Nasi Lemak Liverpool, Batu Lanchang Penang

Sebut pasal Penang ja semua duk nasi kandaq nasi kandaq.... Dah mcm official food kat penang ni adalah nasi kandaq plak kan. Well actually banyak ja makanan lain yang best dan sedap dekat Penang ni selain nasi kandaq ya.

And tak semua orang yang mai berjalan dekat penang ni suka makan nasi kandaq ya. Kalau hampa jenis ni... Hampa boleh la mai try makan nasi lemak ni dekat Penang kalau hampa mai berjalan2 kat Penang ni.

Orang Penang maybe da familiar dengan Nasi Lemak Liverpool yang terletak di Batu Lanchang ni.



Lauk yang ada untuk nasi lemak ni ada macam2 jenis gak. Tapi yang paling best sambal dia pedas2 manis. And kena dengan tekak aku ni. Bagi aku.. Sambal yang sedap adalah sambal yang rasa dia balance pedas dengan manis dia tu. And sambal dekat Nasi Lemak Liverpool ni memenuhi piawaian tekak aku.


Ok la banyak jugak kan. Datang2 tengok ada sambal ikan masin terus karennnn. Hahahha



And paling best... Ada ayam goreng panas2 ya. Tengok ambil lauk tak beragak kan. Dengan sambal ikan masinnya. Teloq rebus nya.. Ayam dia sekoq kerat 4 ya. Ini share dengan Ecah ya. Suka gila sambal ikan masin dia. Sedap! 


Penuh dengan segala Liverpool kat dalam dia. Peminat Liverpool kot tuan kedai ni. 




Ni kat dalam kedai dia. 
Biasa aku lepak makan dekat luar ja. Sebab macam best skit. Tapi yang bongok nya stil ada lagi yang pi isap rokok.. Tpi cover2 lain. Eiii geram plak akuuuu. 



Selain dari nasi lemak..ada juga stall2 lain yang jual macam bihun sup ni.. Pastu ada char kueytiaw and beberapa lagi kedai. 


Dia kat bawah flat dekat Batu Lanchang, Jelutong ja. Dekar tepi jalan utama gak la. 

Kalau hampa nak try.. Boleh la waze cari Nasi Lemak Liverpool na

Atau pun ni alamat dia

92, Jalan Tan Sru Teh Eww Lim, 
11600 George Town, 
Penang













18 Comments

  1. menarik tempat ni.. mmg peminat selain liverpool elak ni .. hihihi.. nampak makanan pun macam best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband i peminat MU.. tpi dia ok ja... Hahahhah

      Delete
  2. Wuu nampak menggiurkan jugak nasi lemak dia kat situu, lagi2 bila baca smbal tu balance manis dgn pedas tu kan sbb taste qeela jugak tu since xmkn pedas sgt heheh. Rugi pulak rasa tak tau kewujudan tempat ni masa pi Penang before nii kalau x confirm masuk list foodie to try huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la.. Not bad la... Kalau teringin nak makan nasi lemak.. Mmg makan sini na kan

      Delete
  3. Banyak tempat makan menarik. Tapi bab yang nasi lemak ni memang tak boleh tahan. My favourite ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee.. Mai2 penang nnt roger kita.. Kita bawa mkn kt sni

      Delete
  4. Haritu new year 2019 pi lepak Penang..lupa pulak nak tanya hang kat mana best masa kat sane. Kempunan nak makan nasi Kandaq beratur tu. Sis tak sanggup yer beratur panjang. Next mai datang cuba sinilah. Kak Bell roger hang boleh ke? Hehehe

    ReplyDelete
  5. wah..tuan kedai peminat setia liverpool tu. barang2 tu mesti limited edition punya. menarik...boleh la ke sana nanti

    ReplyDelete
  6. Ye betul, huda tak berapa suka nasi kandar tp sesekali mesti try nasi kandar. Huda paling suka pesembur, sedap!

    Wah nasi lemak pun adalah. Thanks for suggestion nanti kalau pergi penang, try this one pula

    ReplyDelete
  7. Waakakaka terkejut kita ingat orang putih pandai masak Nasi Lemak rupanya kat Penang jer hehehe kalau dekat kita mesti pergi tengok lauk pauk dalam senarai tu memang banyak giler mesti sedap bestnya harga berpatutan juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahahha... Kt sni ok la.. Ayam goreng pnas dia besaq2... Sekoq belah 4 ja... Boleh share 2 org kot

      Delete
  8. ada jugak ye nasi lemak liverpool hahaha kedai penuh merch liverpool je fans memang sesuai lepak sini

    ReplyDelete
  9. Banyak jugak dia punya lauk. Memang puas nak pilih tu. Ingatkan nape la bagi nama nasi lemak liverpool huhuhu

    ReplyDelete
  10. eh macam pernah dengar nasi lemak nih. tapi rasanya masa sis belajar kat USM thn 1994 dulu tak dak lagi kut kan. baguih entri ni.. kut tak tau nak makan apa p sana nnt boleh lah terjah

    ReplyDelete
  11. kalau balik kampung nnti bolehlah pi tempat ni. tak tau pun sebenaqnya ada tempat macam ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment