Resipi : Petai Berlado Sedap dan Mudah

Assalamualaikum

Baru2 ni balik Jitra sebab mak aku kakak n adik aku semua ada dekat sana.. So macam2 la makan kan... Mak aku punya masakan paham2 la kan... Dia punya sedap tak boleh bawak berbincang. Lepas tu anak2 gemuk bising... Erghhh

Tapi bising2 gemuk pun.. Tetap belikan aku petai kegemaran aku. Yess aku memang hantu petai.. Lantak lah busuk ka apa ka.. Janji petaiiii tu sedappppp.

Disebabkan mak aku bagi aku dalam berbelas2 papan petai.. Maka dengan itu aku haruslah membuat sesuatu dengan petai ituuuu....


Sedap ke idokkk? 
Of course la sedap kannnn

Nak resipi tak? Kalau korang xnak pun xpa.. Sebab kita share ni untuk jadi panduan anak2 kita nanti kalau nak masak. Hahahhaha

Jom tengok bahan-bahan dan cara nak buat dia ya. 

Bahan-bahan:

5 papan petai
4 biji cili besar
6 biji cabai melaka
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
Minyak 
Cuka /asam keping
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara-cara:

1. Potong cili besar, bawang besar kepada saiz yang lebih kecil. 
2. Panaskan minyak, goreng semua cili besar, cabai melaka, bawang besar dan bawang putih. 
3. Dah nampak semua bahan masak and layu. Boleh angkat and tosskan. 
4. Tumbuk and lenyek semua bahan yang digoreng tadi dengan lesung batu. Bila hampa goreng dulu.. Hampa tak perlu nak teruk2 sangat tumbuk bahan-bahan ni. Lenyek2 pun dah hancur. Tapi hancur dia kasar2  mcm tak hancur sangat. Paham tak apa aku cakap ni. 
5. Dah siap lenyek/tumbuk, panaskan minyak yang tadi dan masukkan bahan2 yang dilenyek/tumbuk tadi. 
6. Tambah air skit kalau nampak terlalu pekat, masukkan cuka/asam keping. Aku takdak asam keping sebab dah habis. So aku replace dengan cuka. 
7. Dah nampak macam ok.. Boleh peradakan dengan garam, serbuk perasa and gula. Yang tak mau buh serbuk perasa hampa boleh skip hat ni. Perasakan tu ikut hampa punya taste bud la ya. 
8. Lastly, masukkan petai yang dah diperisi. Aku tak suka masak petai lama2 sangat. Masuk2 terus tutup api sebab aku nak rasa the crunchiness of the petai ni.hhahahhaha

Dah siappppppp.... 
Senang ja kan... 


Awas... Diet ke laut kalau makan depa ni. 
🤪🤪🤪




1 Comments

Post a Comment