Original Bangkok Tom Yam Sunway Tunas Penang Review

Musim-musim MCO ni agak susah la jugak nak dapat kedai tomyam yang sedap kan.. Maklumlah.. Banyak geng2 tukang masak dari sana balik and tak dapat balik ke sini balik. Kedai yang kami biasa makan masakan Siam tu tak bukak....

So baru-baru ni teringin nak makan makanan goreng dari sana.. Macam nasi goreng diorang.. Bihun Tomyam... Kan special rasa dia... So husband aku ajak aku pi makan dekat Bangkok Tomyam ni...

And semalam.. Lunch... Si Adriana pulak nak makan tomyam2 ni lunch kelmarin... So apa lagi... Terus suami aku cakap jom la makan kat Bangkok Tomyam ja... Tau dah sedap... 

So jom lah kita tengok apa yang kami order semalam... 



Siakap stim limau +tomyam 



Siakap stim limau dia sedap gilaaaa.. Sama sedap macam kedai yang kami selalu makan sebelum ni.. Cumanya dekat kedai tu lagi pedasssss n bawang putih dia letak lagi banyakkkkk... And rasa menyengit dia lagi kawwwww.. Sampai berair hidung2..tpi yg ni ok la.. At least budak2 boleh makan... 


Tomyam campur dia pun ok la.. Sedap jugak.. Tapi kalau letak sayur mcm cendawan tu ka.. Aku rasa lagi best kot. 


Prawn thai green curry. 
Ok sedap jugak.. Actually thai green curry ni rasa dia sama la macam masak lemak kita tu. Fav aku masakan mcm ni... 


Kailan ikan masin.... 
Sedap betul sebab ikan masin dia generous.. Letak banyak and rasa la ikan masin tu.. Lepas tu betul2 guna kailan n bukan baby cabbage tu. Selalu kan depa banyak guna baby cabbage tu pastu claimed as baby kailan konon.. Tipu orang tak kenai sayoq boleh la🤣🤣🤣

And 1 lagi kami order teloq dadar... Tak amik pun la gambaq sebab teloq dadar mai lewat time da start makan.. Ala teloq dadar macam biasa la kan.... 

So overall.. Memang sedap la.. Aku suka.. Pernah sebelum ni makan nasi goreng ikan masin dia pun sedap gila ok.. Aku request pedas... Memang pedas dia dengan ikan masin dia yang generous tu membuatkan nasi goreng tu walllahhhh sangat... I liokkke... 


So orang Penang mana2 yang cari kedai tomyam yang best2 boleh la try dekat sini


Original Bangkok Tomyam

85 Persiaran Mahsuri 1/3,
Bandar Sunway Tunas, 
11900 Bayan Lepas, 
Penang

04-644 2205

3 Comments

  1. Hahaha okayyy baru tau rasa green curry tu lagu mana, tengok macam masak lemak kita. Syok tengok siakap stim dia tu, lapaq teruih aihhh

    ReplyDelete
  2. betoi susah nk jumpa pakat balik siam.. yg ada tak berapa sedap

    ReplyDelete
  3. jemput la dtg ke Kelate ni. Ada mcm2 jenis tomyam yg best kat sini dgn tukang masak dibawa terus dari Thai...

    ReplyDelete

Post a Comment