Resipi Gulai Minang - Perut Lembu

Baru-baru ni ada beli perut lembu yang bahagian dalam dia macam towel tu.. Tak silap aku orang panggil perut tuala kot. Bahagian perut tuala ni buat kerabu pun sedap... Rebus cicah air asam pun sedap. Buat sup pun best. Eh pendek kata memamg sedap la kan.... Yang tak makan tu jangan lah duk euwww euwww sangat ok. 

Antara masakan yang sedap letak perut ni adalah gulai minang. Dia punya umphhhh tu perghhhhhh.. Sedap woooo... Nak buat gulai minang pun simple ja sebenarnya. Tak la susah mana pun bagi aku. Bahan-bahan dia semua biasanya senang dapat dekat rumah. 
So jom lah kita tengok bahan-bahan yang kena ada and cara-cara masaknya. 




Bahan-bahan yang digunakan:

Perut lembu yang dah direbus

Cabai kering

Kunyit hidup *kalau xda guna serbuk ja

Bawang besar

Bawang putih

Serai

Halia

Daun limau purut

Garam

Gula

Santan



Bahan-bahan dah tau kan.. Jom kita tengok cara-cara dia pulak... 


Cara-caranya :

1. Blend kunyit hidup, cabai, bawang besar, bawang putih, halia n serai.


2. Tumis bahan-bahan blend, masukkan asak keping dan masak hingga mendidih.


3. Masukkan perut lembu yang dah direbus... Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan masukkan santan. Lastly Jangan lupa masukkan daun limau purut ya. 

Dah siapppppp.... 



Makan dengan nasi panas-panas dengan ulam and sambal belacam memang terangkat wooo.... 

Kalau tak makan perut lembu.. Hampa boleh la gantikan dengan ayam or daging lembu. Punnnn sedap jugak... Kalau dah boring buat kari.. Boleh la try buat masakan minang ni pulak kan. Sekali-sekala ubah angin and selera makan pun best jugak ❤️






Dah siap....

7 Comments

  1. nampak mcm simple ja..hee kalau perut ni kena org yg pandai masak... mmg kena

    ReplyDelete
  2. Rawlins memang sejenis tak makan perut. But ada kawan nie memang suka betul makan anything perut. Nanti boleh la share dengan dia, mana tau dia nak try resipi nie kan

    ReplyDelete
  3. KIta suka makan perut lembu juga. tpai suka buat tumis je. Lama dah tak makan perut lembu..

    ReplyDelete
  4. Bahan macam masak lemak cilipadi gak ya . Nanti nak try masak tuk Mr Husband sebab sendiri tak makan perut. Tq share resipi.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya perut lembu. Lama x makan. Tapi x pernah lagi makan masakan gaya minang ni

    ReplyDelete
  6. alia ni memang suka tau masak menu2 yang mengancam. haish terus rasa craving nak makan perut gulai minang ni. nak kena g beli bahan ni dan masak follow resipi alia..

    ReplyDelete

Post a Comment