Resipi Nasi Ulam

 Bila bulan puasa of course makanan wajib utk aku makan walaupun sekali adalah nasi ulam. Kalau di Pantai Timur ada nasi kerabu... Dekat Utara pulak kami ada nasi ulam. Lain sikit tapi masing-masing sedap cara masing-masing.

Keunikkan nasi ulam ni.. Adalah ulam-ulaman dirincik halus dan digaul dengan nasi putih. Ada la lagi ramuan-ramuan lain yang dicampur sekali masa buat tu. Nanti aku bagitau ya.

Orang yang suka makan ulam.. Mesti akan suka makan nasi ulam ni... Biasa kalau mak aku buat.. Dia akan buat dengan sayoq keladi. Sayoq keladi tu pulak macam kuah asam pedas utara.. Perghhhhhh dapnyaaa... Kalau belah utara ni asam pedas dia asam pedas rebus tu. Tapi aku tak buat la asam pedas ni sebab takdak la sayoq keladi kan.

Aku buat kengsom siakap ja untuk makan dengan nasi ulam ni... Pun sedappppp 🤣🤣🤣



Haihhh terus rasa nak kutip ulam dekat balcony and buat nasi kerabu. 

Okla... Jom kita tengok bahan-bahan and cara untuk buat nasi ulam ni. 

Bahan-bahan:


Ni ulam-ulam yang kutip di balcony. Eh tapi bunga kantan tu beli.. Serai tu amik dekat community garden dekat bawah. 

Bahan A 
(any daun ulam hijau-aku kutip dekat balcony aku ja) 

4 biji Bawang merah
1 bunga kantan
Daun kunyit
Bayam brazil
Daun cekur
Daun selasih
Daun sambung nyawa
Daun kesum
3 biji bawang merah


Bahan B 
(bahan tumbuk /blend kering) 

2 biji bawang merah
2 batang serai
Sedikit lengkuas
1 sudu kecil lada hitam
2-3 biji cili padi
2-3 cili kering
1 kecil belacan

Bahan C

2 mangkuk nasi sejuk
Garam


1. Nasi terlebih dahulu di masak dan disejukkan. Jangan guna nasi panas ya.
2. Rincik halus kesemua bahan-bahan A dan asingkan seketika. 
3. Blend kering kesemua bahan B dan letakkan asing. 
4. Dalam mangkuk besar yang berisi nasi yang sudah sejuk, masukkan Bahan A dan Bahan B. 
5. Masukkan sedikit garam dan gaulkan kesemua bahan sehingga rata kesemua nasi.  


Haaa gaul bagi sekata macam ni ya...... Sedappp uiiii


Kita padankan dengan kengsom siakap.. Sambal telur puyuh, ayaq asam picit dan kangkung rebus. 

Selamat mencuba bagi yang nak mencuba ya. Hari tu tak habis masa berbuka tu... Aku buat nasi goreng kerabu guna left over nasi ulam ni utk sahur. Serius jadi sebijik macam dekat kedai siam tu.. Letak bilis goreng sikit. Haroiii cing cing..... Hahhahahha... 








5 Comments

  1. Antara menu wajib pada bulan puasa CCL akan cari of course la nasi ulam dan sayuq keladi . Kalau hari biasa macam ni susah nak jumpa org jual nasi ulam . Melainkan kalau teringin nak makan trpaksa cari bahan2 buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... Time bulan puasa ja ada org juai.. Tapi tu pun belum tentu sedap😂 so best way kena buat sendiri la cerita dia🤣

      Delete
  2. Nasi ulam ni makanan utara eh? menariknyaaaa

    ReplyDelete

Post a Comment