Assalamualaikum...

Sihat ke tu? Aku Alhamdulillah sejak2 dua menjak ni rasa happy la skit bila tengok angka2 jangkitan Covid 19 da nampak trend menurun.. Alhamdulillah rasa syukur sangat. Semoga Allah jaga kita semua kan.

Semalam ada la survey-survey 1 ekor ayam.. Mak2 boleh masak berapa kali. So macam-macam la jawapan yang aku dapat. Ada yang sekor ayam sekali makan... Ada yang sekor ayam dua kali makan... Ada yang boleh 4 kali makan... Wowwww sangat... Macam aku ni... Memang selalunya kalau nak masak ayam ni memang biasanya akan masak kalau potong 12 tu... 10 ketul tu buat masak untuk dua kali makan. Kadang-kadang kalau budak2 ni repeat makan nasi masa petang tu sebab lapar.. Ada chance malam tu ayam dah habis and kena goreng ikan untuk makan malam tu.

Tu baru dua orang anak makan lauk.. Fuhhhh... Memang boleh tahan la.. Lauk beli tu sat ja luak dalam peti sejuk tu. Ayam pulak sekarang ni makin mahal.. Ikan lagi la tak payah cakap.. Sama naik ja dengan harga daging 😂😂😂

Ok la... Dah habis bab tu... Aku nak share satu resipi yang best. Ayam Masak Chiangmai nama diberi.  Actually ni aku pernah makan masakan ni masa order food delivery yang buat Nasi Kenduri.. Lauk2 dia semua ala2 nasi kenduri. Salah satu menu dia Ayam Chiangmai ni lah... Sedap pulokkk rasa dia. Nak buat pun senang ja.. Tak susah mana pun... Tapi sedap! Tu yang penting!


Nyumssss.... 


Jom la tengok bahan-bahan dan cara buat Ayam Chiang mai ni

Bahan-bahan:

Ayam yang digoreng(ikut la nak berapa ketul pun nak) - ni aku buat sukatan untuk 10/12 ketul
2 biji bawang besar *
6 biji cili kering*
2 biji tomato di potong 8
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Cuka /air limau nipis
3 helai daun limau purut
1 biji bawang Holland dipotong bulat
2 tangkai kacang panjang dipotong panjang
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Ajinomoto/maggi cukup rasa
Cara-caranya :

1. Blend kan bahan-bahan *. Kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. 
2. Biarkan bahan blend tadi masak hingga naik bau kemudian tambahkan sos tomato, sos cili, sos tiram, cuka/air limau nipis dan sebijik tomato yang dipotong 8 tadi. 
3. Bila nampak kuah terlalu pekat masukkan air dan masak hingga cili kering tu masak and pecah minyak dan jangan lupa masukkan daun limau purut. 
4. Kemudian perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa dan masukkan ayam and kacau sebati. 
5. Then boleh masukkan sebiji tomato lagi yang da dipotong 8 bersama bawang Holland yang dipotong bulat dan kacang panjang. 
6. Kacau-kacau sebentar dan boleh la tutup api tu.... 

Da siappp.... 


Ni buat makan dengan nasi minyak or nasi tomato pun sedap... Boleh ganti ayam merah tu dengan Ayam Chiang mai ni... Haroiiiii... 


Tapi aku sebab malas nak masak nasi tomato ka minyak ka.. So aku makan dengan nasi putih ja...lawan dia dengan sayur macam gini ja simple-simple sebab malas. Dalam masa yang sama nak kena attend online course.. So ni pun da kira bertuah boleh masak macam ni pun
 
So korang jangan lupa try ya. Sedap sangat ayam ni... Nak buat pun x susah mana.. Janji sedap kan... Anak-anak pun suka sebab rasa dia manis-manis.. Masam n pedas skit ja. Shooo sedapppp... 

Selamat mencobahhh












SHARE 4 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS