Scarlet Heart Ryeo : Moon Lovers Di Viu VIP

 Walaupun cerita ni dah lama la jugak main.. 2016 hari tu... Tapi aku dah repeat tengok 5 kali dah... Sebelum ni ada record dalam decoder astro.. Tapi sebab dah terminate Astro... So xdak la simpanan cerita ni lagi dah...

And baru-baru ni dekat Viu VIP dah ada dah cerita Scarlet Heart Moon Lovers ni.. Apa lagi.. Terus la sign up VIP dekat Viu sat...



Tengok barisan pelakon dia mantap-mantap semua. 



Ost dia sampai jadi ringtone makjem lah 不不不

Aduhhh terubat rindu tengok cerita ni... And of course la sebab aku suka Lee Joon Gi kan... So this is a MUST watch all over again...

Kalau sapa2 yang tak pernah tngok lagi bolehla tengok ok... Cerita ni best... Sebab dia berkisarkan sejarah Goryeo satu masa dulu... Masa pemerintahan Maharaja Taejo... Tapi dia tambah-tambah mereka dengan sedikit fiksyen la... Sebab perempuan ni konon-konon dari masa depan... Tapi lemas.. Dia macam bangkit masa lampau....kan depa selalu percaya kelahiran semula. And cerita ni pun amik dari cerita Bu Bu Jing Xian.. Cerita dari China.. And adaptasi dari novel dari China.. Tapi digarap ke dalam zaman pemerintahan Maharaja Taejo di Goryeo. 

Dalam sejarah Maharaja Taejo Goryeo.. Dia ni ada banyak anak2 lelaki.. Anak2 lelaki dia ni la nanti duk berebut thrones... Yang perempuan ni pulak dari masa depan so dah tau la sedikit sebanyak pasal apa yang akan jadi. Perempuan Kang Ha Jin/Hae Soo (lakonan IU) ni pulak baik dengan semua princes ni... 

So nanti banyak la putera2 ni duk suka dekat si Hae Soo ni... Paling obvious suka si Putera Wang So ni la... Tapi awal-awal, si Hae Soo ni pulak dum bercinta dengan putera ke 8 Wang Wook.... Macam-macam la conflicts jadi... 


Ni muka memang mintak penyepak. Tapi dalam cerita lain hensem ja tengok. Prince Wang Yo. 

Lakonan semua pelakon dalam ni pun best sangat. Yang jahat rasa nak penyepak ja.. Yang charming rasa fall in love sangat... 



Kang Ha Neul as Prince Wang Wook. 


Dalam cerita ni awal-awal tengok kompem2 la kita sebagai kaum wanita yang cenggeng ni akan terpikat dengan Putera Wang Wook(lakonan Kang Ha Neul) .. Kahkah... By the time goes by... Kita akan mula kesian dekat watak Prince Wang So dan mula jatuh cinta dengan watak dia yang protective.. Ego.. Macho dll.

Cerita ni awal2 memang ok la suka ja tengok.. Indah2.. Bila da masuk tengah-tengah mula la episod bergenang air mata. Hahahhaha. Sedih mak nak oiiii. Banyak sangat part sedih....


Ni la part orang akan develop jatuh cinta dengan Wang So... Macam aku dah lama jatuh cinta dengan Wang So.. Ehh Joon Gi❤️❤️ ❤️.. Dari cerita My Girl lagi 不 不 不 


Bila dah mula Wang So dengan Hae Soo nak bahagia mula pulak la obstacles lain... Sampai ke sudah la sedih cerita  ni....walaupun sedih cerita ni.. Tapi tetap tangga teratas yang aku suka kalau cerita Korea ni... Maklumlah aku jarang jugak layan cerita korea ni..kalau layan pun... Pelakon2 yang aku suka ja macam Hyun Bin or Lee Joon Gi.... Dua ni memang top list la.. Kalau nak layan semua cerita korea memang x la... Bz kedaung dengan anak2..  Ntah apa yg bz tak tau la kan...



Sedih kedaung ending dia... Tiap2 kali tengok.. Tiap2 kali tu la meleleh2 ayaq mata aku 唐唐唐


Part ni pun sedih 拎拎


Kalau ikut yang version dari China... Ada season 2...harap2 yang Korea ni pun ada season 2 jugak... Untuk present time... Masa sekarang.... Sebab kalau ikut ending pun... Wang So.. Cakap kalau Hae Soo dari masa lain... Dia tetap akan cari My Soo ya ❤️❤️❤️



My Soo ya.... 
5x tengok.. 5 x meleleh.... 
Pleaseeeee... Nak season 2 Scarlet Heart Ryeo Moon Lovers korea punya!!! 


Ni pelakon2 yang jadi putera-putera dalam cerita nj... No 4 n 8 tu putera-putera yang hot. Yang no 13 tu Nam Hyuk yang jadi Nam Do San dalam Start Up tu.. Aku baru tengok sampai episod 8...tu pun aku tak puas hati jugak kenapa Han Ji Pyeong tu hot dalam tu... Muka n style da iras2 Hyun Bin pulak dalam tu.... 

Hampa da tengok ka cerita Start Up tu? Best jugal cerita tu sebab banyak menda pasal business boleh belajaq dalam tu.... Nanti aku review psal Start Up pulak bila da habis tengok ya... 








2 Comments

  1. my favourite drama ni tapi sis tak boleh nak repeat drama ni, sakit hati dgn ending dia..hehe
    https://www.tiarasaphire.com/2020/12/drama-bridge-season-2-2020.html

    ReplyDelete

Post a Comment