Nak bawak keluar benda lain dekat tempat beku tu makan masa nak defrost bagaikan... Sardin ada.. Petai ada onz...

Nak buat pun senang ja bukan susah mana pun.. Kali ni kita buat version healthy la kan.. Sebab aku letak semangkuk bunga kubis yang dicincang (nampak macam nasi).. Ni untuk trick anak2 aku untuk makan vege... Disamping tu boleh jugak replace portion nasi untuk orang-orang yang diet sebab korang takkan perasan punya.


Tak nampak pun kan bunga kubis kar mana kann...

Aaaa jom lah tengok bahan-bahannya:

Bawang putih
Bawang merah
Minyak untuk menumis 
1 cup nasi sejuk
1 cup bunga kubis yang dicincang 
1 tin sardin besar
2 biji telur
Petai
5 atau 6 biji cili
Garam
Maggi cukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. 
2. Masukkan satu tin sardin dan kacau hancur ikan sardin.. Aku hancurkan bagi besar-besar ketulan/ chunky dia tu sebab nak ada texture and rasa ikan sardin tu. 
3. Then pecahkan dua biji telur and biar telur masak seketika, then kacau hancur telur tu. Kemudian, baru masukkan nasi sejuk dan bunga kubis cincang. 
4. Kacau nasi dan bunga kubis sehingga sebati dengan sardin dan telur tadi. Dah sebati and sekata baru masukkan petai dan cili dan gaul.
5. Bila petai dan cili dah sekata, boleh perasakan dengan garam dan serbuk perasa.... 

Dah tiappppppp


Sedap uiiii... 

Nampak ja stupid-stupid... Tapi sedapnya Allah ja tahu... 






2 Comments

Post a Comment