Bawak Orang Tawau Makan Di Irama Dining

Rasanya ni kali ke empat dah aku makan kat Irama Dining. Mana la tau lepas ni Irama Dining nak buat apa2 nak panggil aku mai review ka.. Kahkahhhh...

Tapi kali ni nak cerita bawak kakak and mak aku yang mai Penang awal bulan hari ty masa depa balik mai dari Tawau. Ya lah kakak aku kan posting dekat Tawau lani. So mak aku ikut dia duk kat Tawau. Berapa bulan sekali mak aku akan balik mai semenanjung lah.

Sebabkan taktau nak bawak pi makan tang mana.. Kebetulan sebelum tu kami pi lepak dekat Queensbay sat cari barang dekat situ. So dinner tu laki aku ajak bawak mak n kakak aku makan dekat Irama ni lah.

Tak perlu dah nak perkenalkan Irama Dining ni sebab dah 2 entry dah aku buat pasai depa ja. Nampak sangat suka kannn...


Sedap dan meriah. Macam2 order malam tu. 


Ayam pandan. Yang cicah dia tu macam kuah rojak. Ok la sedap kuah dia. Kakak aku suka


Otak2.. Ni fav aku sangat2. Sedap ok depa punya otak2. First time order dekat sini.. Memenuhi piawaian tekak aku. 


Kurma kambing tak silap aku. Tapi seriussss sedappp gilaaa.... 


Masak lemak tempoyak udang. Hat ni perghhhhh sedap gilos... Memang must try! 
Kalau ada patin tempoyak pun padu k. Oh ya lupa nak habaq masak lemak tempoyak udang ni.. Udang dia besaq... And banyak jugak ya. Tak silap 6 ekoq kot or more. 


Hat ni signature depa la kan. Takdan nak snap gmbaq dah kena sambaq dah. Hat smoked duck curry masaman. Pun sedap gilos. 

Overall macam biasa semua memuaskan hati kami semua. 



Tq papa belanja makan. 


Ni bendahari makjah clan kalau pi berjalan mana2. Duit dia pegang. Dia nanti atoq menu nak masak apa.. Nak makan kat kedai bila.. Kes dia la adik aku pi NZ dengan dia kena makan nasi goreng brokoli ja kes dia mlas nak pi beli lauk. Bengkek ja adik aku... Hahhahaha

Ok lah sekian sajia.. 

Nak tau details pasai Irama Dining ni boleh pi ke SINI na... 









16 Comments

  1. Perghh semuanya nampak sangat lah lazat. Menggiurkan 🤤

    ReplyDelete
  2. Nanti kalau Sis datang sana, jangan lupa bawa makan di sini ya..nampak menu semuanya sedap, kalau tak, takkan sampai banyak kali kannn Alia..

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnya. In shaa Allah kalau berkesempatan ke sana bolehlah makan di irama dining ni. Thanks sharing ya :)

    ReplyDelete
  4. baca je kurma kambing dan terliuuqq. Irama dining, akan ku simpan nama tempat tersebut. Simpan jela, tak sure dpt pergi bila

    ReplyDelete
  5. Ya allah my faveret ayam pandan. Irama dining ye, nanti lah kalau ada masa terluang nanti boleh la menjejakkan kaki utk rasa sedap tu

    ReplyDelete
  6. Wow I like what I see here. The dishes seems very traditional and delicious! Wish to check it out with family soon

    ReplyDelete
  7. Wowww banyaknya makanan. Semua nampak sedap-sedap. Boleh save ni mana tau datang sana boleh singgah makan sini. Thank you sharing

    ReplyDelete
  8. Mesti sedap gilos ni makanan kat situ, sampai repeat 4x pergi. Hehehe.

    Kurma kambing tu buat kita lapar.

    ReplyDelete
  9. Amboihh buat terliur je tengok gamabr-gamabr hidangan kat atas ni,, semua nampak menyelerakan.. lapar pulak rasa..

    ReplyDelete
  10. nampak sedap sungguh...buat terlior pulak k mid...bilalah dapat pi sana...anyway, tq for sharing

    ReplyDelete
  11. Alamak mmg nmpak mengancam sungguh mkanan yg diorder..klu ke sini bolehlah heh

    ReplyDelete
  12. Terus teringin nak cari lauk seakan-akan sama untuk lunch kang. Astaga - kelaparan perut Rawlins nie

    ReplyDelete
  13. Suka tengok cara hidangan depa. Lengkap ada hiasan. Tapi kurma kambing tu first time dengaq. Ok la. Nanti balik Penang boleh try ni.

    ReplyDelete
  14. Wah seronok laaaa orang Tawau diraikan camni. Seronok gi makan2 dgn family

    ReplyDelete
  15. Plating dia cantik. Nampak klasik sangat. Lama dah tak pergi penang. Lepas ni sampai Penang boleh cari kedai ni.

    ReplyDelete
  16. walopun hat ni akak dah komen dlm fb, tapi meh sini nak komen sekali lagi dlm blog puleekkkss
    itiikkkk ooiiiiii itiiikkkkkk
    sheedaaaaaappp he3

    ReplyDelete

Post a Comment