Resipi Cha Bang Ang, Dessert dari Thailand

 Hari ni da masuk hari kedua berpuasa. So hari ni baru berkesempatan masak.. Semalam tak masak sebab buka puasa dekat Golden Sands.. Terima jemputan untuk Ramadan Buffet kat sana semalam. Nanti aku cerita ya.... 

So hari ni aku buat dessert thailand.. Cha bang ang... Senang and sedap sangat. Bahan-bahan pun senang ja nak buat.. 



Bahan-bahan:


Biji selasih 

Cincau manis-dalam tube 

2 sudu makan Susu pekat 

3 sudu makan susu cair

2 cawan fresh milk

3 sudu makan brown sugar

Ais secukupnya

Sedikit esen vanila


Cara-cara:

1. Panaskan air dan masukkan brown dan biarkan sehingga  melarut. 

2.  Satukan susu cair, susu pekat, fresh milk dan esen vanila dalam satu bekas. 

3. Potong cincau bentuk cube dan rendam biji selasih dalam air panas. 

4. Satukan kesemua bahan-bahan dan masukkan ais ke dalam mangkuk yang sesuai. 



Sedap wuuuu... Dah la panas2 bukak puasa ni.... Lalu dekat tekakkkkk.. Aduuuuuuduuuuuuuu.... 
Ni kalau buh sumi jelly pun sedap gak niiii... 

Senang kan nak buat dia... Selamat mencuba... 





4 Comments

  1. bf paling suka ni! hahaha nanti.bolehlah buatkan untk dia

    ReplyDelete
  2. glemer sangat musim ni air ni..kami dh 2hari buat air pns je utk berbuka

    ReplyDelete
  3. Sedappp nasib naik pantang. Tak terliur sgt

    ReplyDelete

Post a Comment