StaySurance personal accident coverage is made available at no additional charge and includes daily hospital cash benefit of up to USD 100 per day in the event of a positive diagnosis for infectious diseases such as COVID-19

MALAYSIA, 22 September 2021 – The Shangri-La Group’s seven hotels in Malaysia are going the extra mile to provide staycation guests with added confidence now that intrastate tourism has resumed for states that have transitioned to phase 2 of the National Recovery Plan.

First Outing...

in , by Alia Farhan, 1:55 AM

 Rasa macam feel dia lain pulak bila dapat bawak anak-anak ke mall. Alhamdulillah rasa da macam dulu-dulu... Accept the crowd was less crowded. Mall yang kami pi pun tak ramai orang.. Alhamdulillah.

Kalau dulu pantang weekend ja asyik beria dah dekat dalam mall.. Habis satu mall tu kami tawaf... Hahahha... Hari Sabtu lepas masa ajak husband lepak-lepak.. Husband tanya nak ke Queensbay ka ke mana.. Cepat-cepat jawab nak ke Gurney. Sebab hari sebelumnya aku dengan husband dah ke Queensbay untuk groceries shopping... Hari Jumaat pun macam ramai orang dekat Gurney tu...

So to play safe ajak la dia ke belah-belah Gurney sana... Bila nak naik ke tempat parking tu nampak parking banyak kosong... Legaaaa aa tak ramai orang. Kalau sebelum Covid tu hmmm ja lah nak cari parking kalau weekend tu kan... But rezeki la tak ramai pun orang time tu. .... Syukur....


Awal-awal da janji nak belanja ice cream kan.. So kena la belanja kan... 

Cerita dia hari ni keluar groceries shopping dekat Queensbay dengan husband... So alang2 da keluar.. Tapau la lunch sekali kan... So plannya nak tapau Manhattan Fish Market. Last makan masa bukak puasa hari tu sebelum semua kena gari takleh balik beraya tu... Hahahah...

Tapi masa lalu nak ke Manhatan Queensbay tu akan lalu dulu The Little Nyonya tu. Aduh nampak gambar Udang Petai dia.. Mngundang betul lah... Sedapnya duk terbayang sambil-sambil tu jeles sebab tengok orang dine in.. Tapi xpa.. Tunggu sikit hari ja lagi suami aku dah kuning status vaccine nya boleh la bawak anak2 sekali dine in kan... Rumah dengan Queensbay pun xjauh mana kot....


 Assalamualaikum.... 


Dah lama tak update blog. Sebenarnya dua tiga menjak ni ada satu perasaan "down" bila tengok jumlah jangkitan Covid di Malaysia ni. Tambah lagi kadang-kadang lalu lalang cerita kematian orang-orang yang terdekat. Hati ni rasa pedih dan sedih. Susah nak gambar kan perasaan tu. Tapi Allah Maha Kuasa kan. He knows what the best for us

Dalam Islam pun ajar kita kepentingan menjaga nyawa kita. Salah satu Ikhtiar yang Allah bagi untuk kita adalah vaksinasi. Vaksinasi ni bukan cerita baru ya. Vaksin ni dah bermula dari zaman kerajaan Turki Uthmaniyah lagi. 


Islam dan Asal Usul Kaedah Vaksinisasi



Di Negara Barat pada ketika Wabak Smallpox sedang mengganas meragut nyawa, lain halnya dengan Dunia Islam dibawah kepimpinan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Kaedah “Inoculation”, kata lain yang merujuk kepada kaedah Vaksinasi telah meluas digunakan dan dianggap sebagai satu tradisi turun temurun dimana setiap warga menormalisasikan kaedah tersebut untuk melawan jangkitan wabak pembunuh. Kaedah tersebut sangat popular samada di Palestin, mahupun di Afrika Utara yang telah menggunakan kaedah “Inoculation” sebelum tahun 1700 lagi, lama sebelum Negara Barat mengenali kaedah ini.

Sumber The Diagnosa

Selain dari Ikhtiar dengan vaksin, Allah pun dah cakap tidak ada penyakit yang tiada penawarnya.




TIDAK ADA PENYAKIT TIADA PENAWAR




WQS. Yunus Ayat 57

 

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاۤءَتْكُمْ مَّوْعِظَةٌ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَشِفَاۤءٌ لِّمَا فِى الصُّدُوْرِۙ وَهُدًى وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ


57. Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.



QS. An-Nahl Ayat 69

 

ثُمَّ كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۗ يَخْرُجُ مِنْ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ ۖفِيْهِ شِفَاۤءٌ لِّلنَّاسِۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ


69. kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.


Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya: 

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah" 

(Riwayat Muslim dan Ahmad) 

Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh". Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu  sudah diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.  

Sabda Nabi Muhammad s.a.w juga: 

"Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)” 

Mengubati penyakit adalah menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Setiap satu penyakit bukan saja ada satu malah berkemungkinan mempunyai puluhan ubat. Kajian demi kajian dari semasa ke semasa telah membongkar rahsia alam semulajadi yang memiliki kuasa penyembuhan yang amat bermanfaat. 

Inilah patut dicari oleh manusia dengan anugerah mindanya kerana tak semestinya penawar itu diberikan secara bulat, nyata dan jelas macam tu sahaja. 

Bayangkan tumbuhan hutan semulajadi yang menjadi khazanah berharga dan hanya tumbuh di lantai hutan. Namun siapa yang mampu masuk jauh ke dalam hutan untuk semata-mata mencari cendawan yang tumbuh dari titisan susu harimau? 

Di sini lah saintis berperanan mengaji dan menghasilkan ubat-ubatan mahupun supplement yang memudahkan manusia mendapat khasiat daripada nutrisi anugerah Ilahi dengan cara mengekstrakkan bahan berharga dan kaya khasiat tersebut seterusnya menyediakannya  dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan dengan hanya dalam satu tablet.

Apa yang penting Kita Ikhtiar selagi ada nyawa di badan. Menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memilih yang baik dan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.

Dalam berdepan dengan wabak Covid 19 ni, selain berikthiar dengan vaksin untuk mencapai imuniti berkelompok, aku juga mengambil makanan tambahan atau supplements yang kaya dengan Vitamin C untuk menyokong immune system badan aku ni. Latest ni aku mencuba Diffenz keluaran Eskayie™. Eskayvie Diffenz ni diformulasikan bagi membantu meningkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.





And untuk pengetahuan korang, Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Part ni kena pilih betul-betul ya.




Jom tengok apa yang Bestnya tentang Diffenz ni

Diffenz Membantu:

  • Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
  • Meningkatkan Sistem Imun Badan
  • Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
  • Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
  • Menyokong Kesihatan Sendi
  • Menyihatkan Jantung
  • Memberikan Tenaga
  • Mengawal Gula di Dalam Darah
  • Mencantikan Kulit
  • Anti Kanser & Anti Virus











And 4 Kelebihan Diffenz adalah :


1. Kaya dengan Vitamin C dan D

Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.


2. Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu

Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningktkan perlindungan dalaman.


3. Gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet

Kandungan aktioksidan dan bahan aktif yang mencegah penyakit kemerosotan diri,


4. Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat

Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja.Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.




Testimoni Pengguna Eskayvie







Bagaimana covid telah mengorbankan seorang insan yang bernama Ibu - Erin



 
 
Hakim yang telah pulih dari Covid


 


Bagi yang berminat nak mencuba supplement Eskayvie Diffenz ni... Boleh la Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda.

Boleh juga hubungi 03-5511 1050 /60 19-608 3027 untuk maklumat lanjut. 

 

Untuk info lanjut boleh layari:

 

Website: www.diffenz.com 

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official 

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/ 

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita


 Assalamualaikum...

Sihat ke tu? Aku Alhamdulillah sejak2 dua menjak ni rasa happy la skit bila tengok angka2 jangkitan Covid 19 da nampak trend menurun.. Alhamdulillah rasa syukur sangat. Semoga Allah jaga kita semua kan.

Semalam ada la survey-survey 1 ekor ayam.. Mak2 boleh masak berapa kali. So macam-macam la jawapan yang aku dapat. Ada yang sekor ayam sekali makan... Ada yang sekor ayam dua kali makan... Ada yang boleh 4 kali makan... Wowwww sangat... Macam aku ni... Memang selalunya kalau nak masak ayam ni memang biasanya akan masak kalau potong 12 tu... 10 ketul tu buat masak untuk dua kali makan. Kadang-kadang kalau budak2 ni repeat makan nasi masa petang tu sebab lapar.. Ada chance malam tu ayam dah habis and kena goreng ikan untuk makan malam tu.

Tu baru dua orang anak makan lauk.. Fuhhhh... Memang boleh tahan la.. Lauk beli tu sat ja luak dalam peti sejuk tu. Ayam pulak sekarang ni makin mahal.. Ikan lagi la tak payah cakap.. Sama naik ja dengan harga daging 😂😂😂

Ok la... Dah habis bab tu... Aku nak share satu resipi yang best. Ayam Masak Chiangmai nama diberi.  Actually ni aku pernah makan masakan ni masa order food delivery yang buat Nasi Kenduri.. Lauk2 dia semua ala2 nasi kenduri. Salah satu menu dia Ayam Chiangmai ni lah... Sedap pulokkk rasa dia. Nak buat pun senang ja.. Tak susah mana pun... Tapi sedap! Tu yang penting!

 Ada kat sini penggemar laksa tak? Laksa ni kan sinonim la dengan masyarakat kita ni.. Ada macam-macam laksa kat Malaysia ni..Laksa Kedah Laksa Penang/Asam Laksa, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Nyonya, Laksa Ganu n macam-macam lagi. 

Kalau tanya aku terpaling favourite aku adalah laksa Sarawak dan laksa Siam. Yang lain tu makan ja.. Tapi takda lah macam craving selalu nak makan macam sesetengah orang tu kan... 

Kalau laksa Siam ni aku suka sebab laksa depa ni kita makan dengan macam-macam jenis ulam. And aku pulak kan sejenis hantu ulam... Memang onz sangat lah kan.... 

And kalau aku pi sana.. Especially kalau bawak mak aku.. Kami akan ke area Pak Bara/ Satun semua tu sebab mak aku dah boring nak layan Hatyai... Dia kata Hatyai bersepah2 dengan orang Malaysia lepas tu mahallllll.... Kalau kat Pak Bara ni best.. Makanan dia murah2 kalau nak compared dengan Hatyai... N mak aku pun paling enjoy kalau pi sini... Boleh la pelepas dia rindu nak bercakap dengan geng2 dia.. Meru Meru check auuuu😂😂😂

And lagi satu yang aku suka pasai Laksa Siam ni banyak dekat sana pakai laksa halus tu atau pakai bihun ja as laksa depa.. Aku kurenggg skit laksa2 yg guna laksa gemuk2 tu.. Ehhh orang Kedah kan suka makan bihun goreng kuah laksa 😂😂😂

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS