Assalamualaikum...

Tengah tunggu makanan ni kat kedai.. boring pulak.. So sekali harung kita up satu entry dekat blog. Harap2 sempat la update satu entry sebelum makanan siap.



Rasa sebijik macam bubur ayam mekdi hampa oiii... 

Untuk bubur oat ni.. Aku guna yg rolled oats sebab kat rumah ada rolled oats ja hampa.. So kita guna la apa yang ada kan... Nak guna instant oats pun xdak masalah hampa... 


Tapi sebelum tu mai la kita habaq sikit oats ni bagus untuk kesihatan kita... Kat bawah ni ada kebaikkan oats untuk kita. 


Bagus kan oats  ni... 

Jom lah aku share macam mana aku buat bubur oats ayam ni... 

Bahan-bahan:

Oats
Ayam bahagian dada dipotong kecil-kecil
Halia dipotong panjang
Kiub ayam
Sedikit garam
Ikan bilis digoreng
Daun bawang
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji bawang merah dipotong nipis
Lada sulah
Minyak untuk menumis
Sedikit sesame oil

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau. 
2. Kemudian masukkan air dan kemudian masukkan oats dah ayam . 
3. Masak sehingga oats kembang.. Kalau guna rolled oats kena lama  sikit berbanding insatant oats tu ya... 
4. Bila dah nampak oats tu masak n kembang.. Masukkan kiub ayam.. Lada sulah dan sedikit garam. And juga lupa jugak sedikit sesame oil. 
5. Bila dah nampak semua sebati cantik ja... Boleh la rasa skit.. Kalau tak ckup rasa apa-apa boleh la tambah bagi berasa. 
6. Dah ok boleh la hidangkan... And  tabur la daun bawang and bilis goreng. 

Dahhhh siapppp... Boleh la makan dengan tanla rasa bersalah. Sedap pun sedap and cepat kenyang... Kenyang tu pun jenis kenyang yang lama bila makan oats ni....


Rasa macam bubur ayam McD sebiji.. Tapi yang ni guna rolled oats ja... 

So siapa-siapa yang tengah diet nak makan bubur ayam mekdi version sihat...boleh la buat ni 😜😜😜

Selamat mencuba










SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Syoknya boleh buat dkt rumah ja hangpaaa.

    ReplyDelete
  2. wah boleh cuba juga ni. nampak sedap :)

    ReplyDelete
  3. sedap ni.. dh try buat aritu..
    rs mcm bubur aym mcd.. haha

    ReplyDelete
  4. boleh cuba ni..tapi kat rumah ada instant oats je..blasah jelah yek

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS