Resipi Masak Lemak Cili Padi ikan Jenahak Bersama Peria

Bila dah duk kuarantin duduk dekat rumah ni.. Mula lah kan duk pikiaq nak masak apa kan. Dah la sejenis jemu and cemuih skit masakan jenis2 Penang ni yang kadang2 terlampau ni sangat untuk tekak kampung people macam aku ni kan.

Kenapa kena kuarantin? Tak reda lagi dengan Influenza.. Ni haa 2019 - ncov pulak.. Baik la kita berjaga2. Walaupun hati ni boring dan memberontak woiii nak pi jalan2. Tapi xpa lah.. Macam aku cakap kt ig la kan.. Kalau kerajaan xboleh n xmau jaga kita dari sekat tourist dari China.. Kita sendiri kena jaga diri kita dan keluarga kita.

So menu kena kuarantin and duduk dekat rumah hari ni adalah masak lemak cili padi ikan jenahak dengan peria, ulam bayam brazil, ayam goreng kunyit dan sambai belacan. Nampak macam banyak kan. Ayam tu campak dalam air fryer. Lepas tu biaq AF tu buat keja dia. Bayam brazil tu petik2 ja kat luaq rumah. Lepas tu sambal belacan tu yang maktok bagi hari tu duk ada lagi. So kita habiskan dulu stock yang ada.


Simple ja.. Menu orang pemalas hari ni. 

Masak lemak ni memang fav aku sangat2 tau. Lagi plak dulu2 masa aku kt UniKL MICET tu duduk dekat sempadan melaka-nogori kan... Dekat Naning tu kan.. So aku ni selalu lepak makan dekat Kendong... Memang selera nogori tu ngam sangat dengan tekak aku. Tu yang time belajaq tu gemuk sebab makan kena dengan selera oiiii. 

Tapi part nak masak masak lemak ni memang dulu2 aku failed gila sebab nanti pecah minyak lah. Mak aku punya masak lemak sedap tapi mak aku jarang buat sebab ya la renyah kan nak kena timbuk2 dia xbagi pecah minyak bagai kan. Tapi lama2 lepas dah banyak kali duk masak.. Makin lama makin better la. Eh bukan makin better.. Makin sedap oiii.. Ok puji diri sendiri. Hahaha. 

So jom aku nak cerita macam mana aku buat masak lemak cili padi cara aku. Ya lah cara orang Kedah buat masakan orang nogori kan. Janji sedap kat tekak aku ok lah kan. Walaupun resipi derhaka. 

Bahan-bahan:

*cili besar 
* cili padi
*  bawang kecil/ besar
 * bawang putig
*kunyit hidup
Santan
Asam keping
Gula garam
Serbuk perasa
Isi ikan jenahak
Peria yang dah dipotong

Cara-cara:

1. Blend semua bahan-bahan yang bertanda *. 
2. Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi ke dalam periuk dan panaskan. 
3. Masukkan asam keping dan sedikit santan cair. Kacau-kacau kuah dan masukkan ikan. Biar nampak ikan dah mendidih dan kuah makin pekat, masukkan santan pekat. 
4. Masa dah masukkan santan pekat ni kena rajin timbuk2 ya. Orang kedah panggil timbuk.. Aku tak tau orang negeri lain kata apa.. Tpi macam kacau2 kuah dekat atas tu. Sebab nak elakkan santan tu pecah minyak. Nanti kalau dah pecah minyak tak sedap and tak cun la masak lemak hampa kan. 
5. Masukkan peria, jangan lupa timbuk/kacau kuah and jangan biar santan tu pecah minyak ya. Lepas tu boleh dah perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa kalau nak. 


Buat masak lemak ni memang kena rajin kacau/timbuk kuah dia supaya tak pecah minyak ya. 



Tengok.. Mengacau ja tak berhenti. 


Taraaa its donee... 

Resipi ni derhaka la skit kan. Sebab the real nogori cuma pakai cili padi.. Kunyit hidup dengan santan ja. Harap dimaafkan la orang Kedah yang xleh move on dengan makcik2 bawang ni ya. Janji laki and anak2 suka kan.. Kira ok la. Serius sedap gila letak pulak peria tu. Fuhhh haroi cing2 😋😋😋

P/s:  kalau hampa nak pakai ikan lain pun boleh gak takdak masalah pun.... 

Selamat mencuba. 





19 Comments

  1. Nyummm sedap tu. Masak lemak ni ada pasangan ulam garam belacan, perggghhh 🤤

    ReplyDelete
  2. ray suka makan ulam tp peria tak pernah rasa

    ReplyDelete
  3. Fuhh sedap tuu masak lemak cili api letak peria, mmg ngam sgt dgn ikan hehee. Sebagai org nogori, qeela sendiri xtaulah if ada nama unt proses kacau2 tak bg pecah minyk tu, sbb usually kitorg pon just ckp ‘kacau2 selalu’ je haha. And resepi yg qeela guna sefamily pon ada bawang jugk, just xde guna santan cair, & asam keping tu ikot mood if nk add. Pokoknya, org nogori msk ni pon ada mcm2 style ikot suka yg penting sedap rasa kt tekak tu cun dh tu laa kan hehee 😁

    ReplyDelete
  4. ikan jenahak fevret !! kalo kat Penang ni ok gi dapat harga murah.. kat bangi mencekik.
    usually goreng je pastu masak lauk asing 1 gi yg brkuah. lama x makan peria. dap !!

    ReplyDelete
  5. Satu masakan yang mudah dan sedap tapi belum pernah cuba letak peria...lagi sedap ek?

    ReplyDelete
  6. Yes. Boleh share dengan adik biar dia try masak kelak. Almaklum Rawlins nie suka makan tapi tak bijak memasak. Hehe

    ReplyDelete
  7. Sedap ni nampak. Nak kaw lebih letak cili padi lebih kan. Saya kalau masak peria fail. Rasa pahit tu tak tau nak buang macam mana

    ReplyDelete
  8. Ala...dah la ni favourite I. Buat orang lapar je tau.Pandai you masak!

    ReplyDelete
  9. Ehhh terkena laaa plak Sis peria tu masak lemak, nak cubalah harini..tapi Sis nak masak udang masak lemak peria...
    Okay dah dapat idea untuk menu harini..makaseh Alia..

    ReplyDelete
  10. suka ni. memang sedapla masak lemak cili api. saya pernah buat untuk ayam, ikan keli dan daging bakar. sedap weh

    ReplyDelete
  11. nampak sedap pulak masak lemak cili padi ikan jenahak ni. Rasa nak order 1 pulak.

    ReplyDelete
  12. Masak lemak memang renyah nak buat.. Saya pun problem kat tang pecah minyak tu.. Kecewa je bila tgk santan tu dah pecah..

    ReplyDelete
  13. Sedapnye masak lemak. Marina pon suka makan masak lemak. Simple kan resepi ni

    ReplyDelete
  14. Tak kisah la apa pun bahan yang digunakan, janji sedap kannnn... sy pun sama, disebabkan dulu duk N9 masa belajar, tekak pun dah suka dengan masak lemak cili api. Perghhh, lagi pedas lagi terangkat tauuuu..

    ReplyDelete
  15. alahai terliur betul tengok masakan akak ni. nanti boleh la kita save resipi ni. buat masak time rajin nanti. tupon kalau menjadi la. hahaha

    ReplyDelete
  16. Nur mengandung kalini gemar sgt makan lemak cili api. Boleh laa try resepi alia ni. Tapi tak masukkan peria sbb tak makan hahahaha

    ReplyDelete
  17. terlior k mid...memang selalu masak lemak chili api kat rumah nie..letak peria tue memang best.
    by the way, k mid dah follow blog u..feel free to follow me back ya :))

    ReplyDelete
  18. nampak sedap. terima kasih atas resepi. saya tak tahulah bila boleh nak memasak lauk mcm ni :)

    ReplyDelete
  19. menjejes ayor liur hooiii
    mamak seketul iols ni ikut Ibu eh
    peminat masak lomak
    nama ja mamak, kari xmkn, masak lomak dihirup sakan he3

    ReplyDelete

Post a Comment