Sukiya Tokyo Bowls and Noodles Aman Sentral, Japanese Bowl Sedap gilaaa

Sebelum kena serang duk tanya halai ka dak.. Halai ka dak.. Halai ka dakkkkk...
Mai nak habaq... Sini halai ya... Da disahkan jakim... Boleh rujuk dekat website Sukiya... Depa pun ada mentioned depa punya ni certified HALAL ok!



So this place was accidentally discovered by us masa balik Jitra last weekend sebab mak aku n kakak aku balik sana. So before going back to Penang, we decided to go to Aman Sentral for Kaison... Sebab nak usha curtain for our new house.

Lepas ja pi Kaison and tengok apa yang patut. Kami pun melepak la dekat kedai boba tea ni.. PANTEA kalau xsilap nama dia... So dah lepas lepak situ tengah decide la nak dinner dekat mana kan... Mak aku macam nak makan Sushi King.. Tapi dalam masa yang sama kami pun baru ja makan  Sushi King and sama lah dengan mak aku.


Disebabkan kedai Sukiya ni sebelah ja kedai boba tea tu.. Dah banyak kali gak aku duk pi Aman Sentral ni teringin nak try. Kali ni memang ajak teruih la depa semua makan dekat sini sebab nampak macam sedap ja oiii.





Weiii.. Harga dia not bad kot.... 
Memang for sure murah banyak dari harga dekat Sushi King kalau yang unagi don tu..lari RM10 kot... Serius aaaa murah macam niiiii. 


Ni aku punya.. Aku sebab petang tu bangun2 tidoq lapaq sangat.. Aku dha jejai dah nasi dulu sebelum keluaq rumah kan. So rasa macam sengkak plak nak makan nasi. Padahal ramen pun berat jugakkk kotttt... Macam mana nak kurussss


Ni set hat adik aku amik... Tak ingat berapa harga dia. Tapi serius meriah nak mati.. Rasa tak sampai RM30 kot. Mak aku pun amik set macam ni... 


Ni yang kakak aku makan. Dia amik yang unagi don saty set lengkap macam ni. Tak ingat gal berapa harga dia. Laki aku makan unagi don jugak. Tapi bukan satu set macam ni la. 

Anak2 aku makan Tokyo Ramen. Macam ramen soup gitu la. Tapi aku lupa la nak snap gambaq dia. Sebab macam biasher2 aja yang tu...

Overall bagi aku.. Makanan2 yang kami semua order semua sedap dan menyelerakan la. Tambah2 aku memang suka gila daging nipis ala2 macam kat Sushi King tu. Lepad tu unagi dia pun murah wei kalau nak compared dengan Sushi King. So lepas ni boleh repeat lagi for the sake of Unagi n n dat beef.... To be frank.. Aku memang peminat makanan Jepun compared to Korean food. Hahhahahah.




Terima kasih makngah belanja makan dekat sini... Sedapppp sangat.. Nanti kita mai makan lagi kat sini bolehhhh? 😅 


To Sukiya Tokyo Bowl & Noodles... Please open one in Penang. I'm looking foward to see you in Penang soon.

18 Comments

  1. menu musim gaji ni la kami makan. asal dapat gaji g sukiya kat area office. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kannnn.. Xsangka hrga dia agak berpatutan bagi saya

      Delete
  2. wah best jugak noh kat jitra. nak kena terjah jugak ni. haha ^_^

    ReplyDelete
  3. Banyaknya pilihan kat Sukiya ye. Dan semestinya halal kan - kalau tak mesti netizen dah bising dah. But bagus gak jika kita alert maklumat sebegini. Satgi nak pergi try makan kat sini gak.

    ReplyDelete
  4. Ohh unagi kat sana lg murah yeaa, ni yg nk kena try jugk ni sbb my most fav jugk tuu unagi set hehee!

    ReplyDelete
  5. Wah nampak sedap ni sis... thank you sebab share.. sekarang dah tau halal, boleh la terjah dengan family pergi makan... kami mmg suka makan jepun...

    ReplyDelete
  6. Tengok hidangan pun nampak sedap..dahla kita peminat makanan korea..haruslah nak cuba juga

    ReplyDelete
  7. Yay!!!!!! Sukiya is one of my favourite place to dine with pals. I like Yoshinoya too.

    ReplyDelete
  8. saya memang selalu makan sukiya. Dah lama rasanya ada halal cert. Baru je makan minggu lepas. Memang sedap.

    ReplyDelete
  9. Suka ayat yang first tu, kannn nitezen ni tau kecam dan hentam je...
    Macam sedap aje..belum pernah try..mesti sedap kan..lepas ni kalau ada yang tanya halal ke tidak, memang nak kena hempukkk

    ReplyDelete
  10. Tau takpe! Japanese foods memang banyak kat Malaysia ni, tapi nak cari yg Halal certified tu yang susah! Bagus la Sukiya ni, menu pelbagai dan yg penting dijamin Halal!

    ReplyDelete
  11. Aduhh terlioq pulak tengok Unagi tu..terasa rasa sedap dah kat mulut ni. Ni yang buat nak gi cari makanan Jepun ni

    ReplyDelete
  12. Tengok orang makan makanan Jepun ni nampak sedap tapi Mimi tak boleh masuk makanan Japanese ni. Yang suka makanan Japanese ni bolehlah jadikan port ni tempat wajib.

    ReplyDelete
  13. sedap sedap. I love their bowl set yang ada nasi and ayam tu.
    I forgot the names sbb dah lama x pergi sana.

    ReplyDelete
  14. Bestla ada geng sama suka makan. Kite ni takde geng yg boleh ajak. Hukhuk. So sad.

    ReplyDelete
  15. Asyk lalu dekat sukiya ni je tapi tak tau sedap ke tak. Lepasni boleh la order

    ReplyDelete
  16. okay, lepas ni nak kena try lah. sebba dah baca review best ni. thank y review ni. nnti kalau berkesempatan bolehlah try makan. :)

    ReplyDelete

Post a Comment