Ok kali ni nak share skit tips yang aku dapat dari satu website yang sangat particular bab2 organizing and cleaning ni. Tak lain tak bukan , CLEAN MAMA.

So meh aku share pulak, mengikut method yang diguna pakai oleh Clean Mama ni untuk sentiasa rumah tu kemas dan tak memenatkan kita sangat at the same time. Tapi aku olah ikut kesesuaian aku la ya.



Isnin- major cleaning untuk toilet. Yang brkerja opis tu, bangun awal2 pagi boleh spend masa utk toilet cleaning for monday.

Selasa hari untuk lab habuk. Spent masa at least 15 minutes untuk lap2 habuk kat rumah korang pada hari Selasa. Be at the morning before going to work or after work.

Hari Rabu, hari untuk vacuum. Pandai-pandai la korang curi2 masa untuk vacuum. Awal2 pagi sebelum mandi n pergi keja ka apa ka.

Khamis pulak hari untuk cuci lantai, mop ke lap ke. Janji amik at least 20 minutes untuk sweep the floor and mop dia.

Jumaat ni aku change skit, kalau Clean Mama biasa Jumaat ni dia kutip2 balik mana yang dia tak sempat buat. Tapi aku decide untuk hari towels& bedsheets. Kalau Clean Mama dia buat masa Saturday tapi aku takleh wat Saturday sebab biasanya on Saturday laundary loads aku brlambak, baju Anena kt umah pngasuh bagai semua nak basuh hari Sabtu. So pandai-pandai la korang adjust ya.

So hari Sabtu ni aku biasanya akan kutip2 apa yang aku tak sempat buat time weekdays. Time ni la rancang nak beli groceeries ka apa ka. Check balik la kot2 ada check list aku dalam minggu tu yang tak terbuat. Afterall, Sabtu kan family day.

Ahad ni biasanya cuma buat kerja-kerja rutin yang lain macam masak ke basuh baju ke n kemas yang skit2 je, bukan yang major2. And Ahad biasanya sama macam Sabtu, family day.

So, cerita dia sebenarnya jangan la hempuk semua kerja cleaning nak buat satu hari. Memang akan penat la cerita dia. Konsep dia hari ni buat ini, esok buat yang nu pulak. Kan ker senang skit. Takde la rumah tu macam tongkang pecah sangat bila dah masuk weekend tu. Weekend pun boleh chill2 ja ngan suami and anak2 kan. Tak ke best gitu haaa?

Korang kalau nak tips organizing and cleaning boleh jenguk Clean Mama ni. Best website dia...full of tips!


Ok adios



hadoihhhh....
memang macam salah orang ja nak bagi tips ni...
sebabnya....
tips aku kemas rumah...adalah kemas rumah time Adriana tengah duk lena tuu....

tapiiiiii.....
aku kemas dalam 30 minit...akan bertahan lah sampai dia bangun dari tdoq...
bila dia bangun...disaster balik....kadang2 geram...grrrr....tapi nak wat mcm mana kan...sel2 otak dia tengah pesat berhubung tu...

biarkan...

tapi at the same time ajaq dia mana nak simpan balik toys2 dia semua tu...bubuh dalam raga balik sebelum tdoq or keluaq ka....

and biasanya sebelum aku tdoq...which means dia dah tdoq lama dah...aku akan kemas2 skit apa yang patut...

esok repeat jadi balik disaster...

so macam tu la keadaan rumah aku....

hari-hari jugak sapu sampah sebab biasa lah nanti sampah makanan tumpah la..rambut la...maciam2 adaaa

sekarang ni pun wat satu tempat untuk SOHO aku ngn amir...kt dalam bilik ketiga kt rumah ni....ok lah.bilik kecik...just nice...kat situ letak segala stok bagai...
ni meja aku kat dalam SOHO...
JUST NICE....spread the posutive vibes...wehuuu

sebelum buat kerja boleh la macam ni...dah wat kerja mmg takdakla rupa ni...

ni pulak laundary zone aku...sempit...biasa lah..nama pun apartment...mmg sekangkang kera ja lah....nnt ingat nak letak shelf kt atas tu utk susun detergent bagai...tapi tak tau la boss nak tolong drill bilakan...biasa kalau rumah sendiri mmg la lambat...kalau rumah org cepat ja kan encik amir kan???

okla...tu aja tips kemas mengemas dari aku...

macam tak berapa kena ja...apa pun...for safety purposes...rumah memang kena selalu apply konsep 5S...baru la kita selesa dan safety pun terjamin...

till then....

babai






hi korang....

sebenarnya dah lama gila nak update pasal event yang attend ni...thanks to Dumex-Mamil for inviting me...
agak teruja untuk p ke event..almaklumlah kat Penang ni sangat2 lah jarang sekali ada event yang diorganize and invite bloggers...
hihi...tenkiu ya Mamil....

actually event ni berlangsung pada 1st of August yang lepas...dan berlangsung dekat Hotel Eastern & Oriental Penang..bila dapat2 ja invitation tengok dekat Hotel E&O terus ja agree...hihi...sebab dekat kan...rugi kalau tak p...


layan teh dulu...


makan-makan dulu before start event...





Majlis di hostkan oleh Aisyah Sinclair (mak aih cantiknya dia..kulit pun flawless ja nampak)
not only dat...she also shared her experience with her 2 kids...


Majlis drasmikan oleh Jane Ee, Pengurus Pemasaran Danone Dumex (M) Sdn Bhd.

Semasa majlis ni berlangsung antara isu-isu yang dibincangkan adalah kesihatan penghadaman anak-anak tersayang kita.


************************************************************************************************************************************


Penceramah jemputan Wendy Yeow Kim Sian, Pakar Pemakanan Klinikal dari Pusat Pakar Perubatan Loh Guan Lye, yang berkongsi tentang peranan nutrisi dalam membina kesihatan sistem penghadaman yang baik, dan juga bagaimana ia boleh membantu dalam proses tumbesaran kanak-kanak secara keseluruhannya. Dalam talk ni, beliau ada menerangkan betapa pentingnya pengambilan air (masak) yang secukupnya dan jugak kepentingan fiber untuk penghadaman anak-anak kita.

“Kepelbagaian, keseimbangan dan kesederhanaan berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Malaysia adalah kekunci utama untuk nutrisi yang baik untuk kanak-kanak,” kata Yeow, yang berpengalaman lebih 11 tahun dalam bidang pemakanan klinikal.


boleh rujuk table kat bawah as reference untuk kita check balance ke tak pemakanan anak kita


Tambah beliau, panduan ini juga menekankan kepentingan minum air kosong yang mencukupi – kanak-kanak berusia antara 2-3 tahun harus minum 1-2 gelas air kosong sehari sementara yang berusia 4 tahun ke atas harus minum 6-8 gelas sehari.

Kaitan antara Pemakanan dan Sembelit

Sistem penghadaman memainkan peranan penting dalam kesihatan dan tumbesaran seseorang kanak-kanak , dari memastikan penyerapan nutrien yang baik serta membantu fungsi imunisasi . Sebenarnya, 70% daripada sel imunisasi terletak dalam sistem penghadamaniv, yang bertindak sebagai sebahagian daripada baris pertahanan pertama tubuh dan juga sebagai penghalang bakteria merbahaya.

Justeru itu, masalah penghadaman di kalangan kanak-kanak mungkin akan menjejaskan pertumbuhan mereka. Pada masa yang sama menyebabkan masalah sembelit dan masalah pembuangan air besar.

“Ketidakselesaan yang berpunca daripada sembelit boleh bertambah teruk; apa lagi jika ia sembelit yang berulang atau menjadi tabiat. Ibu-ibu perlu menangani masalah ini dengan pantas dan efektif,” kata Yeow. “Selain daripada memastikan kanak-kanak mendapat air dan serat yang mencukupi dalam pamakanan harian mereka, masa tandas yang tetap dan makanan tambahan seperti susu untuk membesar yang diperkuat dengan prebiotik GOS dan IcFOS dapat membantu kesihatan penghadaman yang baik termasuk memudahkan pembuangan air besar.”

************************************************************************************************************************************

oklah...ni aku nak share few useful tips...
macam mana nak kenal pasti anak kita ada masalah penghadaman ka apa ka...
ya melalui stool dia..or poo poo dia or najis dia....

meh usha ni meh

pic courtesy to Dumex Mamil


eleh...geli ker?takyah nak geli sangat lah...bila anak kau 2 3 hari tak membuang..kompem kau akan rindu poo2 dia...poo2 dia ibarat mutiara tau dak...hahahah


ni pulak tips dari Mamil untuk healthy gut...korang boleh refer ok...

so masa event ni jugak ada sesi soal jawab dalam group..kami akan discuss psal masalah-masalah penghadaman anak..so untuk table aku.. luckily kami dapat org kuat Mamil...Jane Ee lagi...so banyak jugak dia shared pasal tips kesihatan penghadaman anak-anak. very useful sangat-sangat

lepas dari discussion tu....kami ada pulak sesi Ibu dan Make Up by Laura Mercier oleh Samson Chan yang juga seorang MUA..
kiranya dia ajar how mother can groom in 5 minutes gituu haaa...lepas ja dari tu..ada sesi bergambar berasmai-ramai...


group photo...


sesi memanjakan diri...tengah tunggu turn ...hihi


dan lagik kan......


kebetulan jumpa sepupu husband yg join event ni..apa lagik..harus la bergambaq kan...


cantiknya Aisyah..gemoknya aku!


amcam?lain tak lepas sesi manjakan diri dengan Laura Mercier? memang saja ja request kaler merah tu..bila lagi nak bagi org make up muka kita kan..Laura Mercier pulak tu....

yang bestnya diap dapat Goodies bag dari Mamil dengan Laura Mercier lagi....

thank you Mamil for inviting me....bagi korang yang nak tau lebih info pasal Mamil...boleh la click MAMIL
banyak tips pasal kesihatan anak korang boleh dapat kat situ...
Hai korang.

Kali ni meh nak share skit tip jimat nak beli bahan rumah. Ya lah sekarang ni apa-apa pun kena jimat noks. Tak jimat nanti Najib murka macam mana nok. Jenuh nak ngadap Kak Mah seumor hidup! Bahaha

Ok tips yang pertama , yang ni untuk detergent baju hampa. Hampa suka beli yang macam mana? Beli yang biasa ka then beli softner asing ka macam mana?
Aku dulu memang suka beli detergent yang murah and then beli softner downy yang hitam Mystique tu in fact sampai sekarang aku stil suka yang tu untuk rendam tudung-tudung aku.
Tapi sekarang ni aku lebih prefer detergent yang sekali dengan softner. Macam fab ni.


Suka sangat-sangat bau dia. Kadang-kadang sental toilet pun pakai ni. Apa de hal kan. Bau wangi. TETAPI meh aku nak SHARE sikit, kadang-kadang cuba check untuk size yang kecik tu and then compare kan berat yang besar dengan harga. Macam lani untuk Fab Downy dan Fab yang bau lain-lain tu harga dia untuk 800g RM4.50. And untuk 2.3kg harga dia RM13.90. So mana yang sebenarnya lebih untung? Cepat-cepat kira dalam otak tu. Biasa kita akan set kan dalam otak kita beli yang besar lebih jimat. Tapi tak semua macam tu ya. Sebab tu otak kena cepat2 calculate time nak beli tu.

Kalau based on calculation aku,
Peket kecik= 800g × 3 pek=2400g= RM4.50×3=RM13.50
Peket besar=2300g= RM13.90

STILL HAMPA UNTUNG RM0.40 DAN 100G. SAPA NAK BAGI WOI?

Next pulak.

Untuk body bath, ada yang tiap2 bulan angkut botol yang berbeza2 ka?
Macam aku memang suka konsep refill ja. Agak nampak tinggal suku memang aku akan topup ( sama jenis la)


Ni antara brand yang aku suka Palmolive. Tapi sekarang sejak2 buat sabun homemade sendiri lambat betul body shampoo aku nak habis. Memang aku jenis banyak body shampoo sebenarnya. Sebab tu prefer beli sekali dalam botol and then bila da luak aku topup ja. Bau main rotate2 sebab suka bau yabg berbeza2 ikut mood aku.

Tu cerita bab bahan mandian and bahan basuh baju. Macam mana yang part stock makanan pulak?

Aku bet semua kalau beli bahan makanan suka beli yang size besaq kan. Sama la macam aku. Beli rempah kunyit nah haiii amik yang macam nak meniaga. Walhal bukan hari2 pun goreng ikan or ayam. Bila dah lama sangat buka ( even da ikat getah or simpan dalam bekas) lama kelamaan percayalah rosak jugak rempah2 yang dibeli tu. Habih la bubuk2 mak nenek tu mai. Sayang oi...

Sekarang ni aku da bijak dah skit. Beli ja size yang patut padan sebab size kunyit adabi yang paling kecik tu pun berbulan2 nak abih. Kalau besaq makan tahun la jawabnya. Point is dont be bodoh to buy beyond ur usage. LESSON LEARNT OK! or else kena duk de clutter kitchen sokmo lepas 4 5 bulan sekali kan.


Beli ja kecik macam ni. Pastikan Adabi...
Melazatkan adabi menyelerakan. Mengandungi pelbagai rempah melazatkan kari dan kuah.heyyy.

Termelalut pulak.

Oklah tu ja tips untuk hari ni. Len kali aku share lagi na.

posted from Bloggeroid

Aku baru ja buat spring cleaning /  decluttering baju-baju yang da lama terperuk and tak pakai. Fuhhhh ingat skit ja baju aku. Rupa-rupanyaaaa... Ya Rabbi.

Insaf aku. Malas dah nak beli baju-baju pasni sebab balik-balik akan baju kering yang belum berlipat lagi. (Pffttt gila pemalas and baloq kan..who care...)

Melawak tak melawak la. Ada orang cakap jual prelep..bagi kat orang. Sebenarnya ada baju-baju tu yang da koyak-koyak n bertompok-tompok sebab dah lama terperuk tak pakai. Takkan nak bagi kat orang kan? Memang tak gamak kot.
Cuci dulu seblum bagi kt org utk hilangkan tompok? 😌😌😌 hmmm je lah..baju yg duk ada pun da banyak nak kena basuh... ni nak tambah pulak..alahai..alahai...


Bayangkan banyak mana duk simpan.


Lega bila da buang baju-baju yang banyak tu. Lega wei bila decluttering ni. Lapang skit dada rasa.



Sama gak ngn baju-baju anak, memang da declutter jugak bagi nampak helok skit drawer depa. Banyak juga baju budak 2 ketul ni. Kalau ikut sayang, semua pun sayang nak buang. Ada yang separuh bagi kat orang sebab stil elok lagi kan. Need to find space sama. Kesian juga kat Si Aishah asyik pakai baju buruk kakak dia. I mean memang totally buruk sampai berbulu kot. Kakak jenis rangka kecik. Baju 6 m pun boleh pakai sampai dekat 2y+. So memang kakak dulu memang pakai baju lenjan2 belaka. Mai kat adik baju da buruk2 and bulu2. Kesian ngat aih. Adik lani, baju kakak 2-3 y pun da boleh pakai. Tu sekali dia debik muka kakak dia boleh pegsan terus.

Lagipun duk gila bagi depa dua pakai baju sama. Saja la mama depa nak buat boria kat depa.


Lega da tengok bersusun rapi skit. Kalau tak penuh sampai tak tau nak sumbat mana dah. Stress gila mama ni.


Ni si adik Aishah punya. Ni pun ada keluarkan untuk bagi kt yang memerlukan.

Bila hampa start decluttering barang-barang hampa yang da tak guna tu kan hampa akan rasa lapang and lebih efficient. Tak percaya cuba try. 

Satu ja tips decluttering ni, of coz hampa jangan duk sentimental and duk rasa sayang semua nak simpan. Konsep dia kalau baju tu hampa da tak pernah nampak lebih dari setahun..maka, wajib la hampa masukkan ke dalam plastik hitam. Senang kan tips dia....muahahah..lagi satu hampa boleh refer tips decluttering dari Konmari. Memang tu dia ajaq secara details la. Apa tu? Gugel plisss


Assalamualaikum



Kali ni nak share pasal satu lagi tips penyimpanan daun kesum & daun Pudina supaya kekal Segar dan fresh.


Kutip sayuran di balcony. Yang daun bayam Brazil tu dah selamat buat lauk dah. Yang dua lagi tu banyak sangat so kita simpan yek. 


Tips aku sennag ja... Korang bersihkan Elok2 dan masukkan dalam plastic and then terus belikan dekat kawasan freeser tu. Dengan cara ni daun2 tu akan kekal Segar. Bila nak Guna keluarkan terus boleh guna sama ada dalam Masakan or minuman (mint).


Jangan lupa labelkan. And lagi satu buat siap2 untuk sekali Guna ya. And plastic ni reusable Guna la selagi boleh guna. Bukannya kotoq pun kan dalam dia. 


Simpan dalam freeser. 


Ni lepas dibekukan and nak Guna untuk letak dalam ayaq Teh o. 


Fresh sama sbijik macam baru lepas petik. 


Yang daun kesum dah selamat buat asam pedas kot. Ada lagi dua plastic. 

Sennag bila simpan macam ni.. Xdak la isi daun2 tu cepat rosak ka. Nak makan or masak pun senang ja bahan-bahan dah ada. Tak perlu nak mnggelabah nak kena pi kedai beli bahan macam ni kan.

Teringat dulu masa amik Bioprocess fyp aku kena freeze dry kan beatle leave extract aku guna freeze dryer. Seronok bila buat tu from zero, cari daun2 sireh dekat rumah2 orang kampung kat Naning tu. Lepas tu balik cuci... Blend daun2 tu.. Then extract pulak... Dah lepas extract, freeze dry kan pulak.. Lepas tu dapat sireh powder tu kapsul kan pulak. Gila buat kena cermat gila sebab sireh powder tu kalau exposed dengan air akan cepat keras. Pengalaman btul.

Sebab tu la aku menyampah betul dengan pesen2 orang suka kondem orang frozen kan food diorang ka apa ka. Memang tak pernah dengaq ehh pasal frozen technology. Memekak ja cakap laki saya tak lalu frozen food la apa. Kakak oiii.. Lauk frozen ni penting time ko malas masak. Xpayah la hari ni masak.. Lepas tu ko frozen kan.. Esok jugak ko makan... Cuba makan seminggu lagi.. Panas kan.. Laki ko pun x sedaq tu lauk frozen. Kecohhhh macam la makan nugget tu bukan Sejenis frozen food. Kahkah

OK terkutuk sat.... OK lahhh.. Baiiiii








Holaaaa...
As i mentioned earlier in my previous post, I'm in a process to reduce my calories in take so that I can reduce my body mass. Pftttt...penat wei kadang-kadang tu dengan lelemaks ni.

So seperti mana yang hampa tau, kami banyak follow tips from Kevin Zahri sebab tips dia antara yang sesuai untuk kami. Tapi ada orang kata tips kami ni sebenarnya sama dengan Atkin stage apa ntah. Kami tak pasti sebab kami tak study pasal Atkins. Kami cuma watch calories in take kami ja hari-hari.

So far, Alhamdulillah dari boleh belasah nasik 2 pinggan satu session sebab sentiasa lapaq sebab duk bf mek tembun ni, berjaya gak control portion nasi kami.

Jom tengok kami nak share skit menu #eatclean untuk #aliafitjourney.


Teringin nasi lemak punya pasal tapi yg ni nasi kosong ja


Chicken n vege grilled!


 Lamb grilled with salad n cherry tomatoes


Kerabu togey n kerang




Padprik


Siakap fillet n terung belanda.

Nampak macam banyak kan...

Nia dia trick kami pakai...
Guna small plate untuk makan. So otak kita pun baca macam kita makan banyak. Sungguh tricks ni menjadi kot.

Nak tengok plate ni besaq mana?


Pic credit to Google.

Tu haa plate kecik ataih tu haa.

Tapi bila full macam tu nampak banyak..n otak pun pikiaq kita makan banyak..serius menjadi wei trick ni.

Ok la chow...len kali kami update lagi naaa


Tips Memilih Rumah Sewa

by Alia Farhan, 1:40 AM

 Memilih rumah sewa kadang-kadang memeningkan kepala. Lagi-lagi kalau baru first time nak hidup sendiri lagi-lagi bagi fresh grad yang baru nak mula hidup sendiri. Tak kurang juga yang memilih untuk menyewa walaupun sudah berumahtangga disebabkan faktor lokasi tempat kerja yang sering berubah( relocations etc). Kita selalu dengar orang cakap rugi hidup menyewa ni, baik beli rumah sendiri and duduk. Tapi hidup ini tak seindah itu. Hidup manusia ni kan macam-macam corak. Kita tak boleh cakap what the best for us is best for others kan. So it’s never wrong to rent pun. Lagipun kos jual beli rumah ni bukan senang and murah.

Pernahkan anda mendengar dengar rawatan kecantikan menggunakan kuib ais ? Adakah rawatan kuit menggunakan kuib ais ini benar - benar berkesan ? Moh la kita tengok apa faedahnya membuat rawatan kulit menggunakan kuib ais .

Cantikkan Kulit Wajah Dengan Ais

Cantikkan Kulit Wajah Dengan Kuib Ais

Ada beberapa manfaat yang anda boleh dapat apabila membuat rawatan kulit wajah menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam . Mudah sahaja sebenarnya cantikkan kulit wajah dengan kiub ais ni .

Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais ;

1- Kiub Ais Menjadikan Kulit Bercahaya

Bila anda meletakkan kiub ais di atas kulit anda , kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit anda akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi . Untuk memberikan kesan yang lebih , anda boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas wajah anda .

2- Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda

Penggunaan kuib ais dapat mengurangakan noda pada wajah dan radang serta kemerahan jerawat . Anda boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas . Anda boleh lakukannya setiap pagi dan malam.

3- Kiub Ais Dapat Merawat Bulatan Hitam

Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam . Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam .

4- Kiub Ais Sebagai Penyegar Kulit

Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Anda boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang - liang pori mengecil . Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna .

5- Kiub Ais Sebagai Pengganti Alat Solek

Anda tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek ? Jadi , letakkan sahaja kiub ais di wajah anda menggunakan kain balut . Ianya akan menjadikan wajah anda kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek .

6- Kiub Ais Menghalang Kedutan

Penggunaan kiub ais pada wajah dapat melambatkan wujudnya garis - garis penuaan serta mengurangkan garis - garis penuan yang sedia ada .

Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Wajah

1- Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi anda perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah .

2- Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas wajah akan memberi kesan yang sama sekiranya anda meletakkan kiub ais tanpa membalutnya .

3- Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit . Oleh itu , jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas wajah anda .

4- Anda juga dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit wajah yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama .

5- Sekiranya anda merasa tidak selesa , berhentilah . Elakkan meletakkan kiub ais di satu - satu tempat melebihi 15 minit .

6- Anda boleh mengisi kiub ais dengan air rose , lemon , teh hijau , teh chamomile , timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit wajah anda .

Mesti korang suka bila baca manfaat kiub ais ke atas kulit wajah dan tips - tips penggunaan kiub ais . Apa lagi , jomlah cuba . Nak membuatnya pun senang je . Cuma korang kenalah merajinkan diri . Sambil goyang kaki tengok drama korea sambil letak kuib ais pada wajah .


*** aku memang kalau make up untuk bersanding ke outdoor ka memang aku akan pesan awal2 dekat pengantin suruh letak ais sikit kat muka diorang. Salah satu tujuan muka akan glow n moist. Pastu make up pun akan tahan lama. Lagi2 nak outdoor xda la muka kau bercapuk sana sini ha.

Apapun tempahan untuk make up sanding, dinner , bertunang, dll utk 2016 masih dibuka tau. Berminat boleh whatsapp 0133363775
Tips ini asalnya diterbitkan di FB Wall Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang banyak berkongsi tentang pengurusan kewangan peribadi dan juga penulis buku Mudahnya Beli Rumah.

Tahun baru, harga barang banyak yang naik. Suka tak suka, ada barang yang terpaksa dibeli walaupun harganya lebih mahal dari tahun lepas.

Kali ini kamu mahu kongsikan pula 35 cara untuk anda kurangkan perbelanjaan. Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat memberikan idea untuk anda berjimat cermat.

tips-jimat-belanja

KURANGKAN PERBELANJAAN

Jika kita tidak mampu tambah pendapatan di tahun 2015 ini, kurangkan perbelanjaan.

1. Batalkan langganan Astora anda
2. Guna lampu led
3. Kurang guna handphone
3. Berhenti beli majalah, akhbar dan mastika. Baca online saja
4. Hentikan keahlian gym atau golf anda, padang taman percuma
5. Bandingkan harga sebelum beli
6. Guna email ianya percuma
7. Beli barang dapur dalam jumlah banyak
8. Kurangkan wang dalam dompet
9. Banyak dirumah dari di pasaraya
10. Perpustakaan itu percuma
11. Jangan ke restoran sebaliknya ke gerai saja.
12. Pergi kedai seminggu sekali
13. Patuhi peruntukan belanja anda
14. Beli pakain hujung musim
15. Barang terpakai bukan dosa
16. Sewa bilik jika kita bujang
17. Jangan beli kereta jika masih bujang
18. Berhenti kesalun dan spa, potong timun letak dimata
19. Teliti kembali takaful anda, jangan sampai lebih belanja
20. Bawa bekal tak mengapa
21. Air kosong tetap sihat dan nikmat
22. Jangan merokok
23. Naik kenderaan awam, banyak awek di dalam
24. Kawasan perumahan yang lebih murah
25. Tukar jenama lebih murah
26. Hanya satu kad kredit had terendah
27. Mintak diskaun sebelum bayar
28. Beli bila ada diskaun
29. Tukar kenderaan kepada viva saja.
30. Melawat tempat yang percuma.
31. Beli bila ada tawaran saja
32. Henti beli dan belah
33. Nak jimat buat ulam, makan timun yang letak dimata
34. Kuih raya 3 jenis saja, siapa makan banyak kena denda
35. Baju raya untuk kanak kanak saja

Sila tambah apa yang anda lakukan, mungkin membantu yang lain.

Tidak semua orang bijak tambah wang, jika kita belum mampu mulakan dengan berjimat dahulu.

Wallahu A’llam

posted from Bloggeroid

 Berbalik kepada kisah  Kashmir Winter/ Spring Trip kami pada bulan 3 yang lepas. Kali ni sambungan berkenaan house boat di Dal Lake, Srinagar. 

I was actually not keen to write this part as i found that some of my past memories in Kashmir at this houseboat was not somethinh i fond of but let me just tell u guys quickly as reminder ya so that none of you had to deal this again


As we all know, Kashmir ni bery famous with the house boat. And all the house boat located in Dal Lake.
Haiiii semua... Sehat ke tuuuu duk rumah2 time MCO ni? Mesti ada time rasa boringgggg gilaaaa kannn.. Golek2 sana sini... Golekkk lagi smapai kadang2 rasa macam aduiii nak cakap dengan dinding dahhhh.... Hahhahhaha... Oklah kali ni nak share pasal mommies bloggers yang korang patut follow.


Credit to Google 



Sebabnya dari korang boring boleh jugak baca-baca and dapat input dari 25 orang mummy bloggers yang aku akan cakapkan ni.


Credit to Google



1. Siti Awadah

www.sitiawa.com

Ni la kak long kawasan ya. Kak Awa ni lah founder Bite consultant. And bawah Kak Awa ni la aku banyak belajar pasal SEO and memang sangatlah pro bab2 blogging ni. Nak berguru pasal SEO ka boleh la follow Kak Awa.


2. Nor Azlina Mohd Ali

www.ehbelogaku.com

Kalau hampa suka memasak, suka baking ka memang wajib la follow Ina sebab Ina bab memasak ka bab bakng ka memang pro. Aku suka tengok dia share pasal resipi-resipi semua tu. Nampak mudah untuk kita follow.

3. Khalisah Hazrina.

www.khalisahazrina.com

Lisa ni antara work from home mom macam aku jugak. Suka baca tips parenting dari Lisa. Wajib kena follow ok!


4. Mimi Azirah

www.mimiazirah.com

Dak Mimi ni memang terkenal dengan pinkish2 dia. Aku suka follow dia sebab bahasa Dak Mimi ni guna pun kena dengan jiwa aku. Dak Mimi banyak share pasal lifestyle n etc. Seronok baca wei!


5. Fadzi Razak

www.fadzirazak.com

Fadzi ni aku paling suka tengok gambar-gambar dia captured dekat ig ka dekat blog ka..semua lawa-lawa. Niche blog Fadzi more to lifestyle. Seronok baca perkongsian Fadzi pasal parenting, pasal photography and macam-macam lagi.


6. Azlina Alin

www.azlinaalin.com

Kak Alin ni aku dah lama follow dia. Suka sebab dia seorang working mom yang sangat bagus dalam membahagikan masa antara kerjaya dengan anak-anak. Memang seronok baca perkongsian kak alin pasal parenting and macam-macam lagi.



7. Maria Fridz

www.mariafirdz.com

Blogger Maria adalah seorng pendidik anak bangsa dan emak kepada 4 orang cahaya mata.Suka baca perkongsian blogger Maria ni. Well u know cikgu2 kan ayat-ayat depa sangat sedap didengari. Tak macam aku kadang2 kuat merapu.


8.  Fiza Izawa


www.fizaizawa.com

Blogger Fiza Izawa banyak berkongsi oerihal lifestyle,travel, resipi dan event.  Macam2 perkongsian yang kita boleh dapat dari post Blogger Fiza Izawa ni


9. Shalimar Yusuf

www.shalimaryusof.com

Blogger Shalimar banyak berkongsi menu-menu menarik sepanjang PKP/MCO ni..korang kalau takda idea boleh la pi cilok resipi-resipi dia.  Mana tau lepas tu terus ada idea nak masak apa ka.



10. Ape Kinah

 www.apekinah.com

Blogger Kinah ni antara blogger yang banyak berkongsi hal-hal kecantikan. Suka baca review pasal produk kecantikan dekat blog dia. Bahasa dia simple dan mudah difahami. Wajib follow untuk hampa tau pasai produk kecantikan yang best-best sekarang.

11. Kisah Si Diary

www.kisahsidiary.com

Blogger Kak eda ni merupakan blogger dari JDT.  Kak eda banyak share pasal anak-anak dia, travel , tips produk review dan macam-macam lagi. Wajib tau untuk hampa semua follow Kak Eda ni.



12. Fiza Rahman

www.fizarahman.com

Kak fiza merupakan seorang working mom kepada 4 orang anak.  Kak Fiza banyak cerita pasal lifestyle, resipi, anak-anak dan review. Suka baca apa yang Kak Fiza coretkan. banyak benda boleh belajar dari perkongsian Kak Fiza ni.


13. Yati Zul

www.yatizul.com

Blogger Cahaya Hayati adalah antara mummy blogger yang aktif dari 2010 lagi. Blogger Cahaya Hayati ni ber niche lifestyle dan banyak kongsi benda-benda menarik. Ada part parenting, ada part resipi, ada part agama...seronok baca. Wajib hampa follow na..



Credit to Google 



14. Shahada Fauzi

www.shahadafauzi

Suka baca celoteh Ciksha ni dekat fb. Blogger Ciksha ni selain daei blogger, dia juga adalah freelance designer untuk blog. so hampa yang baru nak berjinak dengan blog and naak design blog boleh la ontact Ciksha ya.



15. Ummi Zarra

www.ummizarra.com

 Blogger Ummi Zarra ni merupakan seorang pendidik. Dalam blognya, Ummi Zarra banyak berkongsi resipi-resipi menarik yang boleh mak-mak sekalian cuba.

16. Kak Gojes

www.kakgojes.com

Blogger yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah. Merupakan blogger yang aktif berblogging dan memounyai hobi membaca novel. Sapa kaki novel..boleh la baca follow kak gojes ya


17. Eswati Azni

www.modernmummythingy.com

Blogger Kak Azni ni ku suka betul tengok gambar-gambar dia. Lepas tu Kak Azni ni sangat lah awet muda. Suka tengok style Kak Azni ni. Vogue sangat. Korang wajib follow ok.


18. Mrs Liez


www.mrsliez.com

Blogger Liez ni banyak share resipi- resipi menarik. Selain dari tu dia banyak jugak share pasal parenting and maam-macam tips. Best baca blog liez ni.


19. Umi Fuzy


www.iamfuzy.com

Kak Fuzy ni kira orang lama jugak dalam dunia blogging ni. Banyak jugak event yang Kak Fuzy rajin join. Memang salute dengan Kak Fuzy ni.




20. Aida Hanafiah

www.adianiez.com

Kak Aida ni salah seorang blogger yang bekerjaya and tak silap dalam bidang undang-undang jugak.  Suka sebab blog Kak Aida banyak share psal parenting and lifestyle. Seronok baca. Mak2 kan memang macam ni.


21. Shamiera Osment

www.shamieraosment.com

Medium bahasa yang Shamiera gunakan adalah English. Suka dan kagum dengan orang yang blogging in English ni. Aku  pulak biasanya suka camour-campur.But i love reading someone using English as their medium esp kalau blogger tu blogger Melayu.

22. Zaidalifah Aisheteru

www.bondezaidalifah.com

Panggilan untuk Blogger Zaidalifah ni Bonde! kita suka baca blog Bonde sebab Bonde. Sebab bila baca blog Bonde rasa mcm mak2 kita gak bahasa lembut Bonde tu. I love u Bonde!


23. Junaidah Mohit

www.ajumohit.com

Belia lebih mesra dengan panggilan Aju. Seorang mummy yang bekerja di PUNB. Korang nak tau pasal pelaburan boleh la tanya Aju. hehehe


24. Mrs Pip

www.mrspip.com

Mrs Pip ni blogger dai Sabah juga. Seorang ex engineer seperti aku yang ambil keputusan to become fulltime housewife. Seronok baca ceriat Mrs Pip ni ya.


25. Marshaliza

www.marshaliza.com

Marsha, merupakan seorang guru dan menetap di perak. Suka baca blog Marsha ni sebab dia banyak cerita pasal lifestyle and event larian yang dia join. Yang suka join larian boleh la follow Marsha. Selain tu, Marsha ada juga cerita pasal kesihatan dan merupakan SID Shaklee yang sah.


Credit to Google 

Jom hampa semua.... Kita pakat2 follow mommies bloggers yang aku cakap kat atas ni.... 




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS