Resipi Ayam Pedas Cendawan Ala Thai

Ok la.. Mood kerajinan nak update blog kan.. So mari lah kita share skit resipi Ayam Pedas Cendawan Ala Thai ni...



Bahan-bahan dia pun mudah ja... Nak buat pun lagi la mudahhhh, senang, ringkas tapi sedapppp.  Tak caya? Meh aku share cara dia

Bahan-bahan:

Ayam bahagian dada. Nak guna bahagian lain ikut suka hampa. 
Cendawan(aku guna king oyster.. Nak guna cendawan apa pun ok ja) 
Cili paste/cili boh
Bawang besar yang ditumbuk bersama bawang putih. 
Bawang holland dipotong biasa
Bawang putih diketuk kasar
Daun selasih / thai basils
Cili flakes
Daun ketumbar
Garam
Serbuk perasa
Gula
Cuka
Minyak untuk menumis
Santan 

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk tadi. Goreng sat sampai naik bau. Masukkan cili paste 2 sudu, dan goreng sat sampai nampak garing skit cili paste dengan bawang yang ditumbuk tadi. 
2. Titiskan cuka skit. Masukkan ayam dan tambah air patut padan. 
3. Bila nampak air da kering skit, masukkan cendawan dan santan dan kacaulah macam biasa kan. Jangan lupa masukkan chili flakes. Tujuan aku masukkan chili flakes ni bagi ada feeling2 cili kasaq2 gitu haaa. 
4. Lepas tu masukkan bawang holland yang dipotong dan garlic yang diketuk kasar. And jangan lupa masukkan a lot of thai basils dalan tu..... 
5. Lepas tu dah boleh perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa ikut suka tekak korang. Kalau nampak kering sangat.. Boleh la tambah air. Kalau nak tambah air.. Lebihkan masak memasak hampa. Kalau xnak tambah air, dah boleh la katup api. 
6. Dah siap ikut kepekatan preference hampa... Hamla boleh la angkat dan hidangkan dalam mangkuk. Jangan lupa taboq daun ketumbar ya. 

Dah siappppp... 
Sumpah sedap tak tipu punyaa. 

Ni sedikit pengetahuan pasai cendawan untuk hampa... Macam aku yang peminat cendawan ni.. Aku memang suka gila cendawan.. Wajib beli cendawan kalau nak reload barang dapoq. 

Pic credit to Google. 

Ni yan g aku guna untuk masak untuk kali ni... 

Pic credit to Google

Guna shimeiji mushroom ni pun sedap gak
. Ni buh dalam meggi pun haroi cing2. 

Pic credit to Google. 

Aku hari2 makan 🍄 🍄🍄🍄pun xpa..sebab memang fav kan. 

Kalau hampa nak tau mushroom ni banyak gila khasiat dia... 

Pic credit to Google. 

Ada ka orang yang tak suka makan 🍄 🍄 🍄 ni.. Sedap kot... 




3 Comments

  1. Nak try lah nanti. Hehe. Cendawan tu kalau nama lain2 memang lah tak tau. Hentam panggil suma cendawan ja 😂

    ReplyDelete
  2. sekarang baru 11.30 am
    akak dkt opis
    dok jadi lapor tgk entry kamu
    sekian

    ReplyDelete

Post a Comment