Burger Sedap Di KL

by Alia Farhan, 8:48 AM

Jangan ingat negara barat saja yang suka makan burger. Malaysia sendiri ada ramai peminat burger dan ada banyak tempat makan untuk menu burger dengan rasa yang sangat memuaskan hati. Walaupun peniaga yang menjual burger ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan, tetapi masih ada tempat makan untuk menu burger yang sentiasa popular di hati pelanggan dari dulu hingga kini.

Bagi kalian yang masih tertanya-tanya, dimanakah lokasi atau tempat makan untuk dapatkan menu burger yang sedap dan berbaloi, di sini telah di senaraikan beberapa lokasi sebagai panduan.


1. KGB




KGB Burger merupakan singkatan bagi perkataan Killer Gourmet Burger. Ia dibuka buat pertama kalinya kepada orang ramai pada tahun 2013. Sejujurnya, idea Killer Gourmet Burger ini jika kita tengok sudah dapat menunjukkan burger mereka dapat menandingi lain-lain burger gourmet yang ada di Malaysia.

Burger KGB ini sebenarnya cukup bagus kerana tampil dengan cara mereka sendiri. Salah satunya, permukaan roti telah dicop dengan perkataan  KGB dan secara tidak langsung ia telah berjaya mencipta identiti untuk diri mereka sendiri.


2. Lava Rock Grill & Pasta




Di Lava Rock, anda boleh mendapatkan burger bakar klasik yang sangat lazat hasil gabungan roti, daging lembu atau ayam yang telah digabungkan menjadi satu burger hingga mampu buat pelanggan menelan air liur.



Jika makan di sini pastikan sudah bersiap sedia untuk menikmati waktu makan yang comot kerana daging atau ayam untuk burger ini dilapisi oleh keju dan sos yang banyak.




3. BurgerByte





Usaha pelawak tempatan terkenal Zizan Razak, BurgerByte mempunyai alasan tersendiri untuk menjadi salah satu restoran yang mampu menarik perhatian ramai peminat burger tanahair. Di BurgerByte, dengan sendirinya akan berhenti mengira kalori kerana BurgerByte benar-benar mementingkan rasa, kualiti dan nikmati makan yang setimpal dengan rasa bersalah anda itu.

Bau aroma berasap sudah mampu membuatkan sesiapa saja rasa tak sabar untuk menikmati menu di sini.

4. Zam Burger





Ia agak mirip dengan Burger Bakar Kaw Kaw tetapi dengan persembahannya yang tersendiri. Burger Zam terkenal kerana pelanggan boleh minta mahu patty yang bagaimana.



Pelanggan boleh pilih mahu patty dimasak pada tahap medium hingga sederhana. Rasanya yang digabungkan dengan garam dan lada benar-benar mampu menghasilkan rasa original yang ada. Sos tambahan seperti mayonis, sos cili, bbq dan sebagainya juga boleh ditambah bergantung pada pilihan pesanan pelanggan.





5. Chequers




Siapa sangka, dengan menggantikan roti bijan yang lembut dan gebu ini merupakan satu idea yang baik. Kemanisan mentega yang mengalir keluar daripada waffle dengan teksturnya yang lembut dalam bentuk segi empatnya, telah mampu memberikan pengalaman makanan yang sangat berbeza. Ia sememangnya lain dari yang lain tetapi masih mampu memuaskan hati pelanggan.



Burger boleh dianggap sebagai salah satu menu western food near me yang ada di Malaysia. Nak dapatkan menu-menu burger yang terbaik ini tidak susah, boleh terus melayari laman web Foodpanda untuk buat pesanan dan setelah siap rider akan menghantarnya terus sehingga depan pintu rumah.



Selamat menjamu selera dan selamat beristirehat bersama keluarga.



***all pics credit to Google





SHARE 2 comments

Add your comment

  1. its so true!! i love burger too !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn... Sama la.. Kalau cemuih2 nk mkan nasi ka apa ka.. Mmg cari burger

      Delete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS