Cakap pasal ikan keli ni... Ikan keli antara favourite aku la jugak. Suka sebab ikan keli ni murah.. Lepas tu sedap pulak tu. Goreng saja sedap.. Bakar pun sedap.. Haaa semua pun sedapppp.... Buat keli berlado lagi sedap. Ada peminat ikan keli dekat sini tak? Hampa suka makan keli ni masak apa? Aku memang hantu keli berlado.. Sedap uiiii.... 



Nak buat keli berlado ni pun senang ja.. Kalau dulu ya lah malas nak buat keli berlado ni sebab bila nak goreng tu bercinta asyik terpercik and meletop merata ja minyak dia tu walaupun dah salut tepung ka letak asam keping dalam minyak ka.. Tetap struggle wei nak goreng diaaa... Hahhahah

Cara dia macam mana? 

Guna ja air fryer tu kalau ada! Kahkahhhhhh.. Harus paham  and maklom aku suka beli gadget yang memudahkan hidup aku ya. Cuma thermomix tu out of budget mak nak.. Lagipun da xmuat dapoqπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Cara nak dapatkan texture ikan keli yang garing guna air fryer pun senang ja. Guna aluminium foil.. Then letak ikan keli dalam tu.. Lepas tu tuang sikit minyak kat atas ikan keli tu and aluminium foil sekeliling ikan keli tu sikit... And then ko brush ikan keli tu dengan minyak guna silicone brush yang orang duk baking tu.... 

Masa duk fry dia tu boleh jenguk2 and brush oil dekat atas keli tu.. And kalih keli tu and  ulang buat sampai la dapat texture keli  garing yang hampa suka. 

Untuk bahan-bahan berlado jom kita tengok apa yang aku pakai ya. 

*2 batang cili besar merah
*3 batang cili padi merah
*7 batang cili padi hijau
*1 biji bawang besar (kalau size sederhana guna 2 biji) 
*7 ulas bawang putih 
Minyak untuk menumis
Sekeping asam gelugor
Garam
Gula 
***maggi cukup rasa

Cara-caranya:

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan bertanda * ke dalam chopper atau blender. (aku pakai chopper ja sebab malas nak keluarkan blender.. Sapa rajin nak tumbuk ikut sukaaaa). Kalau guna chopper tarik sissss(semongkooo) sampai la dapat texture yang hang nak.... Sama la dengan blender... Blend la ikut taste hang nak texture dia macam mana. 
  2. Sementara duk tunggu ikan keli hang duk bergoreng tanpa letup dalam air fryer (tips aku da bagi dekat atas dah), boleh la start masak kuah berladonya. 
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang da selamat di-blend tadi... Kacau-kacau dan masukkan asam keping dan sedikit air. 
  4. Masak la sambal ni dalam 15-20minit sampai bahan-bahan cili tadi tu masak. Kalau kering boleh tambahkan air ya. 
  5. Dah nampak pecah minyak elok, boleh la perasakan dengan garam, gula dan maggi cukup rasa kalau suka. Bila rasa masam, pedas dan manis tu dah balance dah boleh masukkan ikan keli air fryer hampa tu... 



Cantik tak kejadian ikan keli air fryer mak tu?! 


6. Da tiappp.. Boleh da angkat hidang dalam pinggan ya...


Makan macam ni menambah oiii... Sedap sangat-sangat... Favourite anak2 ikan keli berlado dengan maknya... Apaknya tak makan ikan keli... Selamat tak payah nk berebut dengan apaknya.. Berebut2 dengan anak2 nya pulak πŸ˜‚


Senang ja kan buatnya... Tak susah pun... Kalau nak kena mngoreng guna kuali tu memang bercinta la.. Makan kedai ja lah senang.. Tapi masalahnya musim2 pkp ni paham2 lah kan 😒










 Ada peminat Kdrama dekat sini? Kalau korang peminat Kdrama dekat sini mesti hampa akan selalu tengok yang orang korea ni kalau depa makan.. Depa ada banyak gila side dish... Kimchi la.. White radish kimchi la.. Taugeh celur sesame la.. Salad timun pedas la and macam-macam lagi. Kiranya side dish saja da penuh meja haaaa...

Kalau kimchi kita selalu tengok kan.. And nak beli pun banyak supermarket ada jual yang ready made tu... Kalau yang salad timun pedas korea atau Oi Muchim tu buat sendiri ja sebab senang ja and ready to eat terus.. Tak payah nak peram2  ka apa ka.


Oi Muchim yang nyums.. Ratah saja pun sedap kome oii.. 

Jom lah kita tengok bahan-bahan yang digunakan ya :

1 batang Japanese cucumber
1 biji bawang merah dipotong halus
Daun bawang yang dipotong
2 ulas bawang putih dicincang
2 tsb kicap soya
2 tsp cuka putih
2 tsp hot pepper flakes
2 tsp sesame oil
2 tsp biji bijan yang dah disangai
1 tsp gula

Cara-caranya:

1. Potong timun jepun korang bulat2. If nak potong semi bulat lepas tu pun ok. 
2. Masukkan timun yang dah dipotong ke dalam big bowl. 
3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk bersama-sama timun tadi. 
4. Gaulkan kesemua bahan serata supaya timun tadi diperasakan dengan bahan-bahan tadi. 
5. Ok da siap.. Boleh la masukkan ke dalam mangkuk yang lain untuk kemasan. 


Sedap ok.. Sumpah tak tipu. 


Buat pulak dishes lain ala-ala korea... Kimchi jigae... Yang lagi satu tu pakai main hentam ja konon-konon ala Korea la kan sebab guna elemen-elemen masakan ala korea. 

Apa masakan elemen ala korea ni? Selalu yang aku tengok kalau orang korea ni bila dia masak... Chilies flakes atau serbuk cili tu element penting dalam masakan depa. Semua nanti nampak merah-merah ja. 

Nampak macam pedas kan sebab merah-merah ja.. Tapi tak pun.. Sebab bila cili ni dimasak betul-betul takkan rasa pedas mana pun... Biasanya gabungan pedas masam... Adalah element masakan korea. Kalau Malaysia ni macam orang Melaka la... Suka pedas-pedas and masam-masam  ni. 

Senang ja kan nak buat Oi Muchim ni... Tak complicated pun macam nak buat kimchi. Hahahhah. Sapa yang suka makan masakan Korea boleh la cuba buat Oi Muchim ni ya. Memang simple sangat. Tapi sedapppp.... Husband aku pun meratah hari tu. 









Rindu Nak Makan Dekat Kedai

by Alia Farhan, 1:56 PM

 Ada yang macam aku tak? Rindu nak makan dekat kedai macam dulu2 πŸ˜‚

Baru-baru ni rasa rindu gila nak makan Siakap Laprik. Selalu makan dekat kedai2 tomyam kan... Kali ni mau xmau kena la buat sendiri kan. Tahap kerajinan kena lah tinggi berbanding biasa kan πŸ˜…

Tapi xpa. Yang penting boleh feeling2 makan macam dekat kedai tomyam pun dah ok kan.. Apa boleh buat...sekarang tengah lock down kan.




Feeling sangat macam makan dekat kedai. Siap plating pun buat ala2 dekat kedai kan... 

Buat macam ni lepas tu gu kan pulak dengan tomyam campur.... Fuhhhh sedap tidak terkata yaaaa... 😜😜😜😜



Ikan ni besar ya beli dekat tesco/lotus ja. Baru dalam RM10.90 mcm tu. Ni kalau dekat kedai tomyam yang besar macam ni busuk2 kena RM40 kot. 

Tapi takpa janji licin semuanya. Ingatkan besar ni nanti tak abih ya. Sekali licin wakkkkk.... 




Ikan licin.... Tomyam pun licin... Tu ja lah nak cakap... Tiada pembaziran di situ...lepas ni boleh buat  siakap steam limau pulak.. Miang pla ke... Memang perasan.. Anak2 aku kalau buat yang ikan macam ni memang laju jaaaaa... 

Mama ja malas sikit nak buat siakap macam ni sebab kalau yang kena goreng-goreng ni sebab kena pakai minyak yang banyak. Paham+paham la kan nak kena deep fried dia tu macam mana kan... Tapi ok la asalkan habis makan... Xda la pembaziran di situ... Dah syukur dah sangat-sangat. 

Korang tak rindu ka nak makan dekat kedai macam dulu2? Cepat la habis covid ni..kesian tengok orang2 yang terjejas. Sedih baca hri-hari da kes bunuh diri. Semoga Allah lindungi kita semua ❤️❤️❤️


Maggi Asam Laksa

by Alia Farhan, 10:27 PM

 Hari tu a nite before my husband kena outstation atas urusan kerja.. Tengah duk pillow talk tibehhh lapaq pulak kan... Biasa la kan.. Tengah2 malam saka masuk. Mula la lapaq bagai...

Tiba2 husband cakap u know what.. I kinda hungry... Jom makan meggiπŸ€”

Aku pun on ja lah... Tiba2 dah terbayang kesedapan maggi asam laksa...

Oh sedapnyaaa....

So apa lagi lepas ketung ketang sat kat dapoq... Dah tiappppp



Feeling2 korea betholllll lahhhh... Siap masak dalam periuk korea ni lagi haaa... 

Kebetulan masa dinner malam tu aku buat kueytiaw sup.. So ada la kuah sup lebih kan.. Aku guna as based kuah maggi asam laksa ni... Lepas tu geram tengok kaler tak bangkit... Aku letak chilies flakes dalam kuah tu... Lately jadi mcm orang korea obsessed dengan chili flakes n chili powder pulak dahhhh... Penangan duk tengok vlogger Korea masak πŸ˜‚

Ni satu bungkus maggi asam laksa ja ya.. Aki letak filamen ketam tu.. Isi ayam dari sup ayam tu.. Rincik2 sikit and then masukkan sayur apa yang ada... Tengok2 dah banyak pulak jadinya.. Ok la tak la rasa bersalah makan maggi banyak kan... At least 1 peket tu share 2 orang kan... 

Sedap makan mcm ni sebab berebut2... Teringat zaman dekat Uni dulu masak makan meggi ramai2 dalam multicooker tu.. Pastu berebut2 makan sambil tengok cerita korea.. Tak cukup topup lagi meggi.. Kadang2 sampai 3 x round baru nk kenyang... 

Masing2 nanti letak maggi masing2 untuk dikorbankan makan beramai-ramai dalam multicooker... Nikmat berebut2 tu..yalah duduk hostel kan asyik lapaq ja.. Selalu akan buat perangai ni waktu time malam weekn.. Sebab time tu la time releks skit sebab esok ya takda class n tak kalut kena siapkan assignment or tutorial ka lab report ka... Heaven bila ingat balik kenangan-kenangan ni... 

Tu belum lagi waktu diploma dulu laki aku tengah2 malam lapaq mintak aku buatkan maggi.. Sebab aku memang jenis buat maggi bertumis.. Letak teloq.. Paling2 busuk.. Dried shitake mushroom tu mesti ada utk letak dalam maggi masa zaman study. Agaknya sebab tu la kot laki aku suka aku kan.. Pandai masak even masak maggi pun another level.. Takmain la maggi buh perencah n teloq ja πŸ˜‚

Kalau budak bilik aku tu.. Sekarang ni msg rindu la maggi cuka kak alia tu.. Kami buat tak jadi.. Hahahha... Buat maggi pun ada teknik ya uols.. Baru another level πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Lastly aku geram la kalau nak beli Maggi ni.. Kenapa la diorang ni xleh buat satu pek 5 bungkus tu buat perasa lain2 campur ehhh.. Stress makkkkk nokksss.. Nak makan yang kari..asam laksa..itik...dah kena beli asing2.. Matilamaknakkkk nak.. Ehh tapi aku paling suka megi jenama Mamee... Maggi suka yg pedas giler ayam bakar tuuuu😍😍😍


 Hai semua... Rasa mcm lama gila ja tak update blog ni.. Dah bersawang dah pulak... Hahahhaha... Tapi takpa... I'm trying my best to update it frequently.

Baru-baru ni ada buat Mee Goreng Udang.. Kes tengok Ig Rita Rudaini buat mee goreng basah-basah sikit. To be frank... Aku ni ada fobia sikit dengan mee ni sebenarnya. Dulu masa kecik2 aku tak suka makan mee goreng and bihun goreng... Mee goreng tu sebab dulu kecik2 selalu makan mee goreng dekat kantin ka rasa dia macam rasa kapur2 skit... Adoiii poting stim betul la... Rasa mee yang tak masak betul2 sebab stil rasa kekapurannya. Lepas tu rasa la perut kembung lepas makan mee goreng tu..fobia!

Kalau bihun goreng tu pulak fobia dia sebab masa aku duk sbp dulu... Bihun goreng dekat dm tu Allahu... Rasa mcm dawai and kadang2 ada rasa pahit macam hangit... Sampai sekarang aku boleh ingat lagi d taste and d smell.. Gila melekat dekat otak akuuu...

Fast foward bila da makin kertu ni da pandai masak sendiri idok ler gedik2 nak fobia menda dah... Dah pandai kannnnπŸ˜‚ but still my mee goreng kenot beat my sister punya kesedapan mee goreng. Kalau dekat rumah my mom tu... Speciality aku adalah kueytiaw.. Be it kueytiaw sup ka goreng ka.. Dats my jammmm... Kalau kakak aku memang mee goreng dia padu gilaaa... Kalau mak aku pulak bihun goreng dia padu terukkk.. Sampai lani xdapat nak tiru lagiiii πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯

So untuk mee goreng ni memang aku cilok cara kakak aku la kan... Alhamdulillah makin lama makin improved la...



Alhamdulillah sedap! 

Jom lah kita tengok bahan-bahan and caranya:

Bahan-bahan :

Sepeket mee brand Gardenia, Numee
1 sudu makan bawang besar blend
1 sudu makan bawang putih blend
3 sudu makan cili blend
2 sudu makan sos cili(aku pakai cap Maju/Arnab..2  Brand ni best sebab sos dia padu teruk.. Sedap buat goreng mee) 
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kicap manis
Sedikit minyak bijan
Kubis yang dah dipotong
1 biji tomato dipotong 8
Udang
Sedikit isi ayam (bahagian dada) 
Daun selasih (nak bagi bau wangi and potong bau mee) 
1 batang lobak merah dipotong panjang2 
Gula 
Garam
***maggi cukup rasa
Daun bawang
Bawang goreng 

Cara-cara:

1. Panaskan minyak... Tumis bawang merah dan bawang putih blend ke dalam kuali. 
2. Bila bau dah naik, masukkan cili blend, sos cili, sos tiram, kicap manis dan sedkit minyak bijan. Kacau sehingga sebati. 
3. Bila kesemua bahan tadi sebati.. Masukkan ayam dan carrot.... Dan masukkan mee serta daun selasih.. 
4. Kacau mee sekata dengah kuah yang disediakan tadi. Kalau tak bersalut mee tu tambah air ya,biar mee tu bersalut dengan kuah.
5. Guna api kuat time nak kacau mee ni supaya ada rasa char-char dekat sini. Kemudian masukkan kubis,tomato dan udang.
6. Kacau sekata kubis,tomati dan udang dengan mee tadi. Kemudian boleh rasa, kalau tak cukup rasa boleh tambahkan garam, gula atau maggi cukup rasa kalau mau. 
7. Bila rasa dah ok.. Boleh la tutup dan hidangkan ke dalam mangkuk yang cantik. Boleh la garnishing dengan daun bawang yang dipotong dan bawang goreng.


Dah tiapppp.. Senang ja kannnn... Aku suka pakai Numee Gardenia ni sebab memang tak rasa kapur /acid boric tu. Memang good product by Gardenia betul. Suka sangat. 


Makan dengan telur goreng gedek2 macam ni memang umphhhhhh gila... Sedap beb... 
Ni kalau letak sawi lagi cantik.. Tapi sebab aku takdak sawi.. So aku tak letak la... Hampa kalau ada.. Letak ja.. Lagi menarik warna dia nanti... 

Oh ya... Aku memang sejenis manusia takkan masuk udang or sotong awal2 ya sebab aku taknak sotong or udang aku overcooked and kecut. Other way aku buat kalau rajin adalah goreng dulu dengan minyak.. And then keluarkan dulu.. Then follow step2 yang aku cakap tadi. Tapi biasa yang tu buat kalau udang yang tak buang kulit lagi la kan... Ikut la mana rajin... 
Yang penting udang tak kecut and stil nampak woww gitohhh... 

Oh ya peel aku kalau makan mee ni aku kena makan mee yang tak nampak kuning2 warna dia tu... So far yang aku tak makan mee sup and mee Singapore.. Ntah rasa takleg telan sebab duk terasa macam mee mentah tak masak lagi and rasa kapur.  Tiba2 rasa perut nak bloated πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 








 


Heloo hampaaa...

Confirm hampa semua suka masak spaghetti kan di kala-kala lock down kena bertapa sendiri dekat dalam rumah ni kan? Spaghetti ni pun versatile kan.. Boleh masak macam-macam cara.. Carbonara boleh... Marinara boleh.. Aglio olio boleh.. Bolognese pun boleh.... 


Macam dekat rumah ni kami semua penggemar Aglio olio.. So senang la mak depa ni nak melayan permintaan nak Aglio Olio tu.. Sebab senang and mudah. 



Aglio Olio seafood


Aglio olio with aubergine 

Haaa.. Memang pentegar Aglio Olio kan... Sedap sebab rasa pedas2. Tekak melayu kan.. Nak gak pedas rather than masam2 tomato aja πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi masalah aku satu ja bila buat spaghetti ni aku tak pandai nak bajet banyak mana nak kena masak spaghetti tu kan.. Ya la. Benda tak masak lagi kan. Mana kita nak tau.. Kalau nasi tu.. Beh la bajet... 2 cup kecik tu untum sekali makan 4 beranak kami kan...kalau spaghetti ni mcm mana pulak nak buat. Memang selalua terbuat lebih kan sebab tak reti nak bajet.

Sampai la ada satu time tu aku tengok AFC channel.. Dia ajaq guna ruas jari kalau nak tau banyak mana untuk portion sorang makan.. Dua orang and 3 orang... 


Credit to Google. 

So lepas ja dapat tips guna ruas jari ni... Macam masak nasi guna level jari gak kan... Ni pulak mcm ni ya... 
Kalau macam aku untuk 4 orang makan.. Biasanya aku guna yang 3 orang ni ja.. Sebab 2 orang lagi si kenit tu consider la macam sorang makan.... 

Lepas daripada tu memang guna tips ni ja untuk masak spaghetti... So far kira ok la portion dia.. Kalau ada lebih pun sikit ja.. Tak banyak macam selalu la kan... So takdak la banyak sangat pembaziran tu. Biasa yang lebih2 tu skit ja.. Sorang skit ngap.. Habis la dia... 


Aduiii sekarang ni teringin pulak Aglio olio seafood macam ni 😭😭😭😭

So nak tanya.. Hampa guna method apa untuk sukat kalau nak masak spaghetti ni? Ka main hentam ja macam aku dulu-dulu? πŸ˜… 











© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS