Resipi Smoked Duck Aglio Olio Pasta

 Ada peminat smoked duck tak dekat sini? Aku memang peminat smoked duck. Like sangattttt-sangatttttttt. Tapi biasa la kan bila makan dekat kedai mahal gila kan.. Dah la sikit ja... 

So baru-baru ni aku jumpa Smoked Duck jual dekat Jusco. So apa lagiiiiii... Ambil la seketul. Sebab dah teringin kan. 

So apa lagi... Menu kita Smoked Duck Aglio Olio Pasta. 


Nyum2

Nak buat dia pun senang ja.... Basically nak buat aglio olio ni campak ja apa2 nanti jadi la dia. 


Beli dekat Jusco ja... 



Bahan-bahan: 


  • Spaghetti
  • Lots of garlic
  • Bawang besar didadu
  • minyak untuk menumis
  • garam
  • serbuk cukup rasa
  • king oyster mushroom (taknak pun xpa..sebab ada dalam fridge so aku campak ja sekali)
  • smoked duck
  • chili flakes
  • sweet basil leaves
  • Capsicum
  • Tomato cherry


Cara-caranya:

1. Rebus spaghetti dengan sedikit minyak and garam. Toskan and simpan sedikit air rebusan spaghetti.
2. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan smoked duck yg telah di slice nipis2 and goreng sebentar sampai nampak kesan char/goreng tu. 
3. Masukkan garlic and bawang besar yang dipotong ke dalam kuali. Kemudian masukkan king oyster mushroom dan chilies flakes(ikut korang nak pedas letak banyak.. Xnak pedas letak skit ja) ke dalam kuali tu. 
4. Dah boleh masukkan spaghetti dan masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi. 
5. Kemudian masukkan tomato ceri yang dibelah dua, capsicum dan jugak swert basil leaves. 
6. Jangan lupa perasakan dengan garam dan serbuk perasa.... Ok dah siapppp



Da siap.... Sedap gila makan dengan salad and kebab buatan sendiri ni.. Ok lah puji diri sendiri. Kalau tak puji.. Sapa lagi nak puji kan.... 😬😬😬

Bagi yang suka smoked duck ni.. Hampa boleh la cari dekat Jusco dekat tempat ayam tu.. Dekat bahagian frozen... Takpun tanya ja dekat orang yang incharge dekat tempat ayam tu.. Mesti depa tau... Harga dia pun RM8.80 ja guys... Boleh makan puas2 kat rumah ya. 

12 Comments

  1. baru tau smoked duck bila dah masak jadi merah centu. menarik gak untuk di try, murah je pun

    ReplyDelete
  2. Sis kalau itik ni tak berkenan yang salai macam ni. Kena yang berkuah macam masak lemak ke atau masak hitam. Tapi buat penggemar itik pasti tak melepaskan peluang beli ni untuk buat masak2.

    ReplyDelete
  3. Harutu dah nampak dah smoked duck ni, tapi tak beli sebab nak merayap tempat lain, next time nak beli dan cubalah masak gini, nampak sedap le pulakkkkk

    ReplyDelete
  4. Nice! Since I gemar duck meat, I akan try your recipe dengan ayam la ye. Nampak senang dan interesting

    ReplyDelete
  5. Pernah nampak tapi teragak agak nak beli. Dah tahu sedap so next time terus tak yah fikir lagi.. Nampak sedap tuuu

    ReplyDelete
  6. With ready made smoked duck meat, itis increasingly easy for us to enjoy our favourite aglio olio pasta right? :)

    ReplyDelete
  7. Wahhh ada kat Aeon yer...wajib cari nih, sebab memang susah nak cari smoked duck yang halal. Saya suka makan smoked duck ni dengan mantou dan sos cili thai. Rasa dia memang padu. Nanti nak cari dan kongsi resipi smoked duck mantou with thai sos kat blog.

    ReplyDelete
  8. Kita suka sangat makan smoked duck.. Sedap gila.. Ok nanti nak cari.. Ade jual erk macam ni.. Bguss.. Sedapnya aglio olio tu

    ReplyDelete
  9. Fuhh kena pi cari ni.. Za dan hubs suka makan smoked duck. Nnt nak cari the masak smoked duck plum sos.. Ya ampun kecurrrr

    ReplyDelete
  10. serious murah... boleh beli, buat kat uma then makan sampai puas kan

    ReplyDelete
  11. Wah murahnya! Boleh cari la nanti nampak sedap betul bila masukkan dalam aglio olio. Ni kalau kat restoran confirm mahal kan

    ReplyDelete
  12. Wahh! This is my favorite la "Smoked Duck" so far memang makan kat 2 tempat jer skrg, satu BBQ Kemensah dan satu lagi Rasa Viet! next time boleh try la yang ni!

    ReplyDelete

Post a Comment