Assalamualaikum

Baru2 ni balik Jitra sebab mak aku kakak n adik aku semua ada dekat sana.. So macam2 la makan kan... Mak aku punya masakan paham2 la kan... Dia punya sedap tak boleh bawak berbincang. Lepas tu anak2 gemuk bising... Erghhh

Tapi bising2 gemuk pun.. Tetap belikan aku petai kegemaran aku. Yess aku memang hantu petai.. Lantak lah busuk ka apa ka.. Janji petaiiii tu sedappppp.

Disebabkan mak aku bagi aku dalam berbelas2 papan petai.. Maka dengan itu aku haruslah membuat sesuatu dengan petai ituuuu....


Sedap ke idokkk? 
Of course la sedap kannnn

Nak resipi tak? Kalau korang xnak pun xpa.. Sebab kita share ni untuk jadi panduan anak2 kita nanti kalau nak masak. Hahahhaha

Jom tengok bahan-bahan dan cara nak buat dia ya. 

Bahan-bahan:

5 papan petai
4 biji cili besar
6 biji cabai melaka
1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
Minyak 
Cuka /asam keping
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara-cara:

1. Potong cili besar, bawang besar kepada saiz yang lebih kecil. 
2. Panaskan minyak, goreng semua cili besar, cabai melaka, bawang besar dan bawang putih. 
3. Dah nampak semua bahan masak and layu. Boleh angkat and tosskan. 
4. Tumbuk and lenyek semua bahan yang digoreng tadi dengan lesung batu. Bila hampa goreng dulu.. Hampa tak perlu nak teruk2 sangat tumbuk bahan-bahan ni. Lenyek2 pun dah hancur. Tapi hancur dia kasar2  mcm tak hancur sangat. Paham tak apa aku cakap ni. 
5. Dah siap lenyek/tumbuk, panaskan minyak yang tadi dan masukkan bahan2 yang dilenyek/tumbuk tadi. 
6. Tambah air skit kalau nampak terlalu pekat, masukkan cuka/asam keping. Aku takdak asam keping sebab dah habis. So aku replace dengan cuka. 
7. Dah nampak macam ok.. Boleh peradakan dengan garam, serbuk perasa and gula. Yang tak mau buh serbuk perasa hampa boleh skip hat ni. Perasakan tu ikut hampa punya taste bud la ya. 
8. Lastly, masukkan petai yang dah diperisi. Aku tak suka masak petai lama2 sangat. Masuk2 terus tutup api sebab aku nak rasa the crunchiness of the petai ni.hhahahhaha

Dah siappppppp.... 
Senang ja kan... 


Awas... Diet ke laut kalau makan depa ni. 
🤪🤪🤪




Morning walk

in , by Alia Farhan, 5:04 PM
Pagi2 bangun.. Berjalan.. Jalan plak sambil2 tengok pokok2... Rasa tenang ja... Ni kalau aku la... Suka sangat.. Sambil2 tu hirup udara segar pagi2 ni... And paling penting sebab redup lagi.


Lets get started... 


Jalan awal2 ni boleh nampak bulan lagi haaa


Paling best sebab boleh tengok macam2 jenis pokok yang orang2 kat sini tanam. 


Sejuk mata memandang kot. 
I likeee... 


Sedar tak sedar capai 5000 steps. Yehuuuu. Satgi kita tawaf Aman Central plak.. Cari curtain dekat Kaison. Kikiki


Ok meh kita convert berapa km kita berjalan hari ni... Wowwww... Tak sangka kan... Tak terasa pun jalan dekat kawasan2 lawa mcm ni. Sebab tu aku kalau balik Jitra memang suka gila jalan2 dekat kawasan perumahan kakak aku ni. Sebab dia punya konsep home garden. 

Lepas ni kalau balik penang kena cari port2 baik la nak morning walk. 🤭🤭🤭

Nak lagi best buat brisk walk.. Biasa aku brisk walk dengan walk biasa2  ja... 


Teknik untuk brisk walk. 
Selalu kalau perasan... Chinese org tua2 depa selalu brisk walk... Sebab tu depa nampak fit. Kita pagi2 perkena roti canai banjir.. Nasi lemak dua bungkuih.. Tak kata kat orang.. Aku pun sama😂😂😂
Kalau dak.. Takkan la gemuk kan... Lemak duk ternak berzaman2

Antara sukan lain yang aku suka adalah swimming. Best sebab bila swimming ni hang akan guna semua anggota badan hang. Bila lama2 sekali baru nak swimming.. Mula ka cekang urat apa bagai kan. Masa kat Sabah hari tu... 3 hari berturut2 duk swim kan.. Terasa la bila duk swimming tu ringan la skit kaki tu walaupun Allah ja tau sengai2 ubi segala urat mak nenek ni. 

Lepas ni kena tukaq routine... Swimming nak kena onz balik. Dulu2 masa keja kat SMIED.. balik kerja swimming kalau balik awai. Ya lah rumah sewa tu ada swimming pool kan. Lepas pindah nanti dah takdak alasan la.. Kena la turun swimming balik kannnn... Husband da ajak pi gym dekat situ. Ya lah.. Ya lahhh.. Bagi la fit bit versa 2 satu..baru bersemangat waja skit. 🤭🤭🤭

Ada sapa2 yang pakai fit bit versa 2 tak? Aku duk aim nak beli tu.. Nak tunggu harga jatuh skit. Laki aku suruh beli huawei punya. Tpi tu la sebab aku more to swimming lepas ni.. So aku nak gear yang boleh bawak swimming macam fit bit versa 2. Lagi satu sebab dah duk kenan ke Fit Bit Versa 2.. Tak boleh kata apa la kannnn





Pada Sabtu yang lepas aku berkesempatan untuk join jemputan daripada The Prestige Hotel untuk Hot Roast Lunch and Dinner Buffet depa. Untuk pengetahuan semua The Prestige Hotel ni adalah satu hotel baru di Penang. Betul2 dekat area herritage semua tu. Kalau nak tau dekat ja dengan Jetty Ferry tu.



And hotel ni tersangatlah cantik and boleh dikatakan hampa boleh toya2 feeling2 ada kat Europe ka mana ka... Instafames sure suka mai tang ni...

Ok lah.. Mai la nak cerita skit pasai Hot Roast Lunch and Buffet Dinner ni... Untuk pengetahuan semua.. Buffet ni hanya ada hari Sabtu dan Ahad  sahaja. Bukan semua hari ada ya. Cuma kalau hari Sabtu tu depa buat time dinner dan ahad tu time lunch ya.

Untuk Non Muslim, bagi yang nak enjoy free flow of beer n wine boleh la add on RM50.. yang Muslim tu takyah la gatai2 ya. Harommmm.

So aaaa jommm la kita tengok makanan2 yang adaaaaa....


Watak utamaaaa... 


Mac n cheese


Spaghetti aglio olio yang sedap gilaaasss


Croutons 


Minestrone soup


Pancake


Salad selections


Salads


Dalam ni ada buah delima.. Sedapppp


Sausage salad






Hat biskut tengah2 tu.. Zaman kita kanak2 kan.. Dapat kat anak2 aku.. Dia makan hat ataih.. Hat bawah xmakan... 


Cakesss


Puddings



Bread butter pudding


Jelly jellooo


Crackers 



Ice cream.. Yang magnum cepat gila kena reload. Hahaha



For tea lovers. And of course the have coffee machine for coffee lovers. 


Perempuan cantik ini di mana-mana. 


My salad. Makan ni ja. Kata diet kan. 


Diet sangatttt.. Ni haaa penuh mejaaaa... 



Ok lah... Kat bawah ni details untuk hampa2 yang nak cuba Hot Roast Lunch and Dinner Buffet...

Saturday Dinner 7pm - 10pm

RM68+ Adult

RM58+ Senior Citizen



Sunday Lunch 12pm - 2:30pm

RM58+ Adult8

RM48 Senior Citizen



Kids below 12 years old are entitled for 50% discount.


Add RM50+ to enjoy free flow of beer & wine.


The Prestige Hotel Penang

8, Gat Lebuh Gereja, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Phone: 04-217 5888

Laman web:  https://theprestige.my/

Facebook:  https://www.facebook.com/ThePrestigeHotel/

Instagram:  https://www.instagram.com/theprestigehotel/
Assalamualaikum

Ada kat sini yang suka makan spaghetti aglio olio? Kalau makan dekat kedai.. Boleh tahan harga paling murah berbelas-belas ringgit. Kalau ada udang skit mau capai RM20+ kan.. Nak jimat.. Masak sendi4i dekat rumah kan. Remember 2020 ni misi nak jimat cermat gitohhhh. Poyo tak poyo takkkkk? Hahahahha.

So baru2 ni aku ada pi review satu hotel baru dekat hotel ni.. Nama hotel tu The Prestige Hotel. Ya Allah aglio olio dia simple ja wei... Tapi dia punya sedap tu kalau muka aku mcm komodo dah lama aku tambah 3x hari tu. Tapi sebab aku taraf2 iguana ja 🤣🤣🤣.. Maka aku tambah la 2x aglio olio dia.

So dari semalam plan nak buat bekal si Kakak ke sekolah aglio olio ja sebab senangkan. Kebetulan tadi aku intermittent fasting. So buat semua main agak2 ja garam dia semua. Pukul 3 tadi makan ehhh tak sangka sedapppp. Hahahhaha





Apa pun nak buat dia senang ja.. Bahan2 pun simple ja.. So apa lagi jom la kita tengok bahan2 and cara nak buat dia.

Bahan-bahan:

Spaghetti (rebus&toss mcm biasa la kan)
Bawang putih 1 labu(dicincang-lagi banyak lagi sedap)
Bawang holland potong dadu
2 ketul Sosej daging Ramly
Ayam bahagian dada.. Potong dadu
Shitake mushroom
Serbuk perasa /kiub ayam
Cherry tomato
Garam
Minyak untuk menumis
Chili flakes.. Aku pkai brand HEXA sebab tak pedas sangat macam yang aku beli dekat siam tu.

Cara-cara:

1. Rebus spaghetti macam biasa la kan letak minyak n garam skit. Masak sampai ala dente. Dah masak toss kan
2. Panaskan minyak. Minyak kena lebihkan hence the name is olio... Saute bawang holland.. Bawang putih.. Dah nampak kuning and naik bau.. Masukkan cendawan... Masukkan chilies flakes. Kacau2 sampai warna dia capai standard yang hampa nak.. Aku suka ada warna merah2 n nampak chilies flakes banyak2 so memang aku letak chilies flakes tu banyak2 la kan. Kacau sampai nampak chilies flakes nampak agak garing ya anak2. And boleh perasakan time ni ya. Garam.. Serbuk perasa/chicken stock. Agak2 la ikut taste hampa.
3.  Lepas tu masukkan ayam dan sosej yang da dipotong.  Lepas tu masukkan air sikit ya. Ni pun ikut la banyak mana hampa rebus spaghetti hampa. Jangan banyak sangat air ni. Function dia nak bagi sebati bahan2 tadi dengan spaghetti hampa ja.
4. Then boleh masukkan spaghetti and gaul serata dengan olio yang hampa  buat tadi. Dan lastly masukkan cherry tomatoes yang dibelah dua....
5. Ok dah siap. Boleh makan dah...

Keywords dia kat sini nak buat aglio olio kena guna minyak agak banyak ya anak2 sesuai dengan nama dia spaghetti minyak ya anak2... Lepas tu garlic kena banyak... Bahan2 lain pun be generous la. Nak sedap letak la banyak2.

Dah tu ja.. Senang ja kannnnn...
Boleh buat sendiri ja kat umah lepas ni...



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 31 Disember 2019 berkaitan situasi semasa jangkitan influenza di Malaysia. Berdasarkan trend yang direkodkan daripada aktiviti survelan kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI) melibatkan beberapa lokasi sentinel dikenalpasti dari seluruh negara, terdapat sedikit peningkatan kes ILI dan SARI semenjak pertengahan bulan Disember 2019. Namun begitu, peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal dan hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Manakala, analisa oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap virus influenza yang dikesan daripada aktiviti survelan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ianya telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baru (novel virus).

Susulan daripada kenyataan akhbar tersebut, KKM ingin menasihatkan mengenai langkah yang perlu diambil dalam mengendalikan pesakit terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun seperti berikut:
  • Jika terdapat keperluan, gunalah ubat paracetamol mengikut dos yang tepat, di samping mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan badan dengan tuala basah (tepid sponging);
  • Elakkan daripada memberi ubat Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDS) untuk mengurangkan demam kerana terdapat bukti klinikal yang menunjukkan penggunaannya boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak di kalangan kanak-kanak;
  • Memastikan pesakit minum secukupnya supaya kekal terhidrat; dan
  • Sila bawa pesakit tersebut berjumpa doktor dengan segera sekiranya demam tidak berkurangan atau mempunyai gejala penyakit influenza seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.



Selain itu, sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan influenza pula, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat. Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi khususnya adalah digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara. Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk mengamalkan perkara berikut:
  • Berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan;
  • Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Seterusnya, tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah;
  • Mengelakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan individu yang lain;
  • Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk / sakit tekak yang berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 JANUARI 2020


Credit to : kpkkesihat.com
 *****************************************
Aku terpanggil untuk share pasal ni sebab aku pun pernah kena Influenza.. Seksa dia.. Sakit dia.. Allah ja yang tau... Semoga sharing dapat alertkan kita as parents
For those yang nak tau pengalaman aku terkena influenza ni.. Boleha baca di SINI
Nak cerita sebab pengalaman aku dengan anak aku Aishah positive influenza and dua-dua kena warded dekat Gleneagles masa hujung2 bulan Nov tahun lepas. Memang rasa horror gila time tu. Lagi2 dah banyak bulan aku dengaq influenza outbreak ni.

Semuanya start lepas balik dari Cameron Highland. Time kat Cameron Highland Aishah dah tunjuk sign2 tak sehat. Muntah la batuk2 la. Aku time tu ok lagi. Cuma start bila aku balik tu... Badan aku start rasa debar2 and macam nak panas. So i guess the temperature difference yang buat aku macam tu.


Gejala-gejala influenza


Tapi masuk hari kedua aku da start batuk and selsema. Aishah pulak dah start demam on OFF. Aku pulak makin lama makin tak ketahuan dah. Batuk makin manjadi... Selsema sampai ketat hidung and tak boleh nak bernafas. Nak tdur memang kena bernafas kot mulut la. Sampai satu peringkat tu batuk teruk gila2 sampai level2 terkencing2... Memang terus kena pakai pad 42cm la cita dia. Gila horror nak mati!

Sepanjang 5 hari tu aku sakit kepala sampai asyik terlentang ja atas katil. Rumah tunggang langgang xyah cerita la... Sama la dengan Ecah.. On off demam dia. Kesian kt mek tu.  Sampai la masuk hari ke 5 aku dah tak tahan cakap laki aku.. Nak pi check kalau esk tak ok gak. Memang time tu xdak tanda2 nak ok lgsg.

Esoknya lepas ja Adriana balik dari orientasi untuk darjah 1 dia kat sekolah... Terus kami pi ke Gleneagles. Masa tu hari Sabtu.. Dah tentu2 kena pi ke Emergency. Lepas ja masuk dekat wad emergency tu terus kena neb. Ecah plak kena standby dah sebab demam gak. Laki aku pun time tu demam gak... Yang tak demam time tu cuma Adriana sorang ja. Kesian laki aku sampai bp dia naik.



Tak pernah2 kena neb oiii. 

Aku plak kat dalam blik kat emergency tu kena tahan sementara nurse cari blik untuk aku dengan Aishah. Lama gak la menunggu tu. Sebelum kena neb tu darah kena amik.. Lepas tu sample hingus pun kena amik untuk test influenza.. Sakit oiii jolok hidung tuuuu... Nasib tak tertendang doc yang amik tu...bila result keluaq.. Aku positive Influneza B... While Ecah Influenza A atau dalam bahasa mudah dia H1N1... virus ecah lagi kuat dari aku... Bayangkan dia kena tu.. Sedih aku tengok...


Ni type of influenza. 


Dah dapat bilik 2 orang untuk kami dua beranak... Setelah berjam2 menunggu. Terima kasih la dekat Sister yang tolong  kami dua beranak dapatkan bilik.


Acah jek ni duk sorang2.. 


Hakikat dia berhimpit la dengan mek ni. 


Selama 5 hari jugak kami 2 beranak kena berkampung di Gleneagles. Lega dapat bilik yang selesa untuk kami dua beranak.

Masa warded tu memang ubat makan tak berenti la. Anti viral tamiflu kena makan sehari sekali. Lepas tu drip antibiotic.. Lepas tu neb.. Lepas tu ubat selsema.. Lepas tu ubat kahak... Memang teruk la effect dia dekat respiratory.


Ni antara ubat yang membantu. 


Kesian debab mama ni


Manja gila ngan papa dia. 


Yass gedik kann... 
Bagi chance la


ISOLATION haaa
😅😅😅


Ni tahap cemuih ni.. Laki aku mai.. Aku mintak dia tolong jaga Aishah.. Aku turun bawah me time sat mat bawah ni minum ayaq... Cemuihhh gila duk hospital Allah ja yang tau. 

Lepas berkampung selama 5 hari 4 malam dekat sana.. Maka dapat lah kami pulang ke rumah. Serius la memang seksanya Allah saja yang tau. And aku harap dah tak kena lagi dah menda ni dekat seluruh keluarga aku. And lepas ni memang nak kena amik influenza jab untuk anak2 la yearly. 

Terbaru pun KKM ada keluarkan amaran baru pasal influenza outbreak ni. 

Ni pesan dari seorang doctor

"Ministry of health’s notification to the public that the influenza this time is serious. Prevention method is to keep your throat moist, do not let your throat dry up. Thus do not hold your thirst because once your membrane in your throat is dried, the virus will invade into your body within 10 mins. Drink 50-80cc warm water, 30-50cc for kids, according to age. Everytime u feel your throat is dry, do not wait, keep water in hand. Do not drink plenty at one time as it doesn’t help, instead continue to keep throat moist. Till end of March, do not go to crowded places, wear mask as needed especially in train or public transportation. Avoid fried or spicy food and load up vitamin C
The symptoms/ description are
1.repeated high fever
2.prolonged coughing after fever 
3. Children are prone 
4. Adults usually feel uneasy, headache and mainly respiratory related
5: highly contagious"






© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS