Resipi Siakap Tiga Rasa Mudah

 Dek sebab rindu nak makan Siakap Tiga Rasa ni.. Maka kena la buat sendiri ja kat rumah.. Nak dine in tak boleh lagi.. Almaklumlah x fully vaccinated lagi...biasa ka geng2 #oxfordclan ni memang lain dari yang lain kanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Nak buat Siakap Tiga Rasa ni bukannya susah pun.. Balance kan rasa masam manis pedas tu jadi la 3 rasanya. 

The tak best part kalau aku adalah nak goreng siakap ni ja lah... Nak kena guna belanga besaq gila and kena guna minyak yang banyak untuk deep fried kan.. Kalau tak deep fried memang tak best la Siakap Tiga Rasa tu. 

Jom tengok cara aku buat Siakap Tiga Rasa... 

Bahan-bahan: 

Untuk Ikan

Seekor ikan siakap dicuci bersih
Tepung beras
Garam

Untuk kuah Tiga Rasa:

2 sudu makan ibu sambal
1 biji bawang besar saiz sederhana besar*
5 ulas bawang putih*
 3 biji Cabai melaka merah*
5 biji cabai melaka hijau*
Sos tiram
Air limau/cuka
Sos cili
1 biji tomato besar dipotong dadu
2 helai daun limau purut
Gula
Garam
Maggi cukup rasa /ajinomoto
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

Untuk ikan

1. Masukkan minyak yang banyak ke dalam belanga/kuali yang besar untuk meggoreng ikan siakap. 
2. Lumurkan garam ke seluruh ikan siakap. Kemudian lumurkan tepung beras ke seluruh ikan siakap itu. 
3. Tunggu hingga minyak panas dan masukkan ikan siakap tadi ke dalam kuali. 
4. Goreng sehingga garing. Dah siap angkatkan dan letak ke dalam pinggan yang sesuai. 

Untuk kuah Tiga Rasa:

1. Blend/chop kering bahan-bahan yang bertanda *. 
2. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang di-blend tadi bersama daun limau purut. 
3. Tumis hingga naik bau dan masukkan 2 sudu ibu sambal ke dalam kuali tadi. 
4. Kacau-kacau dan masukkan air. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air limau ke dalam kuali tadi. Sambil-sambil tu selawat la kan bagi makanan lagi sedappp gituuu. 
5. Then masukkan la tomato yang dah dipotong dadu tadi and perasakan dengan garam, gula dan aji. Rasa kena bagi balance ya. 
6. Boleh pekatkan kuah dengan bancuhan air tepung jagung.. Tapi aku dah suka yang in between pekat and tak pekat sangat sebab aku nak benda ni berkuah kan.. So aku tak letak.. Sapa yang nak pekat2 tu boleh la tambah air tepung jagung skit. 

Dah siappppp... 


Menu simple ja.. Buat 2 lauk ja sebab malas... Jangan tanya kenapa malas.. Sebab memang malas lately ni.. Tapi teringin nak makan macam2... 


Now u see... 


Now u dont.... 
Ecah mintak lagi nak makan lauk ni.. Kesian dekat dia tadi tak puas agaknya sebab ikan ni laju gila habissss πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Esok kalau dia nak lagi.. Maka nya kena la mama ke market untuk membeli siakap lagiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚siannnn ehh anak mama sorang ni.. Tak puas makan sebab masing-masing macam pirahna serang ikan ni tadi πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Tak tau la kena serang sebab sedap ke.. Sebab semua rindu Siakap 3 Rasa dekat kedai tu.. Mama pun confuse.. Tapi ok la.. At least seronok masak bila semua serang macam  Pirahna kan... Nanti mama buat lagi lat Ecah ya. 

Kita yang tengok balik gambar ni pun rasa nak telan ailio jaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚











3 Comments

Post a Comment