Baked Chilies Chicken & Garlic

in , , by Alia Farhan, 12:31 AM

 


Nyummehhhh 

Nak buat dia pun senang ja..aku letak dalam oven ja…
Ni pun buat masa balik my hometown hari tu untuk makan ramai-ramai



Jom aku share bahan-bahan and cara dia

Bahan-bahan:

Ayam (aku guna thigh and drumstick part)
Chilies flakes 
Garam
Gula
Maggi cukup rasa
Bawang putih 3 labu (belah tengah)
Perahan lemon/cuka
Sedikit minyak

Cara-caranya :




1 . Perapkan ayam dengan chilies flakes, garam,gula dan maggi cukup rasa(lagi lama perap lagi sedap)
2. Kemudian potong garlic tengah2 macam dalam gambar
3. Masukkan perahan lemon/cuka dan sedikit minyak ke dalam bahan perapan tadi.
4. Marinatekan sekali garlic bersama-sama ayam tadi.
5. Lagi lama marinate lagi sedap. Panaskan oven pada 180C selama 10 minit.
6. Kemudian bakar ayam selama 30 minit.




Tadaaa da tiappppp



Rasa dia padu teruk wei..xperas pun sebab semua rasa balance gila..ni buat ratah saja pun sedap gila wei😋😋😋



Tapi kami makan dengan nasi la hampa oiii..ni pun berebut ayam2 tu..baked garlic tu makan dengan nasi perghhh dap gila wei..aku dengan laki aku biasa kami dua pun sorg 1 labu garlic..ni buat 3  labu garlic pun licin…semua pakat eedappp la garlic ni…🤭🤭🤭🤭

So apa lagi korang..cuba lah ya..simple tapi sumpah sedap gila wei🤣🤣🤣





SHARE 4 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS