Recipe : Korean Spicy Mushroom Chicken

 Rasa mcm lama gila tak update blog kan.. Lepas update yang kes maybank hari tu... Doa2 kan lah aku dapat balik ya duit aku tu.

Harap la dapat refund dalam masa yang terdekat ni. Duit tu la nak pakai beli brg2 harian. Huuu...

Kali ni nak cerita pasal resipi yang aku cilok sepanjang pemerhatian aku dari vlog-vlog vlogger korean dekat dalam youtube. Simple ja... Hampa pun boleh buat In Sha Allah.


Jom la kita tengok bahan-bahan yang digunakan and cara-caranya. 

Bahan-bahan :

Ayam bahagian dada yang dipotong
King oyster mushroom
4 ulas Bawang putih diketuk kasar
Setengah biji bawang holland
1 biji Cabai besar dipotong bulat2
3 biji cabai melaka dipotong bulat2
Garlic chilies flakes (aku pakai Signature brand... Pakai chilies flakes biasa pun boleh) 
Daun bawang dipotong panjang2
Sos tiram
Sedikit minyak bijan
Minyak untuk menumis
Garam
Maggi cukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan sedikit bawang holland. Kacau-kacau sehingga naik bau dan masukkan chilies flakes. 
2. Kemudian masukkan ayam yang dipotong, masukkan sos tiram dan minyak bijan. 
3. Then masukkn cendawan, cabai besar, cabai melaka dan lain-lain lagi. 
4. Masak la sampai kesemua bahan dah masak, then perisakan dengan garam dan maggi cukup rasa. 
5. Dah siap semua boleh ceduk dan hidangkan lepas tu tabur la bijan. Baru korea mariiii... 


Simple ja.. Tapi sumpah sedap gila. Hahhahahha.... Lerve sangat masakan ni sebab sedap sangat-sangat. 

Ni dish pantas and tak tau nak masak apa boleh la try masak ni kan. 




3 Comments

  1. Alaaaa..sedapnya..sebelum ni pernah buat..akak WFH minggu depan nak buat la..sblom ni akak x guna dada ayam..akak guna kepak ayam potong2...pas tu akak letak cendawan campur2..mana jenis2 cendawan kat pasaraya tu akak beli skit2..hehehe...dap...

    ReplyDelete
  2. itu la, hopefully dpt balik duit tu :(

    ReplyDelete
  3. harap dpt balik lah.. maybank jgn bt senyap ja.

    sekali sekala mkn style mcm ni syok gak. kena tnya boss satgi penat masak dia xmau mkn

    ReplyDelete

Post a Comment