Resipi Sotong Kung Pao

Chinese food adalah salah satu makanan yang sedap dan mudah disediakan. Dah la sedap... Nak buat pun senang. Memang favourite sangat la kan.... Antara salah satu kesukaan adalah Sotong Kung Pao. Kebetulan memang ada stock sotong... So apa lagi.. Mari lah ber sotong kung pao... 

Jom kita tengok bahan-bahan untuk buat  Sotong Kung Pao ni... 


Bahan-bahan untuk sos:

2 sudu besar Kicap Pekat Manis

2 sudu besar Kicap Cair

1/2 sudu teh kecil Minyak Bijian

1 sudu besar Tepung Jagung

1 sudu besar Gula 

4 sudu besar air


Bahan Masak

2 sudu besar Minyak masak

6 tangkai Cili Kering  Merah 

4 ulas Bawang Putih dicincang 

1 inchi Halia dicincang

3 sudu besar Kacang Gajus (bakar atau sangai terlebih dahulu) 

2 biji Bawang Merah besar dipotong dadu

1/2 Lada Benggala / Capsicum

1 tangkai Daun Bawang

Sotong dipotong bulat2 ring shape 


Cara-caranya :

1. Di dalam mangkuk, satukan bahan-bahan untuk sos dan kacau sehingga sebati. 

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Kemudian masukkan cabai/cili kering dan halia. 

3. Kemudian masukkan sos yang disediakan di dalam mangkuk tadi ke dalam kuali.

4. Kemudian masukkan kacang gajus, bawang merah yang dipotong dadu dan cili benggala ke dalam kuali.

5. Kacau sehingga bersalut dan biarkan kuah agak pekat.

6. Bila kuah dah pekat baru masukkan sotong dan daun bawang... Kacau-kacau sotong sehingga bersalut dan tutup api. Sotong tak boleh masak lama-lama ya nanti keras and kecut.


Dah tiapppppp... Boleh hidang untuk berbuka. Nak buat lauk makan sahur pun sedap niiii



Sedap gila wei.... Da la senang ja nak buat... 
Selamat mencuba... 




6 Comments

Post a Comment