Resipi : Otak Masak Putih

Halu haluuuu..
Nak tanya kat sini ada suka makanan esotik tak?
Kalau ada.. Ada tak yang makan otak lembu? Hahhahaha... Soalannnnn....
Ada orang tanya boleh makan ke?
Boleh diknon... Tapi x elok lah makan selalu. Benda organ-organ dalaman ni kan. Boleh makan.. Macam paru, hati, limpa,perut lembu semua tu. Tapi tak elok la makan selalu.

Ni pun kebetulan masa pi market Taman Tun Sardon hari tu, jumpa dekat bahagian jual daging tu. Apa lagi. Memang beli terus la kan. Aku ni memang suka skit part ni. Tapi xda la makan selalu kan. Selalu kalau nak raya tu.. Mak aku jumpa orang jual mesti dia beli and buat masak putih sebab dia tau anak dia ni suka makan otak ni. Lagi2 kalau buat masak putih ni.

Sedap gila okay masakan ni. Aku macam tak pernah jumpa masakan ni dekat kedai. Aku rasa ni kategori masakan orang lama-lama dulu. Sebab ni arwah tok aku yang suka buat masakan ni. Bila areah tok dah takdak, mama la yang akan masak masak putih ni. Tapi jarang la masaknya sebab masak putih ni biasa mama akn buat bila nak masak otak ja.

Aku suka masak putih ni sebab rasa dia padu gila. Susah nak explain rasa dia macam mana. Yang ni hampa kena try dulu. Selain buat masak otak ni, ikan yu and teloq ikan duri masak putih ni pun sedap gila.

Aku rasa aku pernah masak ni last masa  tu arwah abah stil ada and kena admitted dekat KMC sebab slip disc tak silap
 Tapi bukan masak otak ni la. Aku buat telur ikan duri masak putih. Dah lama gila sampai aku lupa dah macam mana buatnya.

So disebabkan aku dah lupa macam mana nak buatnya, maka harus lah wasap tanya mama aku macam mana buat. Ya nasib mama ada lagi kan. So boleh peturun ilmu. Bila dah tau nak masak macam mana.. Boleh la mula buat sendiri kan.



Jom la tengok bahan-bahan  n cara buat dia.

Bahan-bahan:

*1 ketul Lengkuas sebesar dua ibu jari
*1 ketul Halia sebesar dua ibu jari
*2 batang serai
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
2 susu besar Jintan manis
Lada hitam ditumbuk kasar
1 keping asam keping /gelugor
Santan pekat
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Meggi cukup rasa
Otak yang dah dicuci and dibuang urat-urat darah and dipotong kepada beberapa bahagian.


Rupa otak sebelum dibedah. Masa buat ni memnag kena extra care. Nasib memang part2 renyah ni dari dulu aku akan tolong mak aku. So takda la susah mana sangat nak bedah otak lembu ni. Hahhaha



Cara - cara:

1. Blend kesemua bahan-bahan bertanda * di atas.
2. Panaskan minyak, dan masukkan bahan-bahan yang diblend tadi.
3. Kacau sehingga bahan-bahan tadi naik bau dan masukkan serbuk jintan manis dan lada hitam.
4. Masukkan asam keping dan tambahkan air.
5. Boleh masukkan santan and masak sampai pecah minyak. Bila dah pecah minyak tambah sedikit air dan biar bahan-bahan tadi mendidih sekali lagi.
6. Bila bahan-bahan masakan tadi dah kering sikit, boleh la masukkan garam, gula dan meggi cukup rasa.


7. Lastly masukkan otak dan masak seketika. Kalau kuah terlampau kering, boleh masukkan sedikit air. Dalam 5-10 minit dah boleh nampak otak akan masak. Once dah masak... Boleh la tutup api.

Dah siap. Senang ja masak ni. Tapi rasa dia gila padu oiiii. Nak macam rendang tapi bukan rendang. Yang pastunya sedap gilos ok.


Sedap gilos ok. Kena masak putih ni dengan otak ni. 

Tapi benda-benda macam otak ni xleh makan selalu  la kan. Nama pun organ dalaman. Macam otak ni high cholesterol ok. So memang lah tak elok diamalkan selalu. Sekali sekala ok la skit kan habuan nak lepaskan nafsu serakah yanh esotik ni. Kahkahhh 

Oklah.. Bella chiao... 




2 Comments

  1. makanan eksotik ni..rare. jarang org makan otak ni. siapa suka makan boleh la try masak. mcm ida mmg tak makan organ dalamn..hehe

    ReplyDelete
  2. sy makan jg organ dalaman macam paru,limpa,hati ..tetapi otak belum pernah makan lagi

    ReplyDelete

Post a Comment