Resipi : Aglio Olio Spaghetti Mudah dan Sedap

Assalamualaikum

Ada kat sini yang suka makan spaghetti aglio olio? Kalau makan dekat kedai.. Boleh tahan harga paling murah berbelas-belas ringgit. Kalau ada udang skit mau capai RM20+ kan.. Nak jimat.. Masak sendi4i dekat rumah kan. Remember 2020 ni misi nak jimat cermat gitohhhh. Poyo tak poyo takkkkk? Hahahahha.

So baru2 ni aku ada pi review satu hotel baru dekat hotel ni.. Nama hotel tu The Prestige Hotel. Ya Allah aglio olio dia simple ja wei... Tapi dia punya sedap tu kalau muka aku mcm komodo dah lama aku tambah 3x hari tu. Tapi sebab aku taraf2 iguana ja 🤣🤣🤣.. Maka aku tambah la 2x aglio olio dia.

So dari semalam plan nak buat bekal si Kakak ke sekolah aglio olio ja sebab senangkan. Kebetulan tadi aku intermittent fasting. So buat semua main agak2 ja garam dia semua. Pukul 3 tadi makan ehhh tak sangka sedapppp. Hahahhaha





Apa pun nak buat dia senang ja.. Bahan2 pun simple ja.. So apa lagi jom la kita tengok bahan2 and cara nak buat dia.

Bahan-bahan:

Spaghetti (rebus&toss mcm biasa la kan)
Bawang putih 1 labu(dicincang-lagi banyak lagi sedap)
Bawang holland potong dadu
2 ketul Sosej daging Ramly
Ayam bahagian dada.. Potong dadu
Shitake mushroom
Serbuk perasa /kiub ayam
Cherry tomato
Garam
Minyak untuk menumis
Chili flakes.. Aku pkai brand HEXA sebab tak pedas sangat macam yang aku beli dekat siam tu.

Cara-cara:

1. Rebus spaghetti macam biasa la kan letak minyak n garam skit. Masak sampai ala dente. Dah masak toss kan
2. Panaskan minyak. Minyak kena lebihkan hence the name is olio... Saute bawang holland.. Bawang putih.. Dah nampak kuning and naik bau.. Masukkan cendawan... Masukkan chilies flakes. Kacau2 sampai warna dia capai standard yang hampa nak.. Aku suka ada warna merah2 n nampak chilies flakes banyak2 so memang aku letak chilies flakes tu banyak2 la kan. Kacau sampai nampak chilies flakes nampak agak garing ya anak2. And boleh perasakan time ni ya. Garam.. Serbuk perasa/chicken stock. Agak2 la ikut taste hampa.
3.  Lepas tu masukkan ayam dan sosej yang da dipotong.  Lepas tu masukkan air sikit ya. Ni pun ikut la banyak mana hampa rebus spaghetti hampa. Jangan banyak sangat air ni. Function dia nak bagi sebati bahan2 tadi dengan spaghetti hampa ja.
4. Then boleh masukkan spaghetti and gaul serata dengan olio yang hampa  buat tadi. Dan lastly masukkan cherry tomatoes yang dibelah dua....
5. Ok dah siap. Boleh makan dah...

Keywords dia kat sini nak buat aglio olio kena guna minyak agak banyak ya anak2 sesuai dengan nama dia spaghetti minyak ya anak2... Lepas tu garlic kena banyak... Bahan2 lain pun be generous la. Nak sedap letak la banyak2.

Dah tu ja.. Senang ja kannnnn...
Boleh buat sendiri ja kat umah lepas ni...



1 Comments

  1. waalaikumussalam. setuju sangat, kadang buat ja kat rumah. boleh makan banyak kali ulang2. heehhee

    ReplyDelete

Post a Comment