Showing posts with label resipi

 Selalu untuk masak makanan apa-apa biasanya sesetengah orang akan pakai chicken stock sebagai penambah rasa semula jadi kan. Ada juga yang buat minum/hirup as soup untuk dijadikan makanan tambahan. Tapi yang paling best bila buat sendiri ni kita dapat buat dengan cara dan bahan yang kita nak kan.

Selain daripada menambahkan perisa... Chicken stock/bone broth ni jugak baik untuk kesihatan kita. Jom kita tengok kebaikkan lain chicken stock ni 


Selain daripada kebaikkan-kebaikkan di atas, chicken stock juga kaya dengan :

*vitamin b12

*vitamin C

* vitamin A

* vitamin D

*vitamin E

* vitamin K

*kolagen

*antioxidants 

* carnosine



Kebetulan hari tu, ada jiran kami (taukeh ayam yang selalu kami beli ayam) bagi kami rangka ayam dan kaki ayam banyak gila. So tiba-tiba dapat idea nak buat chicken stock /bone broth ni.


Nak buat dia pun mudah ja... Bukan payah mana pun... Basically guna bahan-bahan yang ada dekat rumah ja.

Bahan-bahan: 

Tulang rusuk ayam

Tengkuk ayam

1 biji Bawang besar (aku guna bawang Holland) 

6 ulas bawang putih

Daun bawang

Air secukupnya. 

Sedikit garam

*carrot

*celery

*peppercorn

Yang bertanda * tu aku tak letak hari tu sebab terlupa.. Korang yang ada.. Boleh ja letak.. Lagi sedap and best


Cara-caranya:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pot. Aku guna rice cooker Tefal ja.. 

2. Masukka air paras ayam macam gambar di atas. 

3. Tekan slow cooker mode. Aku masak ni dalam 5-6 jam jugak la. Ada orang masak selama 4 jam ja. Ikut korang la.. Lagi lama lagi bagus sebab nanti semua pati dari ayam tu akan keluar jadi essence kat dalam sup tu. 


Ni lepas 6 jam ya. Keluar habis essence dia tu.. 

Kenapa kena guna slow cooker mode? 

"Cooking low and slow gives you good conversion while preventing fat, minerals and other gunk from emulsifying into your stock. Boiled stock will be cloudy, greasy and have a lower yield. To avoid that, start with cold water and your bones (or veggies, if you're going vegetarian) and put over high heat."


Taraaaa.... 
Final product
Cantik kan kejadian chicken stock aku ni... Jernih ja warna dia... Sebab tu kena guna slow cooker mode sebab kita taknak fat tu emulsify dengan cecair chicken stock kita tu. Lagi pulak bila kita guna high pressure /high heat ni tekanan and temperature tu akan buat kita punya stock jadi cloudy. Warna dia tak cantik macam ni ya. 




Dah boleh simpan dalam peti sejuk. Jangan lupa labelkan siap-siap. Senang nanti takdak la orang lain ingat air teh bunga ka apa ka... 
Yang ni pun boleh guna amik satu mangkuk kecik sehari as food supplement. Macam minum chicken essence tu yang dalam botol kecik tu. Macam ni la jugak cita dia. Nak letak dalam sup ka apa ka pun boleh ja. 

Lepas ni nak amalkan la amik sikit untuk minum. Ya la benda yang tinggi dengan collagen ni.. Pastu free berbagai jenis vitamin lagi... Kan bagus tuu... Nak buat pun senang ja... Selamat mencuba ❤️




Resipi Nasi Ulam

in , , by Alia Farhan, 6:36 PM

 Bila bulan puasa of course makanan wajib utk aku makan walaupun sekali adalah nasi ulam. Kalau di Pantai Timur ada nasi kerabu... Dekat Utara pulak kami ada nasi ulam. Lain sikit tapi masing-masing sedap cara masing-masing.

Keunikkan nasi ulam ni.. Adalah ulam-ulaman dirincik halus dan digaul dengan nasi putih. Ada la lagi ramuan-ramuan lain yang dicampur sekali masa buat tu. Nanti aku bagitau ya.

Orang yang suka makan ulam.. Mesti akan suka makan nasi ulam ni... Biasa kalau mak aku buat.. Dia akan buat dengan sayoq keladi. Sayoq keladi tu pulak macam kuah asam pedas utara.. Perghhhhhh dapnyaaa... Kalau belah utara ni asam pedas dia asam pedas rebus tu. Tapi aku tak buat la asam pedas ni sebab takdak la sayoq keladi kan.

Aku buat kengsom siakap ja untuk makan dengan nasi ulam ni... Pun sedappppp 不不不



Haihhh terus rasa nak kutip ulam dekat balcony and buat nasi kerabu. 

Okla... Jom kita tengok bahan-bahan and cara untuk buat nasi ulam ni. 

Bahan-bahan:


Ni ulam-ulam yang kutip di balcony. Eh tapi bunga kantan tu beli.. Serai tu amik dekat community garden dekat bawah. 

Bahan A 
(any daun ulam hijau-aku kutip dekat balcony aku ja) 

4 biji Bawang merah
1 bunga kantan
Daun kunyit
Bayam brazil
Daun cekur
Daun selasih
Daun sambung nyawa
Daun kesum
3 biji bawang merah


Bahan B 
(bahan tumbuk /blend kering) 

2 biji bawang merah
2 batang serai
Sedikit lengkuas
1 sudu kecil lada hitam
2-3 biji cili padi
2-3 cili kering
1 kecil belacan

Bahan C

2 mangkuk nasi sejuk
Garam


1. Nasi terlebih dahulu di masak dan disejukkan. Jangan guna nasi panas ya.
2. Rincik halus kesemua bahan-bahan A dan asingkan seketika. 
3. Blend kering kesemua bahan B dan letakkan asing. 
4. Dalam mangkuk besar yang berisi nasi yang sudah sejuk, masukkan Bahan A dan Bahan B. 
5. Masukkan sedikit garam dan gaulkan kesemua bahan sehingga rata kesemua nasi.  


Haaa gaul bagi sekata macam ni ya...... Sedappp uiiii


Kita padankan dengan kengsom siakap.. Sambal telur puyuh, ayaq asam picit dan kangkung rebus. 

Selamat mencuba bagi yang nak mencuba ya. Hari tu tak habis masa berbuka tu... Aku buat nasi goreng kerabu guna left over nasi ulam ni utk sahur. Serius jadi sebijik macam dekat kedai siam tu.. Letak bilis goreng sikit. Haroiii cing cing..... Hahhahahha... 








Chinese food adalah salah satu makanan yang sedap dan mudah disediakan. Dah la sedap... Nak buat pun senang. Memang favourite sangat la kan.... Antara salah satu kesukaan adalah Sotong Kung Pao. Kebetulan memang ada stock sotong... So apa lagi.. Mari lah ber sotong kung pao... 

Jom kita tengok bahan-bahan untuk buat  Sotong Kung Pao ni... 


Bahan-bahan untuk sos:

2 sudu besar Kicap Pekat Manis

2 sudu besar Kicap Cair

1/2 sudu teh kecil Minyak Bijian

1 sudu besar Tepung Jagung

1 sudu besar Gula 

4 sudu besar air


Bahan Masak

2 sudu besar Minyak masak

6 tangkai Cili Kering  Merah 

4 ulas Bawang Putih dicincang 

1 inchi Halia dicincang

3 sudu besar Kacang Gajus (bakar atau sangai terlebih dahulu) 

2 biji Bawang Merah besar dipotong dadu

1/2 Lada Benggala / Capsicum

1 tangkai Daun Bawang

Sotong dipotong bulat2 ring shape 


Cara-caranya :

1. Di dalam mangkuk, satukan bahan-bahan untuk sos dan kacau sehingga sebati. 

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Kemudian masukkan cabai/cili kering dan halia. 

3. Kemudian masukkan sos yang disediakan di dalam mangkuk tadi ke dalam kuali.

4. Kemudian masukkan kacang gajus, bawang merah yang dipotong dadu dan cili benggala ke dalam kuali.

5. Kacau sehingga bersalut dan biarkan kuah agak pekat.

6. Bila kuah dah pekat baru masukkan sotong dan daun bawang... Kacau-kacau sotong sehingga bersalut dan tutup api. Sotong tak boleh masak lama-lama ya nanti keras and kecut.


Dah tiapppppp... Boleh hidang untuk berbuka. Nak buat lauk makan sahur pun sedap niiii



Sedap gila wei.... Da la senang ja nak buat... 
Selamat mencuba... 




 Hari ni da masuk hari ke 12 kita berpuasa... Sat ja rasa. And up to this day.. Adriana still standing and tak tinggal lagi puasa.. Alhamdulillah.... Semangat dia nak puasa...

Selalu ingatkan tujuan berpuasa tu untuk apa... Untuk kejar pahala.. Bukan kejar duit yang mama n papa janjikan kalau dia puasa penuh... On the first day... I told her what is the purpose of puasa.... Why Allah obligate fasting for Muslim.... Told her.. The Ramadan month is the holly month and we as Muslim should know what is the benefit we get in this holly month. Puasa bukan saja rukun Islam ketiga... But it will shape us to be more patience .. More grateful with what we had. I told her.. There are many people outside there... That are starving without proper food. Hence why... We need to be patience and grateful with what we had.

So today... As we are having our iftar at home... N it's weekend... I plan to cook her favourite Daging Goreng Cili Kering. This is actually my favourite too... Kalau makan dekat Sin Bee Chew...this is my fav!




Nak buat pun senang ja.... Bukan payah mana pun..bahan-bahan pun tak rumit.. Semua yang memang ada dekat rumah ja...

So let's check it out...


Bahan-bahan :

Dagibg dipotong nipis (potong lawan arah urat.. So dat daging tak keras kejung)

2 biji Bawang besar dipotong kasar

5 ulas bawang putih diketuk

 Halia dipotong nipis... Nak letak banyak pun boleh

Cili/cabai kering... Letak banyak lagi bestt(rendam dan gunting2 size sederhana)

Daun bawang (potong panjang) 

Kicap manis

Sos tiram

Maggi cukup rasa


Cara - cara:


1. Panaskan minyak.. Bila minyak dah panas.. Masukkan daging yang da dipotong tadi.. Then biar la masak sampai air-air daging tu kering dan tinggal minyak n daging ja. Jangan lupa kacau-kacau.. Lambat or cepat air daging kering ni depends dengan jumlah daging yang hampa buat.. Sikit daging cepat la air daging tu kering kan. 

2. Goreng la daging tu bagi nampak kering2 and garing skit... Then masukkan cabai kering... Bawang besar, halia & bawang putih. 

3. Then masukkan sos tiram dan kicap manis and kacau daging n sos tiram and kicap tu biar bersalut. 

4. Kacau-kacau bagi nampak kering then masukkan maggi cukup rasa.. Taknak buh boleh skip part ni... 

5. Last sekali masukkan daun bawang......


Dah tiappppppp.... 



Shoooo shedapppppp 



Boleh hidangkan... Senyum lebau tengok muka anak dara bila mama masak lauk favourite dia ni. Sambil cakap tenkiu mama... Kakak suka sangat lauk ni... 

Seronok mama dengar and tengok dia semangat makan masa buka puasa tadi... Si kakak ni makan memilih and cerewet sikit. Sebab tu kesian kalau masak lauk yang dia tak berapa suka. Nampak la muka terpaksa makan dia tu 五五五


Kena pulak dengan kari/gulai bawal emas tu... Memang laju la dia makan. Ecah? Yang tu senang bela... Ada kuah kari pun da onz dah... 





 Hari ni da masuk hari kedua berpuasa. So hari ni baru berkesempatan masak.. Semalam tak masak sebab buka puasa dekat Golden Sands.. Terima jemputan untuk Ramadan Buffet kat sana semalam. Nanti aku cerita ya.... 

So hari ni aku buat dessert thailand.. Cha bang ang... Senang and sedap sangat. Bahan-bahan pun senang ja nak buat.. 



Bahan-bahan:


Biji selasih 

Cincau manis-dalam tube 

2 sudu makan Susu pekat 

3 sudu makan susu cair

2 cawan fresh milk

3 sudu makan brown sugar

Ais secukupnya

Sedikit esen vanila


Cara-cara:

1. Panaskan air dan masukkan brown dan biarkan sehingga  melarut. 

2.  Satukan susu cair, susu pekat, fresh milk dan esen vanila dalam satu bekas. 

3. Potong cincau bentuk cube dan rendam biji selasih dalam air panas. 

4. Satukan kesemua bahan-bahan dan masukkan ais ke dalam mangkuk yang sesuai. 



Sedap wuuuu... Dah la panas2 bukak puasa ni.... Lalu dekat tekakkkkk.. Aduuuuuuduuuuuuuu.... 
Ni kalau buh sumi jelly pun sedap gak niiii... 

Senang kan nak buat dia... Selamat mencuba... 





 Ada peminat smoked duck tak dekat sini? Aku memang peminat smoked duck. Like sangattttt-sangatttttttt. Tapi biasa la kan bila makan dekat kedai mahal gila kan.. Dah la sikit ja... 

So baru-baru ni aku jumpa Smoked Duck jual dekat Jusco. So apa lagiiiiii... Ambil la seketul. Sebab dah teringin kan. 

So apa lagi... Menu kita Smoked Duck Aglio Olio Pasta. 


Nyum2

Nak buat dia pun senang ja.... Basically nak buat aglio olio ni campak ja apa2 nanti jadi la dia. 


Beli dekat Jusco ja... 



Bahan-bahan: 


  • Spaghetti
  • Lots of garlic
  • Bawang besar didadu
  • minyak untuk menumis
  • garam
  • serbuk cukup rasa
  • king oyster mushroom (taknak pun xpa..sebab ada dalam fridge so aku campak ja sekali)
  • smoked duck
  • chili flakes
  • sweet basil leaves
  • Capsicum
  • Tomato cherry


Cara-caranya:

1. Rebus spaghetti dengan sedikit minyak and garam. Toskan and simpan sedikit air rebusan spaghetti.
2. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan smoked duck yg telah di slice nipis2 and goreng sebentar sampai nampak kesan char/goreng tu. 
3. Masukkan garlic and bawang besar yang dipotong ke dalam kuali. Kemudian masukkan king oyster mushroom dan chilies flakes(ikut korang nak pedas letak banyak.. Xnak pedas letak skit ja) ke dalam kuali tu. 
4. Dah boleh masukkan spaghetti dan masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi. 
5. Kemudian masukkan tomato ceri yang dibelah dua, capsicum dan jugak swert basil leaves. 
6. Jangan lupa perasakan dengan garam dan serbuk perasa.... Ok dah siapppp



Da siap.... Sedap gila makan dengan salad and kebab buatan sendiri ni.. Ok lah puji diri sendiri. Kalau tak puji.. Sapa lagi nak puji kan.... 突突

Bagi yang suka smoked duck ni.. Hampa boleh la cari dekat Jusco dekat tempat ayam tu.. Dekat bahagian frozen... Takpun tanya ja dekat orang yang incharge dekat tempat ayam tu.. Mesti depa tau... Harga dia pun RM8.80 ja guys... Boleh makan puas2 kat rumah ya. 

 Maybe ada yang tak familiar lagi apa itu Rasam. Rasam ni sebenarnya sup untuk kaum India terutama mereka yang berasal dari India Selatan. Rasa dia masam-masam, pedas /hangat dan berempah.

To be honest, before ni pun aku tak pernah rasa Rasam tu apa. But since my husband ni orang Penang and bawak aku makan dejat Tajudin Hussain... And dia ajaq aku minum /hirup rassam lepas makan nasi sekat situ.. Sejak dari tu la aku suka rasam. Cuma before this tak reti la nak buat kan. But since, ada sorang akak ni yang aku kenal dekat fb ni share resipi mak mentua dia... So aku pun try la buat sendiri wei...


Kalau da ada darah cap kari yang mengalir di badan ni.. Mesti mahuuuuu nya rasam gini.. Hahhaha.. My great2 grandfather from my late dad  came from Northern India... Uttar Pradesh if not mistaken la. Hence why muka aku cantik macam Kajol kahkahhhhhh... 

Ok lah... Nak buat dia tak susah.. Senang ja.. Kalau hang rajin buat kari.. Basically benda-benda asas tu memang ada la kan... Aku kari ni menu wajib selang sehari macam tu... Biasala.. K katakan... 不不不

Ok la sebelum melalut2... Jom la kita cerita skit apa khasiat Rasam ni... Mengikut kawan aku yang berbangsa India.. Dia kata Rasam ni biasanya bagus to aid aour digestion system, memanaskan badan kita (musim panas-panas ni amik skit-sikit sudah la kan), kalau selsema or sakit tekak or hilang selera makan, the Indians will eat this to boost their appetite. Kawan aku yang Indian tu pun ajaib macam mana aku boleh kenal Rasam ni.. Sebab selalunya orang India ja yang suka Rasam ni... Welll malas aku nak cita.. Aku ni pun geng Kajol jugak cuma aku a lottttt of mix.. Campoq lagi dengan Sawadikaaaaa... Campoq melayu separuh+Suku India+Suku Siam... Ohoiii.. A lot of mixedd....


Jom la tengok bahan-bahan dia dulu na:

Halba campur (lebihkan biji sawi) 
Daun kari
Bawang merah/besar 
Bawang putih jangan buang kulitnya(tapi cuci bersih) 
Cabai kering dipotong 
Halia
Black pepper
Jintan kecil
Biji rempah /ketunbar
Rempah Rasam 
Tomato 
Minyak untuk menumis 
Air asam jawa
Garam
Gula

Cara-cara:

1.Tumbuk halia, bwg putih sekali kulit, bwg kecik atau besaq.. Agakje na.. Tomato, tumbuk kasaq2 ja and tumbuk daun kari sikit..

2. Blend kering lada hitam, jintan kecik tu, biji rempah..

3. Tumis biji sawi, cabai kering, daun kari, masukkan bahan yg kita tumbuk tadi.., masuk ayaq, ayaq asam jawa, buh rempah rasam 3 sudu makan or  agak2 je..

4. Nak bagi kick ke tak.. Masukkan bahan yg kita belender kering and perasakan dengan garam dan sedikit gula untuk bagi rasa balance.

5. Da siap boleh angkat untuk dihidangkan.. Tabur daun ketumbar kalau ada... Siapppp


Rasam ni kena pulak dengan kari udang+kacang buncis n kambing bakar. Perghhh terangkat beb.. Adriana suka Rasam ni sebab ada rasa masam-masam gitu.. Dia kata sedap la mama letak kuah Rasam ni dengan kuah kari mama... See...very the Kajol Mukherjie... Hampaaa apa tauuuuu

Kat Penang ni pun aku rasa kat Tajudin Hussain and Sri Ananda ja yang aku pernah makan and ada Rasam ni.... Nasi kandaq yang lain ka tak la pernah jumpa lagi.. Or maybe aku xpernah pi tempat lain yang ada kot.. Who knows kan... 
Ni pun sebab rindu gila lama tak pi makan dekat Tajuddin Hussain ni.. Sabit tu buat gak Rasam ni... 


 Assalamualaikum..


It's been a long time tak update blog kan... Kali ni nak share resipi sedap Ayam Cola. Ayam Cola ni actually kawan aku orang Sarawak, Fiza yang ajar buat masa dekat U dulu. Bayangkan duk kt hostel... Time tu tempat aku belajaq UniKL-MICET tu mcm tempat jin bertendang. So hujung minggy nan hado la aktiviti2 nya. Dah la masa tu berapa kerat ja manusia yang wujud dekat situ. As batch kedua.. Paham2 la intake setiap batch tu xla banyak lagi.

So salah satu cara kami berlibur dulu2 adalah dengan memasak dekat hostel. Time tu ada rice cooker jalan dah. Sekarang ni ja seronok dekat shopee tu macam2 gadjet memasak yang best2. Oh lupa hostel aku dulu boleh bawak rice cooker. Almaklumlah kafe pun kdang2 hujung minggu pun katup.

Cerita dia dari dulu kat hostel pun memang rajin masak. So bila weekn tu dulu2 masak la.. Salah satu menu dia.. Ayam Cola ni la.. Si kawan aku Fiza tu buat.


Jom tengok bahan-bahan yang guna untuk buat ayam cola ni... 

Bahan-bahan :

Ayam yang dipotong
Air coke
Sos tiram
Kicap
5 ulas Bawang putih yang dicincang 
3 biji cili padi dipotong
Serbuk cili 
Chilies flakes 
Bijan
Daun bawang
Minyak

Cara-caranya :

1.Panas minyak dan tumis bawang putih dan cili padi. 
2. Masukkan ayam dan masukkan air coke separas dengan ayam. 
3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, serbuk cili dan chilies flakes. 



4. Renih semua bahan tadi dengan api yang slow sampai kuah tu berkurang. Kalau nak makan jenis kering... Boleh la masak lagi sampai kering. 
5. Bila dah kuah kering or ikut korang punya preference tu... Boleh da angkat untuk dihidangkan. 
6. Jangan lupa garnish dengan bijan and daun bawang

Cantik kan... Rasa dia sedap sangattt




Makan macam ni laju jaaaaa
Simple tapi sumpah sedap gila.. Hahhaha



Jom follow tiktok aku... 

 









 Hari tu ada up and puji diri sendiri buat nasi kari sedap dari Nasi beriyani hameediyah.. Matilamaknakkkk puji diri sendiri oiii... Tapi serius la kalau hampa rasa teringin nak makan nasi beriyani ka apa ka.. Apa kata hampa try la buat nasi kari hampa sendiri... Bahan2 pun dah tentu ada kat rumah.. Tak payah nak beli rempah kari bagai wei... Dan yang pasti sedap gilaaaaaa... Hahahhahah


Sebab ramai duk suruh aku up resipi ni.. Maka aku up la satu kali dekat sini ya.... 



Sedapppp kannnnnn nampakkkk diaaaa. Hahhahahah

Aaaa jom lah kita tengok bahan-bahan yang kita perlukan... 


Bahan-bahan :

1. Rempah Kari Daging Adni (rempah dia piauuuu elokkkk)

2.  2 pot beras basmathi (nak pakai beras biasa pun ok)

3. Rempah 3 serangkai untuk menumis

4. 2 tangkai daun kari

5. 1 biji Bawang besar dipotong

6. 3 ulas Bawang putih dipotong

7. Minyak untuk menumis

8. Telur rebus / ayam /daging lembu /daging kambing.

9. 1 biji tomato dipotong

10. Daun pudina(ada boleh letak bagi wangi.. Xdak tak payah) 

11. Garam

12. Maggi cukup rasa


Cara-caranya:

Guna rice cooker /periuk nasi biasa




1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, rempah 3 serangkai dan daun kari. 

2. Bila dah naik bau.. Masukkan rempah kari.. Kacau2 dalam minyak tu and tambah air.... 

3. Bila dah nampak pekat masukkan sedikit air... Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.... Kalau nak masukkan ayam, boleh masukkan ayam dan masak ayam separa masak... Jangan lupa tambah air...and bagi air kering skit baru masukkan beras... Tomato.. Daun pudina dan telur rebus and biarkan beras masak. Sukatan kena ikut jenis beras yang kita pakai. 

Aku guna cast iron pot ja... So memang kejap ja nasi dah masak and cantik kejadian dia... 


Masak guna Philip Pressure cooker


1. Untuk Philip Pressure Cooker... Macam biasa la kalau nak buat nasi yang berperasa dalam ni... Panaskan minyak.. Tumis la follow la step yang sama dengan kat atas tadi tu. 
2. Aku suggest kalau nak buat yang guna daging lembu or daging kambing ni elok la guna pressure cooker sebab jimat masa hampa... Mula2 aku masak dulu kambing tu.. Set dekat mutton, pastu keep pressure time dia tu kepada 20 minutes... 
3. Lepas 20 minutes + mcm tu aku release pressure dia.. And then bukak tengok kari kambing aku tu... Perasakan apa yang patut... 
4. Lepas tu aku masukkan la beras aku... And set pulak dekat rice... Dalam 14 minutes + mcm tu ready la nasi kari kambing aku tu. 


Cantik kan kejadian nasi dia tu.. Nak lawo panjang2 tu sila lah pakai basmathi ya... In Sha Allah lawo la kejadian dia... 


Ni yang aku buat Ahad hari tu. Makan dengan kurma kambing and salad ja.. Ya Rabbi sedap nak matiiiii okehhh... 


Sumpah aku yang terliur sekarang ni... 
Okla hampa.. Selamat mencuba yaaaaaa.... 












Kali ni aku nak share resipi Gulai Ayam Minang yang aku buat hari tu untuk join Saji punya competition dekat ig. Syarat2 dia kena guna 2 bahan dari Saji.. Sama ada santan, gula atau beras keluaran Saji yang baru.. 

So pikiaq punya pikiaq la nak pakai bahan apa.. Last2 aku decide untuk guna dua bahan dari Saji iaitu santan and gula. And resipi yang aku nak buat pun mudah ja. Gulai ayam minang. Antara favourite dish aku kalau makan dekat kedai Minang. 




Nak buat pun actually senang and simple ja... Jom tengok bahan-bahan yang digunakan and cara-caranya. 


Resipi Gulai Ayam Minang


Bahan-bahan yang digunakan:

Ayam yang dipotong

Cabai besar

Kunyit hidup *kalau xda guna serbuk ja

Bawang besar

Bawang putih

Serai

Halia

Daun limau purut

Garam

Gula @sajimalaysiaofficial

Santan @sajimalaysiaofficial





Cara-caranya :


1. Blend kunyit hidup, cabai, bawang besar, bawang putih, halia n serai.

2. Tumis bahan-bahan blend, masukkan asak keping dan masak hingga mendidih.

3. Masukkan ayam... Perasakan dengan garam, gula @sajimalaysiaofficial dan masukkan santan @sajimalaysiaofficial. Jangan lupa masukkan daun limau purut.


Dah siap....


Senang ja kan.... Dia punya senang tu takleh bawak berbincang.. Dah senang.. Sedap pulak tu.... 





Makan dengan ulam pun dah onzzzz... 


Selamat mencuba hampa semua.... 





 

 

 





 Rasa mcm lama gila tak update blog kan.. Lepas update yang kes maybank hari tu... Doa2 kan lah aku dapat balik ya duit aku tu.

Harap la dapat refund dalam masa yang terdekat ni. Duit tu la nak pakai beli brg2 harian. Huuu...

Kali ni nak cerita pasal resipi yang aku cilok sepanjang pemerhatian aku dari vlog-vlog vlogger korean dekat dalam youtube. Simple ja... Hampa pun boleh buat In Sha Allah.


Jom la kita tengok bahan-bahan yang digunakan and cara-caranya. 

Bahan-bahan :

Ayam bahagian dada yang dipotong
King oyster mushroom
4 ulas Bawang putih diketuk kasar
Setengah biji bawang holland
1 biji Cabai besar dipotong bulat2
3 biji cabai melaka dipotong bulat2
Garlic chilies flakes (aku pakai Signature brand... Pakai chilies flakes biasa pun boleh) 
Daun bawang dipotong panjang2
Sos tiram
Sedikit minyak bijan
Minyak untuk menumis
Garam
Maggi cukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan sedikit bawang holland. Kacau-kacau sehingga naik bau dan masukkan chilies flakes. 
2. Kemudian masukkan ayam yang dipotong, masukkan sos tiram dan minyak bijan. 
3. Then masukkn cendawan, cabai besar, cabai melaka dan lain-lain lagi. 
4. Masak la sampai kesemua bahan dah masak, then perisakan dengan garam dan maggi cukup rasa. 
5. Dah siap semua boleh ceduk dan hidangkan lepas tu tabur la bijan. Baru korea mariiii... 


Simple ja.. Tapi sumpah sedap gila. Hahhahahha.... Lerve sangat masakan ni sebab sedap sangat-sangat. 

Ni dish pantas and tak tau nak masak apa boleh la try masak ni kan. 




 Just a quick update.. Kadang2 diri sendiri pum terlupa recipe asal buat macam mana.. So at least.. I got d clue what i'm using... Hahahhaha...



This is my vegan scallop... 

So let see...the main ingredients n how to do it... 

Bahan-bahan:

King oyster mushroom 
Butter
1/2 tbsp Lime juice
Sugar
Mushroom seasoning powder /maggi cukup rasa
Daun bawang & rosemqry utk garnishing(kalau ada capers lagi syiok) 


Ni ya king oyster mushroom.. My favourite.. Actually.. Aku suka semua jenis mushrooms.. Sedapppp... 

Cara-caranya:

1. Untuk mushroom, potong bahagian atas yang macam payung tu and bahagian bawah dia. Biar tinggai macam tongkoi /batang ja. Then potong bulat2 ala2 scallop. 
2. Dalam pan... Panaskan butter... Guna low heat ya.. Takut nanti butter tu jadi oil yang hangit plak...then masukkan vegan scallop hampa yang dah dipotong tadi. 
3. Bila dah masukkan dalam pan.. Boleh la tune hampa punya api ke medium heat... Bila dah nampak brownish.. Hampa kalih2 la.. Masa duk masak ni hampa tabur la skit dengan seasoning. 
4. Dah brownish both sides.. Hampa angkat dan ketepikan buh dalam pinggan lawa2... Habuan nak tangkap gmbaq acah2 food blogger la sangat... 
5. Berbalik ke dalam pan... Masukkan 1/2tbsp of lime juice... Then cepat2 kacau.... Lepas tu masukkan la gula skit... Agak2 balance dah rasa dia.. Katup api. 
6. Tuangkan sos/gravvy lime butter yang hampa masak tadi tu dalam pinggan yang hampa buh vegan scallop hampa tadi tu... 

Done.... 


Rasa dia? Walllaaaa hampaaa oiiiii.. Wajib la cuba kannn..nak makan scallop tak tau bila..dapat yang vegan pun wallahhh sangat.... 

Oh lupa nak cakap... Aku memang suka ambil mushroom as my vege... And aku tersangatlah jarang beli sayur hijau yang lain.. Selalu kutip dekat balcony ja daun2 hijau tu nak buat ulam... So kalau beli sayur.. Memang beli cendawan ja. Kalau hampa nak tau.. King oyster mushroom ni dia dalam spesis yang sama dengan oyster mushroom yang biasa tu.. Cuma yang ni dia ada batang yang besar and thick... Aku suka gila rasa dia sebab rasa macam chicken/white meat. Sebab tu kalau orang putih banyak depa substitute white meat dengan mushrooms.. Acah2 la vegan kononnya. Macam vegan scallop ni jugak la.

Aa jom lah tengok apa benefit king oyster mushroom ni. Kalau dekat Korea tu.. Ni antara mushroom yang selalu ada dalam menu depa.


Credit to Google. 



Credit to Google. 

Banyak kan benefits makan mushroom... So jom lah kita makan mushroom banyak2... 







© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS