Beef Ginger Kueytiaw Mudah dan Sedap

 Rindu betul nak makan dekat Papa Rich. And sedih gila Papa Rich da tutup sebab dah tak mampu survived di musim pandemic ni. Suka sangat makan dekat Papa Rich... Mostly makanan-makanan dia pun sedap! Cuma xla makan selalu kan sebab harga dia quite pricey jugak kan. Kalau dekat sana aku suka nasi lemak dia.. Nasi goreng dia pun sedap jugak.. Tapi paling aku suka... Beef Ginger Kueytiaw dia.... Fuhhhhh dapnya! 

Disebabkan rindu x berkesudahan pada Beef Ginger Kueytiaw kat Papa Rich... Jom la kita buat sendiri πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ nak buat pun xla susah mana.. Senang je... Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat. 




Bahan-bahan:

Kueytiaw

Kicap manis

Kicap pekat *(aku xdak so aku xletak) 

Kicap cair

Minyak bijan

Sos tiram

Maggi Cukup Rasa / stock ayam

Halia

Bawang putih (dicincang) 

Daging

Air bancuhan tepung jagung

2 biji telur (dipukul) 

Daun bawang

Cili besar warna merah


Cara-caranya ;


Untuk kueytiaw


1. Perisi dan perelai kan kueytiaw agar tidak melekat antara satu sama lain. 

2. Masukkan kicap manis, kicap pekat*, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan dan gaul ke seluruh kueytiaw. 

3. Dalam pan, masukkan minyak sikit and panaskan minyak. Then terus masukkan kueytiaw and goreng-goreng jap. 

4. Lepas tu masukkan kueytiaw ke dalam plate besar. 



Untuk daging 


1. Potong thin slice daging yang masih beku. Tujuang potong masa beku lagi senang nak buat thin slice. Buat thin slice lagi sedap untuk kueytiaw ni. Atapun nak senang beli yang jenjs slices untuk steamboat.. Tapi agak mahal. 


2. Marinate dengan kicap manis, kicap pekat*, sos tiram dan minyak bijan selama 2 jam. 

3. Guna minyak sikit and pan yang sama goreng kueytiaw  tadi then masukkan daging yang marinate tadi. Goreng /grill sampai la daging-daging tu masak ya. 

4. Boleh angkat bila daging dah masak. Jangan overcooked daging tu nanti keras and tak juicy. Terus letakkan di atas kueytiaw. 


Untuk kuah


1. Dalam pan yang sama, masukkan sedikit minyak dan masukkan halia yang da dipotong. Kemudian masukkan garlic yang dicincang tadi. 

2. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat*, minyak bijan dan air. 

3. Then kacau, boleh masukkan stock ayam/maggi cukup rasa dan lada sulah. 

4. Dah boleh masukkan air bancuhan tepung jagung dan kemudiannya telur yang da dipukul. 

5. Kacau-kacau sikit then masukkan cili besar merah yang dipotong panjang dan halus.. Then masukkan daun bawang yang dipotong panjang. Jangan lupa kacau sat teruih tutup api ya. 

6. Then boleh terus curah kuah tadi tu ke atas kueytiaw and daging tadi. 

Dah siapppppppp..... 


Simple ja kan buat dia... Memang favourite sangat oiiii


Makan pulak dengan cabai jeruk wei... Sedap teruk lahaiiiii... 


Cabai jeruk tu pun baru ja buat 2 jam sebelum tu. Sedap! 

Nah video untuk tengok.. Lagi senang and clear untuk hampa.... 



Akhir kata selamat mencobahhhhhhhhhh..... 
Tibehhhhh




4 Comments

  1. Fuhhhh masa pergi papa rich dulu tak tertengok pulak menu ni. Nanti nak try buat la hehe thanks kak liaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee.. Ni fav menu kt paparich. Sddih paparich pun dah katup😒

      Delete
  2. Wuishhh sedap boleh cuba masak nanti

    ReplyDelete

Post a Comment