Meggi Goreng Simple Terlajak Sedap

by Alia Farhan, 9:47 AM

 Kat sini ada peminat meggi goreng dak? Macam kami suka sangat meggi goreng dekat mamak. Tapi x semua la kedai mamak yang best kan. Kalau dapat yang best tu…asyukkk ja.

Kat rumah ni pun sentiasa beli meggi kering yang kosong tu banyak sebab senang kalau anak2 lapaq ka time minum petang ka or xda idea ka nak masak apa…so moh ler kita leburkan mee ni buat meggi goreng ja.


Aku selalu beli yang tesco brand..sekarang ni lotus brand la kan..kalau malas nak pi ke Tesco tu aku beli ja brand cintan yang kosong tu..pun ok gak…



Sayur hijau takda sebab tak beli lagi.. ada cendawan king oyster tu ja..so kita letak la benda yang ada ja..senang sikit.

Bahan-bahan dia pun senang ja aku main campak2 ja sebab nak cepatkan. Sumber protein dia aku pakai ayam ja. Untuk ayam ni tengah keras kejung dalam peti sejuk aku defrost ja pakai microwave sebab nak cepat kan. 

Jom la tengok bahan-bahan and cara aku buat.

Bahan-bahan:

Megi kering 4 keping

Telur 2 biji

Isi ayam/udang

Bawang putih 3 ulas

Bawang hilland selabu(nak guna bawang besar biasa pun ok ja)

Chili flakes

Sos tiram

Sos cili

Sedikit kicap manis

Garam

Gula

Ajinomoto/ maggi cukup rasa

Minyak untuk menumis


Cara-caranya:

1. Rebuskan megi terlebih dahulu dan tosskan bila da masak.

2 . Dalam kuali lain, panaskan minyak dan pecahkan telur ke dalam kuali. Biarkan telur mengental dan kacau.

3. Dalam kuali yang sama tambahkan minyak sedikit kalau nampak minyak nan hado, dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Jangan lupa kacau-kacau ya.

4. Masukkan chili flakes dan kacau-kacau. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air ke dalam kuali tadi. Jangan lupa masukkan isi ayam atau udang dan cendawan atau any sayur yang hampa suka.

5. Boleh perasakan dengan gula , garam dan serbuk perasa. Kemudian boleh lah masukkan megi yang da direbus tadi. Kacau hingga sebati dengan kuah tadi. Kalau nampak warna tak menarik boleh la tanbah sedikit kicap manis. Jangan lupa kacau2 bagi semua bersalut dengan kuah.

Dah tiapppp…Ecah makan megi goreng ni 4 mangkuk kecik tu berulang2.. suka sungguh dia dengan noodles megi ni…kalau mee kuning biasa tu dia kureng skit. Sebab tu memang selalu spare ni banyak-banyak dekat rumah. Ni kalau letak sayur hijau ni umphhh lagi ni.


My happy pills yang tengah membesar ni tengah fasa kuat makan. Kadang2 nak malas pun x sampai hari utk tak masak kr diorgšŸ„²


SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Semua maggi hantam janji sedappp

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing useful information with us. please keep sharing like this. And if you are searching a unique and Top University in India, Colleges discovery platform, which connects students or working professionals with Universities/colleges, at the same time offering information about colleges, courses, entrance exam details, admission notifications, scholarships, and all related topics. Please visit below links:



    MCA good for you is it really helping you to develop your future career?


    Top 10 Bachelors in Computer Application (BCA) Colleges Or Universities in India

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS