Showing posts with label Hotel review

 Alhamdulillah... Kerajaan dah umum kan pergerakan rentas antara negeri dah dibuka bermula hari ni kan. Aku pasti Penang akan kembali busy dengan kereta play luar. Hahahhaha....

 Sambungan dari post sebelum ni...

Lepas kami dah habis makan dekat Onn Kitchen di Jb... Kami gerak ke  Gelang Patah area Medini (area Legoland)... Kami stay di D'Pristine Medini Apartment.

Untuk proses pengambilan kunci... Kami terpaksa ambil kunci di pejabat pengurusan homestay unit tersebut yang terletak di bangunan lain... Awal lagi kami dah maklumkan.. Kami akan sampai lewat.. Si pihak pengurusan dah tinggalkan key kami dalam keybox yang hanya boleh diakses dengan passcode yang diberikan kepada kami.

So time tu pulak nearly tengah malam la jugak.. Menggagau2 jugak kami mencari D'Pristine Medini ni. Untuk ke unit2 yang kami sewa... Kami perlu naik and oarking di tingkat 5 seperti yang diberitahu oleh pihak pengurusan homesstay tu... Tapi Ya Allah.... Teruknya akses dari bawah nak bawak kereta naik parking dekat atas.... 

Bukannya teruk pasai apa...jalan naik ke atas tempat parking kereta tu terlalu sempit... Memang perlu berhati2 kalau nak naik parking di atas ni... Aku syak engineer yang buat jalan ke atas ni... Ukur guna kereta kancil ja... Seram kalau tengok dekat dinding tu... Berapa banyak la kereta tersagat dekat kiri kanan... Nasib baik la suami jenis cekap... But yet memang berhati2 la time nak naik ke atas tu... 

So berbalik kepada keadaan dalam rumah / homestay yang kami sewaa tu... Nasib everything is OK n perfecto. 


Bahagian ruang tamu.. Sofa + tv.. Actually sofa tu boleh buat sofa bed... Tapi sofa bed pendek ja lah.. Bertentang dengan ruang ni ada ruang makan... With meja + 4 chairs... Ok la.. Perfect for four of us... 


Ruang kitchen pun best ja ❤️
Dekat pintu kitchen tu.. Kat luaq tu ada washing machine... Ok la sempata kami mendobi baju2 masa kt sana hari tu. 


Toilet pun bersih dan selesa! 


Bilik tidur kami.. 


Ya kami bawak extra airbed untuk anak2 tdoq dekat bawah... Kesian la.. Takkan nak bagi tdoq atas lantai kan... Memang sekarang ke mana2 kami akan bawak airbed extra. Takkan nak bagi depa dua beradik tdoq dekat luaq dekat sofa bed tu..mau bising.. Dah la penakut paittttt... 

Overall.. Rumah ni selesa la untuk kami 4 beranak selama 3 hari 2 malam.. D'Pristine ni pun dekat ja dengan Legoland.. 630m ja dari pintu masuk Legoland.. N bertentangan ja dengan Medini Mall... Nak makan ka boleh pi makan dekat Medini mall ni.. Ada Chicken Rice Shop.. Secret Recipe.. Siam express dekat sini... Kalau jenis rajin nak masak.. Dekat dalam ni ada grocerries shop nama Ben's Indipendent Grocer. Ni ala2 grocerries shop mat salleh la... Aku suka jugak.. Teringat ala2 Coles and Woolworth pun ada... Seronok tengok section sayoq n beef dia semua tu.. Sebijik mcm kt oversea.. Hahahha... Padan la banyak expats macam mat2 salleh duk beli barang dekat sini.. 


So in love with the packaging.. Less plastic! 


Gosh... Bahagianya tengok.. Bestnya kalau ada dekat Penang satu🀣


Melepas rindu dekat kopi Straya.... 
Sedapnyaaa 

Ehhh da melalut2 review Ben's Indipendent Grocer plak... Hahahha

Untuk D'Pristine Medini apartment ni... Dia ada macam2 type of room.. Kami amik suite /1 bedroom ja.. Sesuai la utk kami 4 beranak... Ada yang 3 bedrooms tak silap... N penthouse... So ikut la kesesuaian berapa ahli keluarga kita kan... As for me.. Yg one bedroom is enough... 

Tempat ni still baru... Memang sunyi la skit kan... Lepas tu... Dia ada banyak tower tau.. Yang aku duduk tu Tower 1...towers yang lain tak siap lagi tau.. Kalau lalu nak keluar kereta dari situ macam lalu construction site la... Aku pun tak paham macam mana boleh lulus OC padahal baru satu tower siap... Walhal parking lot dia dekat tingkat 1 sampai 4 pun actually tak siap betul2 lagi.... Tower lain takyah cakap la... 

Lepas tu.. Kalau jenis kuat hati n kental ok la duduk dekat sini.. Bukan la ada cerita mistik ka apa ka... Cuma biasa la tempat baru... Sunyi... Kalau penakut tu memang cuak la jugak kan... Aku malam kedua tu.. Boleh pulak laki aku kluaq minum jumpa membe dia sat kat sana.. Kalau jenis penakut aku rasa mau la macam2 karang... 

Yang lain2 tu ok ja.. Cuma kalau hampa jenis bawak kereta loq laq n tak berapa confident ni... Elok la hampa park kereta dekat bawah ja... Jalan nak naik ke parking lot dia hanat gila weiiiii... Terlalu hanat bagi aku... Hahahhaha... 

Itu ja lah nak cerita.... 
70/30 nak rekemen or tak tu... 
Tempat memang dah best dekat dengan Legoland semua tu... Cuma tu laa flaws yang aku listkan dekat atas.... 

Harap2 in future ok la kan.... 

Adiossss















Khamis lepas, setelah berapa lama stop review di hotel semenjak PKP berakhir... Maka aku menerima jemputan review di The Prestige Hotel. Antara hotel kegemaran aku dalam bab penyediaan makanan, dekorasi menarik dan seni "heritage" yang ada di hotel ini.

Kali ni, The Prestige Hotel menawarkan promosi kaw2 yang menarik. Antara promosi yang ditawarkan adalah :


Afternoon Affair untuk minum petang. 
Boleh order start dari pukul 3.00pm - 6.00pm.


Meriahkan.. 




Ni kat 1st layer.. Ada macam ala2 sandwich set dekat sini. Yg mcm ala2 steam bun tu.. Sedap gila ok.. Sebab dalam dia ada honey smoked duck... Fav! 



Ni more to pemanis mulut... Aku suka macaroons dia.. X manis leceh sangat mcm sesetengah orang buat. I kenot manis2 ni. 


Ni pulak scones... Sebut betui2.. Jangan duk sekonesss mcm Mona Kampung People pulak🀣🀣🀣



Ni pulak Mixed Platter. 
Boleh start order dari pukul 3.00pm - 10.00pm.

Jom kita tengok apa yang ada dalam Mixed Platter set ni... 


Ada macam2 weiiiiiii.. Sumpah dengan harga RM80 ni memang murah sangat2 Mixed Platter set dia ni. 


Dia bukan ada ayam daging lembu and kambing ja... Dia ada sotong.. Udang.. Fish fillet... Pastu chicken wings.. Pastu kebab daging lembu... Dengan pita isi kambing..... Memang selambak wei.. Sumpah puas hati gila... Tak tau nak describ puas hati dia tu macam mana tau sebab memang puas hati la... Tak dapat weiii dekat tempat lain RM80 macam ni... Kawan2 aku kat KL tengok gambaq ni kt ig pakat komen kata murah... In fact restaurants fames pun Mixed Platter depa mmg biasanya RM100+ kot. So memang berbaloi i tell you lah... 


Meriahhhhhhh takkkk... 

Tengok balik gambar ni.. Aduhhh terlioq teruk weiiiii.... 


So apa lagi jom orang Penang kita belanja family kita makan dekat Glasshouse, The Prestige Hotel ni. Dijamin puas hati dengan makanan2 dia. 

Harga bagi aku standard sama macam restaurants dekat luaq tu. Tak la harga mencekik darah sangat macam certain  restaurants dekat hotels tu. 

And sempena Halloween pada 31st October nanti... Depa ada buat promotion untuk Halloween 


So sapa2 yang nak pi sambut Halloween tu boleh la mai dinner tang ni.. 

Untuk reservations and details boleh;

Glasshouse, 
The Prestige Hotel, 
13, Church St Ghaut, Georgetown, 
10200 George Town, 
Penang
04-217 5888
















 Memandangkan satu dunia dilanda Covid 19..maka kebanyakkan negara mengamalkan dasar tertutup dengan menutup borders masing-masing. Dan berikutan dengan itu.. Maka marilah kita Cuti-cuti Malaysia sahaja ya anak-anak.

Plan nak ke CH ni.. Actually plan kakak aku n mak aku lepas habis PKPB hari tu... Time tu dah boleh mrentas sempadan negeri tu. And mak n kakak aku pun balik ke Semenanjung... And kebetulan kakak aku amik cuti xsilap lama juga la. Ya la.. Dah la raya tak boleh balik... Pastu keja sebagai frontliner buat lagi la orang tu stress kan.. Ni Sabah hit balik Covid cases.. Fuhhhh... πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”



Ok la... Back to the story.. Plan kami hari tu.. Bermalam di Cameron Highland selama 3 hari 2 malam... Dan diikuti bermalam di Batu Kurau Perak lepas turun dari Cameron Highland.

Kami gerak ke Cameron Highland hari Selasa... Very d best la pi CH time2 orang xdak ni. Cuba bayangkan kalau weekn yang orang dah masuk  gaji.. Meremut weiiii....so we managed to relax la bila dekat sana sebab everything is so relaxing... Tak payah nak berebut2 n bersesak2 dengan orang kan. 

And kami stay dekat Tiny Boutique Habitat. Yang terletak dekat Kampung Taman Sedia. Aku suka Taman Sedia ni... Sebab dekat sini majority orang-orang kita. So nak makan ka apa ka senang la jugak. Tak payah la nak sakit-sakit kepala nak pi breakfast jauh-jauh ka.

Aaa jom lah aku jamu gambar dekat Tiny Boutique Habitat ni ya. 



Ni office & rumah owner. Lawa sangat


Ni cafe dia yang fames dengan pizza kayu arang tu. 


Tengok lah lavender dia.. Subur gilaaaa... Wangiiii jaaa❤️❤️❤️


Look at the hydrangeas 😍😍😍


Ni dah nak masuk ke area tiny house dia. 


Register dulu untuk check in. Kena daftar amik suhu semua orang. Ikut SOP ya. 


Jom lahhh kitaaa... 


Ni la tiny house nyaaa.... Cantik kan... So ingerishhhh.... 


Rumah owner and rumah2 kecilnya yang disewakan... Ahhh gituhhh.. Lawwwwaaaaaaanyaaa lahaiiii tempat ni... 

Okjom kita tengok dalam rumah dia pulak macam mana... 


Masuk2 pintu akan nampak macam ni... Ada katil queen.. Ada sofa bed dejat hujung tu... Pastu tepi sofa bed tu ada tempat sidai baju and tempat nak solek. 


Ni bahagian atas ya. Aku and anak2 aku tidoq dekat atas ni. Sejukkkk gilo malam2... 


Ni permandangan dari atas ya. Ecah tu suka sangat turun naik sini.. Ok la tangga dia tak la curam or menakutkan... Turun2 tangga tepu tangga ni toilet. Toilet lupa plak nak tangkap gambar. Tapi toilet dia bersih ja. 


Ni view dari atas ya. Cantik kan. 


Ni dekat garden dia... Actually dia ada bela arnab.. Goose dengan apa ntah.. Ala2 super mini zoola.. Aku lupa nak tangkap gambaq anak2 aku duk feeding binatang2 tu. Tapi best la budak2 kan.. Tak pernah duk main arnab.. Kat sini dapat la main. 


Feeling2 kampung dekat Normandy France pulekkkk πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Ni dari tiny house nak ke cafe dia. 


Hai tuan rumah.. Ada orang ke tak tuuu? 


Ni buah πŸ‹ nala punya besaq dekat Garden dia. ❤️❤️❤️


Fresh fig... Teringin sgt hari tu. Dah la aku memang suka yang fresh... Haihhhh


Cherry tomato owner... Kemain lagi.. Aku tanam kecik2 ja buah dia... Lubang idung aku besaq lagi tauπŸ˜‚


Cantik kan landscape garden dia ni... Sejukkk rasa hati memandang... .. 


Malam tu kami buat steamboat /oden dekat garden dia. Ada la dia sediakan meja dekat luaq hujung2 garden tu untuk orang lepak makan. Aku pulak bawak portable stove tu.. Maka dengan ini.. Haruslah ber oden


Ber oden la kami malam tu. 

So sesapa yang nanti tengah mencari nak bercuti kat Cameron Highland and nak stay mana.. Boleh la consider Tiny Boutique Habitat ni dalam list hampa. Satu tiny house ni boleh fit  up tp 7 persons ok.. 

Rate dia tak silap aku dalam RM350 satu malam. But to be honest bagi aku worth the price sebab boleh masuk ramai kan. Kalau amik hotel paling ramai pun maybe 3 dewasa.. Kata la rm150+.. Kalau dua bilik dah berapa kan.. Lebih kurang jugak sebenarnya. Baik cari tempat yang selesa and cantik macam ni. Tak silap aku, Kakak aku booking dejat Booking.com.. Memang berbaloi la dapat feeling2 duk tempat orang putih tanpa pi jauh2.. Ehhh... 

Oklah... Tu ja nak review... Bagi aku tempat ni memang lawa sangat2. Bilik pun selesa... Pastu owner pun pandai bagi nampak tempat ni "hidup" sangat. Good job to the owner n teamπŸ‘
















Assalamualaikum

Cuti sekolah tak lama lagi kan... Sat ja dah nak hujung tahun. Sedaq tak sedaq dah nak masuk 2020. Tapi tak nampak lagi kereta terbang.. Hahahhaha. OK lawak hambar😜

Ada yang plan nak mai berjalan2 kat Penang dak? Kalau ada... Mai nak habaq kat hampa... Vouk Hotel and Suites Penang ada buat Seafood semi Buffet sempoi punya.
Sebab apa aku kata sempoi... Sebabnya... Hampa boleh pilih makan segala jenis seafood dengan harga yang berpatutan macam ala2 dekat Seagate atau Umbai kalau dekat Melaka.


Kali ni kita mai review tang ni pulak ya anak2. 


Hampa kalau nak makan seafood hat bakaq  ka tiga rasa ka sotong celup tepung ka elok la mai makan tang ni.. Sebab apa... Sebabnya lani kan musim hujan.. Mau makan kat luaq.. Elok duk makan hujan mai basah lencun...
Ni makan dekat dalam restaurant dekat dalam hotel elok ja.. Hujan mai pun hampa tak perasan... Tu belum cerita lagi kalau mai time panaih... Angin xdak... Memang xboleh bawak berbincang cerita dia dengan ketibas bagai kan...onz ka tak onzz uolls?


Bertempat di C'est Si Bon. 

Jom kita tengok apa ada dekat Semi Buffet Chu Char Ikan  di Vouk Hotel & Suites ni. 


Ini paling favourite OK! 


Fuhhh murahhhh kot rega seafood dia ni


Sotong tu nampak sangat2 fresh OK. 


Udang laut ni beli dekat Sungai Batu pun size takleh pilih tu pun Sekilo RM60.. aku pernah makan mee udang..yang udang timbang tu RM90/KG kot.. Tu be berapa tahun lepas.. Lani xtau la berapa kan. 


Ikan2 pun fresh OK.. Sebab depa Dapat stock direct dari melayan dekat Teluk Bahang. So all guaranteed fresh OK! 


Ni antara list seafood yang ada la. 


Hampa boleh pilih nak masak apa OK... 


Ni kalau nak sayoq.. Ada jugak list sayoq n Masakan yang ada untuk sayoq tu. 

Untuk bahagia ni hampa boleh makan sampai lebam sebab yang ni la section semi Buffet tu... 


Salad section



Aku suka gila yang cucumbers pickles dia tu. Sedapppp


Seafood Tomyam


Pencuci mulut dia. 



Malaih nak cakap banyak.. Jom tengok kami makan apa malam tu... 


Jeng Jeng Jeng jenggg.. Sedap nyaaa


Hoiii hat ni wajibbbbb cubaaa... Ketam nipah salted egg dia power. 


Siakap lemon grass.. I like dis one.. Sedap Masakan dia. 


Sotong goreng tepung. Sedap! 
Tak puas makan ok


Udang Kong po style


Lala kam heong



Kerang bakar


Ikan pari bakar


Last but not least kailan ikan masin. 


Set Menu
*APPERTIZER,SOUP,RICE & DESSERT FREE EAT ALL YOU CAN*

Set For 2 – 4 Person
RM 88.00
Sea Bass Fish 
Sayur Campur
Telur Dadar
Sotong Goreng Tepung

Set For 6 – 8 Person
RM 118.00
Sea Bass Fish 
Sting Grey Fish
Sayur Buncis Goreng Taukua
Telur Mata Siam
Sotong Goreng tepung

Set For 10 – 12 Person
RM 158.00
Sea Bass Fish 
Sting Grey Fish
Lala with Kam Heong
Sayur Kai Lan Ikan  Masin
Telur Bistik
Sotong Goreng Tepung

So basically contohnya macam aku.. Kalau nak pi makan 4 beranak.. Of course la amik yang set for 2-4 tu kan. Let say nak tambah sotong goreng tepung ka.. Ketam salted egg ka... So kami kena la bayar tambah untuk item2 yang kami tambah ni. 

Bagi aku memang berbaloi sangat2 la sebab makan dalam hotel plak tu kan. Tak gaduh nak pikiaq hujan ka tengah2 makan.. Panas ka sampai ketibas... Pastu nyamuk ketit ka apa ka.. Takyah nak risau.. Boleh makan dengan tenang lagi Haa. 



Hampa kalau nak pi makan kat sini boleh la ke :

VOUK Hotel Suites
57-G-3, Mansion One, Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, Penang
Tel : 04-3708333


Untuk promotions lain:

Vouk turut menyediakan promosi berikut








© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS