Rasa semua orang familiar kan jenama St Ives ni.. Memang agak well known jenama ni dekat drug store kan... 

Paling famous dia punya scrub la kan... Tapi kali ni nak cerita pasal Hydrating Daily  Facial Cleanser Watermelon dia. Actually St Ives ada banyak jugak daily cleanser ni.. Macam-macam jenis... Cuma tak masuk Malaysia la kan. Ni pun jumpa dekat Watson satu jenis ja. Before this aku beli dekat shopee ja. 


Ada Hydrating-watermelon, Glowing - Peach, Blemish-tea tree, Soothing-camomile. 


So macam biasa la.. Memang aku pentingkan Hydrating... So pilihan aku mestilah yang Watermelon ni... Lagipun aku memang suka bau watermelon ni.. Bestttt.... Lepas tu of course la packaging dia shoooo shomelllsssss kannnn.... 



Dah jadi set2 pink pulak dah dekat dalam bilik ayaq aku😍

Ok lah... Kenapa aku pilih watermelon instead yang 3 lagi? 

Satu sebab aku suka bau watermelon and watermelon ni kita sedia maklum water content dia tinggi. Contoh la bila kita makan watermelon kita rasa thirst relief sangat sebab dia salah satu buah yang tinggi kandungan air dia. 

Jom tengom benefits of watermelon to our health :


Credit to Google 

That why i love πŸ‰ πŸ‰πŸ‰

And this specifically for skin:


Credit to beautymunsta.com

Selain daripada tu.. Watermelon jugak sangat kaya dengan antioxidants. Antara bahan antioxidants yang terdapat dalam watermelon ni adalah :

Lycopene
Beta carotene
Cucurbitacine E
Vitamin C


                         Credit to Google 





Apa yang best pasal cleanser ni? 

Oil free
Paraben free
Dermatology tested

Based on my experience :

Kulit memang rasa hydrate n tak menyerigai macam sesetengah cleanser buat. 
Kulit rasa toing2... Kulit pun terasa lembut ja... Memang best sangat rasa fresh ja sebab rasa la kulit tu hydrate. 

Akan repeat tak? 





Of course.. This is actually my second bottle. For sure will repeat again 😍

Kalau ada yang berminat.. Hampa boleh dapatkan di Watson...
Atau di shopee








 Ada sapa-sapa dekat sini pernah makan mee suah? To be honest... Aku baru first time makan masa dekat Uni dulu sebab main masak-masak dekat bilik guna rice cooker.. Ada roomate aku tak silap Cik Moon budak2 ni yang buat mee suah ni...

So hari tu dah lama jugak aku pi ke Tesco.. Nak beli meggi noodles yang kosong cap tesco tu.. Senang kan nak buat meggi goreng ka apa ka kan... So nampak la mee suah ni.. Ehhh dah lama ehhhh aku tak makan ko niiiiii... So apa lagi.. Angkutla sepeket..


Macam ni la rupa mee suah tu.... Nampak macam sikit mcm gini kannnn... 


Tapi dapat haa semangkuk besar ni haaaa... 

Nak buat dia pun macam biasa ja macam masak rencah mee goreng.. Bihun goreng jugak.. Cumanya yang ni kena rebus dulu dengan air panas and biarkan  kembang then tosskan. 

Tapi takpa.. Jom la aku share cara aku buat mee suah goreng ni... Sebab simple ja aku buat ni

Bahan-bahan : 

1 peket Mee suah (anggaran untuk 4 orang makan) 
3 ulas bawang putih dipotong melintang biasa(ikut suka la nak buat macam mana pun boleh) 
Sedikit minyak
 1 sudu makan paste cili 
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sis tiram
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
Ayam bahagian dada dipotong dadu
Sebiji caroot dipotong panjang macam mancis
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa kalau suka
Sedikit gula
Daun bawang 
Cili besar
Bawang goreng

Cara-caranya: 

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Bila dah naik bau, masukkan cili paste, sos cili, sos tiram, kicap manis dan minyak bijan. 
2. Kacau-kacau kesemua sos tadi sehingga sebati dan masukkan ayam, kemudian carrot dan tambahkan air. 
3. Kemudian masukkan mee suah yang telah direbus dan ditoskan sebelum ini ke dalam kuah tadi. 
4. Kacau serata dan gaul sehingga mee suah tadi bersalut dengan kuah yang disediakan tadi. 
5. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (kalau suka) mengikut taste kita sendiri. 
6. Dah siap.. Boleh angkat dah letak dalam pinggan or mangkuk besar..then taburkan bawang goreng, daun bawang dan cili besar..... 


Sedap gila makan dengan sambal kicap. 


Cubalah kome makan mee suah ni.. Bila goreng memang orang ingat bihun... Sebab laki aku kata sedap bihun u buat ni. Hahhahaha

Rasa menyesal pulak beli 1 peket ja.. Patut beli 3 or 4 peket utk spare.. Kalau xlalu nak makan nasi.. Buat ni ja pun da sedap... Buat sup pun sedap mee suah ni... Buat ala2 sup mcm Chinese duk buat tu.. Letak dumpling.. Ngam2 soiiii

Ok la... Nak keluar beli nasi kandaq sat... Malas masak hari ni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚











DIY Rak Rotan Lama

by Alia Farhan, 6:46 PM

 Dah lama duk cari rak rotan.. Tapi kalau yang baru semua mahal gila wei.. Menangissss 😭😭😭




Kenan gila la pattern cenggini haaa. Sesuai la dengan konsep boho decor aku kan... 

So baru2 ni ada tokey thrift store message kata ada rak rotan yang aku duk cari2 tu.. Mula2 taknak la jugak sebab duk pikiaq warna hitam kan. Aku nak warna rotan asal... Huhuhu.. Tapi price dia tu kenot resist la kan sebab mur2 jugak la... Aduhaiiii.... Memang berbelah bahagi nak beli ka dak time tu.... 


Fron this


To this... 

Untuk DIY ni tak susah mana pun.. Aku just gantikan papan untuk setiap shelf layer tu sebab ada yang dah reput. Aku just gantikan dengan kayu plywood saja. Kayu plywood tu aku order dekat shopee.. Custom ikut size yang aku nak.. 



Kalau takdak size yang hampa nak.. Hampa boleh chat dengan seller utk custom kan kat hampa... Boleh click link dekat atas tu.. Mudah sikit reja hampa. 


Belakang dia tu pulak aku guna synthetic rattan webbing.. Beli dekat shopee jugak. 


 Aku beli 2 m ja.. Ingat cukup.. Ada bahagian dekat bawah tu x cover lagi skit... Nanti aku topup lain.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ni link utk sapa2 yang nak DIY guna rattan webbing ni. 


Nak tempek rattan webbing ni aku guna stapler gun yang besaq tu ja.. Senang skit kan.. Memang power... Lepas tu trim2 and gunting2a lebihan-lebihan tu.... 


Da tiappp... Memang biar ja cat hitam tu... Nampak tak ada gaya rustic dekat situ.. Sebab cat dia da terkopek2 tu.... Aku nk biarkan ja terkopek2 and nampak warna asal dia... Tak kuasa lah hai nak gonyeh kertas pasir bagai..tak la serajin tu noks... 

Overall... I love  the outcome❤️

Tunggu lepas ni tak tau nak diy  apa pulak😘😘😘











Homemade Sandwich

in , by Alia Farhan, 2:48 AM

Kat rumah ni buat sandwich macam ni laju skit habis. 


Sandwich teloq for d kids. No lettuce la kan... 


Ni special skit sebab grill chicken.. Leftover chicken yang ayamas punya... Ricik2 skit then letak sesame dressing kewpie... Lepas tu yang ni double cheese and torch kan skit dengan torch lighter tu... Yang ni tak potong 4 sebab laki cakap potong dua ja... 

Paling senang buat sandwich ni sebab kita  boleh letak apa yang kita nak.. Ikut apa yang kita suka mana. Lepas ni ingat nak try buat wanpaku sandwich pulak. Paling senang sekali buat sandwich teloq la... Rebus ja teloq dalam 4 biji macam tu... Then kupas hancurkan and masuk mayo and white pepper atau black pepper .. Mayo jangan berkira. Letak banyak lagi sedap... Another one yang aku suka sandwich crab mayo... Sedap gila okeh... 




Buat ja 2 layer... Guna 3 keping roti... Utk lapisan kedua tu boleh la letak cheese untuk bagi lagi umphh...then nk potong memang kena guna bread knife la kan.. Kalau tak.. Tak cantik and benyek sanwich kita.. Huduhhhhh pianggggg... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




Dah buat banyak2 macam ni letak ja dalam chiller.. Bangun pagi.. Da siap ada bfast... Kalau suami kelam kabut pun dah boleh letak dalam satu bekas asing... Untuk dia on the go makan dekat office. Dah senang hidup tak payah nak susah2 musim pandemik nak kena pi kedai beli makanan pulak. 

Seronok pulak lately ni buat sandwich dengan husband ikut tekak nak makan apa... Aku memang jenis kurang suka jenis2 french toast ka or jenis2 celup telur goreng th.. Sebab ntah rasa berminyak and aku kurang favor sangat the taste. That why aku lagi suka buat sandwich macam ni.. Sedap bila musim panas macam lani kan.. Makan sandwich sejuk2 dengan teh o ice... Da bommmm sangatttt.  

Huuu hari ni tak pekena lagi teh o ice... Nak kena pekena dulu candu.. Baru la segar.. Ye dokkk







© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS