Legakan Sakit Pinggang Dengan Garci.Pro Massage Gel

 Sapa yang kenal aku mesti tau aku dah lama ada lower back pain... Kejadian muscle spasm dekat lower back pain ni selalu la jugak menyerang dulu-dulu. Kejadian ni bermula lepas aku accident dulu.. Jatuh moto kena langgar dengan kereta... Masa 2007 tak silap aku. So agak dah lama aku menderita lower back pain ni.... Kemuncak menjadi-jadi bila aku start mengandung lepas tu bersalin cser kena bius epidural pulak dekat tulang belakang kan untuk kedua-dua anak aku ni.



Lower back pain ni adalah salah satu sebab aku burn out masa kerja dulu. Dengan menangung sakit dekat bahagian pinggang... Dengan stress dekat tempat kerja lagi... Lagi la menyebabkan aku burn out teruk....nampak macam hal kecil ja kan. Tapi bila tak dapat nak atasi akan jadi benda yang sangat-sangat besar.


Aku pernah tak boleh bangun dari katil sebab lower back pain yang teramat dasyat ni. Time tu memang terpikir aku ni ada masalah spinal disc ka. Menangis time tu menahan sakit. Sebabkan nampak teruk sangat... Husband aku pun pernah la bawa aku jumpa specialist dekat Gleneagles. Alhamdulillah bukan slip/spinal disc problem. Aku pernah cerita benda ni dulu dekat blog. Aku cuma muscle spasm dekat bahagian pinggang ni. Bukan spinal or slip disc. Syukur sangat bila tau aku kena muscle spasm.


Masa tu doctor tu ada la ajar aku macam mana nak reduce muscle spasm tu. Antara salah satunya jangan biarkan urat/otot dekat pinggang tu terlalu tegang. Bila rasa sakit sikit tu or time tak sakit pun boleh la tekan dekat tempat yang selalu sakit. Cara dia tekan setempat dekat tempat tu dalam 60 seconds /1 minutes macam tu utk bagi otot tu tak tegang sangat. And biasanya bila aku tekan dekat kawasan yang aku selalu sakit tu... After that aku memang selalu letak Garci.Pro massage gel ni. 


Best bila letak Garci.Pro massage gel ni bukan sebab apa. Bila after duk tekan point tu memang akan rasa seregai seregai la orang kedah kata. Seregai tu macam mengeliat kesakitan la orang Kedah kata. Tapi bila bubuh Garci.Pro massage gel ni. Ok la rasa tu. Tak dak la macam cacing kepanasan lepas tu. Garci.Pro massage gel ni pun bukan gel panas. Dia rasa berangin sejuk-sejuk tu bila pakai. And sekarang ni musim-musim hujan dekat Penang ni memang cepat la malam-malam tu rasa sakit tangkap dekat urat betis dengan pinggang kan. So memang lepas mandi sebelum berbuka tu aku akan pakai Garci.Pro massage gel ni siap-siap. 



Malam sebelum tidur aku akan sapu lagi sekali dekat betis aku ni and pakai socks sebelum tidur. Takdak la tengah-tengah malam kejung urat betis kaki tu... Dah pulak nak meraung kekejungan tengah-tengah malam buta... Aku la tu bukan orang lain sebelum-sebelum ni. Hahahhaha. 


Macam mana aku boleh tau pasal Garci.Pro massage gel ni? Ni semua salah Jaafar Onn... Ehhhh tak.. Takkk.. Aku pernah tengok yang Jaafar Onn as DUTA ada promote pasal produk ni. So aku pun terus la buat research sikit pasal produk ni. Bila duk baca pulak ingredients produk ni terus rasa nak cuba. 

https://youtu.be/LrtnXWWVb1A



Apa itu Garci.Pro Massage Gel? 



Apa sebenarnya Garci.Pro Massage Gel ni? Garci.Pro Massage Gel adalah gel urut yang berasaskan minyak kayu putih (Eucalyptus Oil) yang membantu proses rawatan rasa kebas dan sakit sendi dari 100% bahan semulajadi dan mempunyai kelulusan KKM (NOT210104156K).

Selain daripada itu, ia mampu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf serta ia amat mudah meresap ke dalam kulit kerana telah dihasilkan menggunakan teknologi nano.


Antara bahan-bahan yang digunakan dalam Garci.Pro massage gel ni adalah :

Minyak Kayu Putih ( Eucalyptus Oil )

Minyak Argan ( Argan Oil )

Peppermint

Aloe Vera

Epal Hijau

Menthol Crystal


 Sebab pakai menthol crystal la dia rasa sejuk-sejuk dan aman ja bila kita pakai. Tak rasa panas ka apa-apa ka. Lagipun tekstur dia sangat ringan, tak melekit dan mudah meresap. 




Antara kebaikkan Garci.Pro ni adalah dapat membantu masalah berikut  :

Melancarkan peredaran darah dalam badan

Membantu mengatasi masalah sakit sendi yang berpanjangan

Melegakan saluran pernafasan ( Batuk, kahak banyak dll)

Amat mudah meresap ke dalam kulit dan tidak melekit.

 Membantu merawat urat saraf yang rosak penyebab kebas.

• Melegakan kekejangan otot dan sendi.

• Melegakan sakit urat dan sakit lutut.

• Membantu melegakan selsema dan pening kepala.

• Membantu melegakan sakit perut/senggugut.

• Membantu membuang angin dalam badan.


And mai sini nak bagi tips penggunaan GarciPro ni... 

*Bagi yang sakit kebas kurang dari 6 bulan, dinasihatkan guna 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur.

*Bagi yang sakit kebas lebih dari setahun dan stroke, dinasihatkan supaya sapu gel 4 jam sekali.


Selain daripada berkesan, packaging dia pun memudahkan sebab dihasilkan and dipek dalam bentuk tube, senang nak sekit and letak dalam handbag. Maklumlah, mak-mak on the go ni nak kena everything perfect  lagi-lagi kadang-kadang kita tak tau bila sakit-sakit macam sakit pinggang kronik macam kami nak menyerang. 




Bagi yang ada masalah-masalah yang macam aku cakap dekat atas and nak cuba gunakan Garci.Pro Massage Gel keluaran MISG GLOBAL ni serta info lanjut boleh layari:




Website: Garci.Pro Malaysia

Facebook: Garci Pro Malaysia – AppleFit

Instagram: @GarciProMalaysia

6 Comments

  1. Replies
    1. Mmg best sgt2 pakai ni.. Sebab sejuk2 nyaman ja

      Delete
  2. wah bagus krim ni. mama pun penghidap sakit belakang juga ni.. boleh consider ni

    ReplyDelete
  3. Sedap ni, kalau dpt sapu kt pinggang, lega terus

    ReplyDelete

Post a Comment