Kenyataan Akhbar KPK 4 Januari 2020 – Makluman Mengenai Pengurusan Pesakit yang Disyaki Mengalami Jangkitan Influenza Terutamanya di Kalangan Kanak-Kanak di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 31 Disember 2019 berkaitan situasi semasa jangkitan influenza di Malaysia. Berdasarkan trend yang direkodkan daripada aktiviti survelan kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI) melibatkan beberapa lokasi sentinel dikenalpasti dari seluruh negara, terdapat sedikit peningkatan kes ILI dan SARI semenjak pertengahan bulan Disember 2019. Namun begitu, peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal dan hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Manakala, analisa oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap virus influenza yang dikesan daripada aktiviti survelan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ianya telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baru (novel virus).

Susulan daripada kenyataan akhbar tersebut, KKM ingin menasihatkan mengenai langkah yang perlu diambil dalam mengendalikan pesakit terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun seperti berikut:
  • Jika terdapat keperluan, gunalah ubat paracetamol mengikut dos yang tepat, di samping mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan badan dengan tuala basah (tepid sponging);
  • Elakkan daripada memberi ubat Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDS) untuk mengurangkan demam kerana terdapat bukti klinikal yang menunjukkan penggunaannya boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak di kalangan kanak-kanak;
  • Memastikan pesakit minum secukupnya supaya kekal terhidrat; dan
  • Sila bawa pesakit tersebut berjumpa doktor dengan segera sekiranya demam tidak berkurangan atau mempunyai gejala penyakit influenza seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.



Selain itu, sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan influenza pula, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat. Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi khususnya adalah digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara. Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk mengamalkan perkara berikut:
  • Berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan;
  • Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Seterusnya, tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah;
  • Mengelakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan individu yang lain;
  • Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk / sakit tekak yang berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 JANUARI 2020


Credit to : kpkkesihat.com
 *****************************************
Aku terpanggil untuk share pasal ni sebab aku pun pernah kena Influenza.. Seksa dia.. Sakit dia.. Allah ja yang tau... Semoga sharing dapat alertkan kita as parents
For those yang nak tau pengalaman aku terkena influenza ni.. Boleha baca di SINI

8 Comments

  1. Betul la sekarang ni ada penyakit influenza pulak ye?. Kalau takde hal tu tak payah la kita pergi ke tempat orang ramai tu. Duduk je la kat rumah. Info yang bagus untuk panduan kita.

    ReplyDelete
  2. betul tu pencegahan perlu dilakukan sejak dari awal. mencegah lebih baik dari merawat kos perubatan pulak makin mahal

    ReplyDelete
  3. Good sharing. This is a valuable information. Thank you for sharing and have a good day.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih untuk info ini semoga anak-anak kita dijauhkan dari penyakit dan kita sama-sama membantu mengurangkan risiko ini

    ReplyDelete
  5. Sis baru lepas kena sakit ni..fuhh memang tak larat dibuatnya, 5 hari dok dalam hospital. Time2 skrg ni memang kena jaga2 dan jauh dari org ramai

    ReplyDelete
  6. Thank you share. Semoga mereka yang sakit diberi kesembuhan. Rosaula kat anak-anak

    ReplyDelete
  7. Allah..takut betul kalau penyakit berjangkit macam ni. Anak-anak baru kena chicken pox bergilir-gilir pun dah rasa sesak dada nak urus dan jaga diorang

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas info ni. Memang bahaya sekarang ni. Kesihatan kena jaga. tambah2 cuaca tak menentu ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment