10 Resipi Menarik Kek Tanpa Telur


Ramadan dah tak lama lagi... Selalunya time Ramadan mulalah kita semua excited nak buat kek untuk berbuka la untuk raya la... Tapiiii.. Tengok-tengok telur da habis or tak cukup... Dah tak payah mnggelabah.. Sebab aku nak share 10 resipi kek yang tak menggunakan telur... And for those yang allergic to telur... Dis one also for you... 

Jom check out 10 resipi kek tanpa telur ni


1. Resepi Kek Batik Nestum Paling Sedap, Mudah Dan Tanpa Telur




Bahan - Bahan
300 gm coklat compound
400 gm biskut marie HWA TAI ( biskut jenama ini sedap )
1/2 cawan serbuk koko
3 sudu besar gula pasir
1 tin susu cair
1 sudu besar mentega ( wani guna sudu makan )
3 x 1/2 cawan nestum
Cara - Cara
1. Biskut marie dipatah dua.
2. Satukan coklat compound, serbuk koko, gula pasir, susu cair dalam satu kuali, buka api dan kacau perlahan sehingga semua bahan sebati.
3. Kacau sehingga adunan coklat mendidih, baru masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.
4. Masa tahap ni, pastikan adunan coklat betul-betul mendidih lama sikit nak bagi pekat sebelum masukkan biskut marie.kacau selalu.
5. Kemudian, baru masukkan biskut marie dan gaul sehingga semua biskut disalut dengan coklat sehingga rata.
6. Tutup api dan baru masukkan nestum sikit -sikit, itu sebab buat 3 x 1/2 cawan. Letak 1/2 cawan gaul rata dan letak lagi 1/2 cawan dan 1/2 cawan seterusnya . Tak nak nestum digaul di tempat yang sama.. nestum kan cepat melekat.
7. Tuang dalam loyang empat segi 8 x 8 ". Ratakan dan tekan biar padat .sejukkan semalaman baru potong.
Nota :
1. Guna loyang empat segi 8 x 8 "
2. Selepas biskut digaul rata dengan coklat masih ada lagi lebihan coklat, curahkan nestum dekat ada lebihan coklat tu ya sambil gaul rata.
3. Tips untuk ratakan dan padatkan biskut tu dengan gunakan cling wrap menutupi permukaan atas loyang dan tekan dan ratakan biar padat.. tujuannya nak elakkan biskut tu melekat kat sudip, jadi bila buat macam ni tak adalah nak bila nak tekan tu asyik melekat. https://www.wanisukarno.com/2015/05/kek-batik-nestum.html

2. Resipi Kek Marble Tanpa Telur 




Resipi asal daripada blog Fiza's Cooking.


Bahan-bahan:

200gm tepung gandum
225gm gula kastor (kurangkan jika tidak suka manis)
3 sudu besar susu tepung
100gm mentega di cairkan (Mai guna Buttercup)
1 sudu teh pes pandan (Mai guna 1 sudu besar serbuk coklat dicairkan dengan sedikit air atau pes pilihan anda)
150ml air
1 sudu teh baking soda

Cara memasak:

1. Cairkan mentega, ketepikan dan biarkan sejuk.

2. Ayak tepung gandum ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga baking soda, susu tepung dan gula kastor. Kacau dengan whisk hingga semua bahan bercampur.

3. Seterusnya masukkan air sambil dikacau dengan whisk dan masukkan pula mentega sambil di kacau lagi. Pastikan kacau sehingga gula hancur.

4. Bahagikan kepada dua adunan dan masukkan pes pandan (atau serbuk coklat) ke dalam salah satu dari adunan tersebu


5. Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang. Setelah siap tuang adunan, lorekkan corak di atasnya.

6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180 ⁰C selama 30 minit atau hingga masak. Mai guna air fryer Toros Pro Chef dengan suhu 160 ⁰C selama 30 minit. Kek ini juga boleh di kukus.

Sumber: MaisarahSidi.com


3. Resipi Brownies Tanpa Telur




Bahan-bahan:

1 Cawan Tepung Gandum
1/2 Cawan Serbuk Koko
1 Sb Tepung Jagung
1/2 sk Soda Bikabonat
1/8 sk Garam
3/4 Cawan Gula
1/4 Cawan Minyak Masak
1 Cawan Susu Cair
Kepingan Badam

Cara-cara:
  1. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan juga garam. Ketepikan.
  2. Pukul gula, minyak masak dan juga susu cair dengan menggunakan whisk sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan yang telah diayak tadi.
  4. Kacau sehingga adunan sebati.
  5. Masukkan ke dalam loyang yang sesuai dan tabur badam sebagai hiasan jika suka.
  6. Bakar pada suhu 150°c selama 25-30 minit bergantung kepada oven masing-masing. (panaskan oven terlebih dahulu)



4. RESEPI SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE (SMECC)




By : Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber : DayangJack

Bahan-bahan:

 loyang 6-7 inci (versi asal)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (LiNa Pg imported cocoa powder)
2 sudu besar susu tepung
1 +1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (LiNa Pg xletak)
  1. secubit garam
  2. 1/2 cawan minyak jagung/masak sayuran/mentega cair
  3. 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

  1. 1.Panaskan oven pada suhu 160C (oven LiNa Pg suhu 150'c) Sediakan loyang kek. 2.Griskan dengan mentega dan lapik dengan baking paper.Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata (LiNa Pg ayak sekali susu tepung dan garam
  2. 3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. 4. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  3. 5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  4. 6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak (LiNa Pg bakar selama 45min)
  5. 7. Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

  6. 5. Kek Oren Tanpa Telur




Bahan bahan :

2 cawan tepung gandum
1/2sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk penaik
Secubit garam
1/2 cawan & 2 sdb mentega/marjerin
2 sdb gula kastor
1sdt esen vanila
1/4 jus oren (sunquick)
1/2 cawan air
1 biji lemon (ambil jus saja)

Topping :

1/4 jus oren (sunquick)
Susu cair

Cara buat :

1. Ayak tepung + soda bikarbonat + serbuk penaik. Ketepikan.
2. Masukkan mentega/marjerin + garam + gula kastor + esen vanila + jus oren +air. Masak sehingga semua bahan larut. Tak perlu sampai mendidih.
Tutup api.
3. Masukkan perahan jus lemon.
4. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam tepung. Gaul rata. Masukkan dalam loyang.
5. Kukus selama 45 minit atau 1 jam.
6. Ketepikan dan sejukkan kek.
7. Topping kek pula, gaulkan jus oren (sunquick) + susu cair sehingga sebati dan likat. Kalau terlalu pekat sangat masukkan susu cair lagi sampai dapat tekstur yang korang nak.
8. Curahkan atas kek.. Siap!!

Untuk sukatan kek ini ialah untuk kek bersaiz kecil berukuran 16cm.

Sumber: Mimi Azirah


6. Kek Kurma Moist Tanpa Telur




Resepi : Aludra (Myresepi)
Sumber : Nuri & MaDiHaA aka Ratna

( loyang 18cm )

Bahan-bahan:

3/4 cawan susu kotak/UHT
3/4 cawan gula halus (MaDiHaA kurangkan sukatan & gunakan gula perang)
1/2 cawan minyak sayuran/masak
1 cawan tepung gandum
18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
1 sudu teh baking soda (soda bikarbonat) (MaDiHaA ayak bersama2 tepong gandum)
1 sudu teh esen vanilla
1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional) (MaDiHaA tak letak non stock)

Cara-cara:
  1. 1.Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. (MaDiHaA kisar terus dengan susu & minyak sayuran) Masukkan kurma dalam bekas mixing.
  2. 2. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
  3. 3. Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. 

  4. NOTA: Warna kek mungkin tak sama sebab bergantung dengan jenis kurma yg diguna.
    Selamat mencuba!


7.  Chocolate Cheesecake Tanpa  Telur 




Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari freezer)
1 cawam gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak masak | minyak sayuran | butter yang dah dicairkan (aku pakai butter)
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
secubit garam

Cara-cara:
  1. 1. Panaskan oven dahulu dengan suhu 160C. Griskan loyang dengan mentega. Atau korang boleh pakai parchment paper.
  2. 2. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan susu tepung, garam, gula perang dan kacau rata dan sebati.
  3. 3. Masukkan air sejuk, minyak masak dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan dengan whisk sampai adunan tidak berketul-ketul. Nak pakai mixer pon boleh.
  4. Dah sebati semua bahan, masukkan cuka dan terus kacau lagi hingga sebati.
  5. 4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak dengan suhu 160C *bergantung pada kepanasan oven masing-masing
  6. 5. Tunggu sampai kek masak dan hiaskan lah ☺
  7. Sementara tunggu kek masak, buat cream cheese.

    Bahan-bahan Frosting (Cream Cheesse)

    1/2 cawan butter (suhu bilik)
    8 oz cream cheese - 1 kotak philadelphia atau 1 tube tatura (suhu bilik)
    2 cawan gula icing (aku pakai gula halus sebab gula icing tak ada ☺)
    1 sudu vanilla extract

    Cara-cara:

    1. Bila kek dah masak. Tuang saja cream cheese atas kek
    2. Bakar selama 10-15 minit
    3. Sejukkan sekejap dalam freezer bagi lagi sedap

    Sumber: Fiza Rahman


8.  Kek Pisang Tanpa Telur




Bahan-bahan:

8-9 biji pisang berangan - lenyek
1 cawan gula pasir / gula perang
3/4 cawan minyak
1/4 cawan susu segar
3 cawan tepung gandum
2 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t esen vanila/ esen pisang
Badam cincang - tabur

Cara membuatnya:

- panaskan oven 180C
- tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak dulu.
- campurkan gula ke dalam pisang yg dilenyek.
- masukkan minyak, esen pisang dan susu dan gaul sebati.
- akhir sekali masukkan bhn2 yg diayak dan gaul dengan spatula.
- tuang ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan taburkan badam cincang.
- bakar selama 40 minit atau hingga masak.


9.  Kek Minyak Tanpa Telur Sukatan Cawan




Bahan (sukatan cawan):

1.5 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu pekat
2 sudu kecil baking powder
0.5 sudu kecil baking soda
0.5 cawan butter
1 cawan gula kaster
1 cawan susu
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna kuning, merah, dan biru

Cara-cara membuat kek minyak step by step:

  1. 1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan.
  2. 2. Dalam mangkuk, pukul butter dan sugar sehingga kembang. Tambahkan susu dan pukul sehingga creamy. Tambahkan esen vanila dan susu pekat lalu pukul sekejap.
  3. 3. Akhir sekali, masukkan campuran tepung gandum ke dalam mangkuk sedikit sedikit. Gaul rata.
  4. 4 Bahagikan kepada 3 adunan. Masukkan pewarna kepada setiap adunan.
  5. 5 Tuangkan adunan berwarna ke dalam loyang dan corakkan warna ikut kreativiti masing-masing.
  6. 6. Bakar hingga masak pada suhu 170 celcius selama 1 jam.
  7. 7. Biarkan kek sejuk lalu dipotong


Sumber: Borianafoods


10. Kek Red Velvet Tanpa Telur




Bahan - bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu mkn serbuk koko
3/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate
** semua bahan-bahan di atas ini diayak**
1/3 cawan minyak masak
1/2 cawan gula aising
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan susu kotak @ susu cair
1 sudu teh esen vanila
Pewarna makanan merah

Cara - cara:

1.gris & alas loyang dgn baking paper (saya guna 2 loyang 6")
2.pukul atau mixer minyak + gula aising hingga halus
3.masukkan susu pekat manis dan mixer hingga kembang
4.masukkan 1/2 bahagian susu & esen vanila dan kacau sebati
5.masukkan 1/2 bahagian adunan tepung dan kacau sebati
6.masukkan lagi 1/2 bahagian tepung dan kacau lagi sebati
7.campurkan 1/2 baki susu dgn pewarna merah dan kacau sebati kemudian masukkan dlm adunan kek dan sebatikan
8.bahagikan adunan jika menggunakan 2 loyang kek
9.bakar 180° C sehingga kek masak

Frosting :

250 grm cream cheese
100 grm gula aising
50 ml whipping cream

1.pukul cream cheese hingga lembut kemudian masukkan gula aising dan sebatikan,
2.masukkan whipping cream dan pukul sebati...boleh tambahkan air perahan lemon jika suka.



3 Comments

  1. thank you sharing , my cousin anak dia mmg enzyme takleh makan telur.. so she can bake these :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih sharing... senang nak rujuk. senangnak buat tinggal semangat jer kena kuat nie

    ReplyDelete

Post a Comment