Movie Review : The Intern

by Alia Farhan, 7:09 PM

 


Ni antara movie terbaru yang aku tengom dekat Netflix. Best juga cerita ni sebab aku memang suka kedua-dua pelakon ni.. Anne Hathaway and Robert De Niro. 

Cerita dia mengisahkan Ben( Robert De Niro) seorang persara yang join program Intern dekat syarikat Jules ni. Intern program ni untuk oldies ni salah satu CSR program la untuk oldies catch up dengan latest technology ni la. 




And Jules ni pulak company dia tengah meletop dengan online shopping boutique la gitu. Within 4 months dia punya online fashion boutique went boommmm. 


Aku suka tengok interior company dia ni..love teruks makkkk... 

So basically, awai2 tu Jules ni agak sceptical la orang tua mcm Ben ni boleh ka paham selok belok online business yang depa duk tengah jalan ni. Maklumlah lani marketing tak sama dengan dulu-dulu kan. Lani everything cepat gilaaa... Baik dari segi fashion ka delivery ka apa ka... Semua kena cepattttt.... 


So basically Ben ni was placed directly to Jules. Dia macam awai-awai tu krik krik la dengan Ben ni kan. Tapi lama-lama dia makin respect dengan Ben sebab Ben ni ada satu work ethics and experience yang sangat bagus. Bak kata pepatah experience never gets old la katakan. He begins to get Jules's trust. 



Jules pulak dalam masa yang sama terpaksa hired and search CEO untuk established kan company dia. Dalam masa yang sama dia taknak ada CEO yang duk bagi-bagi arahan dekat dia bla bla bla. Ya lah.. Kita paham... Dia da setup company dia ssh and berjaya.. Tibehhh ada orang nak arah2 kan itu ini memang jemmm la kan. At the same time dia terpaksa jugak hired CEO utk company dia untuk perbaiki hubungan dia dengan husband dia. 




Ya lah let alone be a boss of the company memang boleh buat seorang perempuan ni  caca marba. Mana nak juggle n handle kerja kat office lagi.. Anak and husband dekat rumah lagi. Which eventually lead to masalah rumah tangga untuk Jules and husband dia. 




So in searching for a good CEO, banyak lah Ben ni nasihat and share apa yang dia tau dekat Jules ni. And Jules pun from day to day makin selesa bekerja dengan Ben ni. Kiranya hubungan depa pun makin baik, rapat macam bapak and anak. 

So at the end, korang kena tengok la Jules ni jadi ke tak hired CEO untuk company dia or tak.. Macam mana dengan rumah tangga dia pun korang kena tengok la. Ada kt Netflix u olls. 

Cerita ni bagi aku sedap la nak layan time-time boring kena berkurung ni. Cerita yang light dan tak menyakitkan otak korang pun. Aku suka layan cerita-cerita light macam ni. Hidup kita dekat Malaysia yang dikurung ni pun dah cukup mnyakitkan otak dah. Baik la layan cerita-cerita macam ni ja. 

Ada suggestion tak cerita apa yang light2 tapu best nak layan dekat Netflix? 









SHARE 2 comments

Add your comment

  1. macam2 filem boleh layan kat netflix kan...nadia pun belum tengok lagi filem ni kat netflix...bila2 boleh layan ni

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS