Homemade Sandwich

in , by Alia Farhan, 2:48 AM

Kat rumah ni buat sandwich macam ni laju skit habis. 


Sandwich teloq for d kids. No lettuce la kan... 


Ni special skit sebab grill chicken.. Leftover chicken yang ayamas punya... Ricik2 skit then letak sesame dressing kewpie... Lepas tu yang ni double cheese and torch kan skit dengan torch lighter tu... Yang ni tak potong 4 sebab laki cakap potong dua ja... 

Paling senang buat sandwich ni sebab kita  boleh letak apa yang kita nak.. Ikut apa yang kita suka mana. Lepas ni ingat nak try buat wanpaku sandwich pulak. Paling senang sekali buat sandwich teloq la... Rebus ja teloq dalam 4 biji macam tu... Then kupas hancurkan and masuk mayo and white pepper atau black pepper .. Mayo jangan berkira. Letak banyak lagi sedap... Another one yang aku suka sandwich crab mayo... Sedap gila okeh... 




Buat ja 2 layer... Guna 3 keping roti... Utk lapisan kedua tu boleh la letak cheese untuk bagi lagi umphh...then nk potong memang kena guna bread knife la kan.. Kalau tak.. Tak cantik and benyek sanwich kita.. Huduhhhhh pianggggg... 😂😂😂




Dah buat banyak2 macam ni letak ja dalam chiller.. Bangun pagi.. Da siap ada bfast... Kalau suami kelam kabut pun dah boleh letak dalam satu bekas asing... Untuk dia on the go makan dekat office. Dah senang hidup tak payah nak susah2 musim pandemik nak kena pi kedai beli makanan pulak. 

Seronok pulak lately ni buat sandwich dengan husband ikut tekak nak makan apa... Aku memang jenis kurang suka jenis2 french toast ka or jenis2 celup telur goreng th.. Sebab ntah rasa berminyak and aku kurang favor sangat the taste. That why aku lagi suka buat sandwich macam ni.. Sedap bila musim panas macam lani kan.. Makan sandwich sejuk2 dengan teh o ice... Da bommmm sangatttt.  

Huuu hari ni tak pekena lagi teh o ice... Nak kena pekena dulu candu.. Baru la segar.. Ye dokkk