Pokok-pokok Sayur Yang Sesuai Ditanam Di Balkoni

Ada rumah landed..kelebihan dia kita ada tanah untuk bercucuk tanam. Tapi kalau tak guna peluang yang ada pun tak guna jugak kan. Kalau serai pun kena beli dekat kedai.. Rumah sendiri laman penuh dengan lalang pun xguna gak kan? Ehhhh

And tak bermakna jugak kalau duduk rumah burung mcm apartment.. Kondo mahupun flat tak boleh bercucuk tanam kan... Kita ada pilihan untuk tanam atau tak. Ada orang prefer balcony dengan pokok2 hiasan.. Aku prefee ada pokok hiasan dah jugak pokok2 yang aku boleh buat makan. Konsep aku.. #ediblegarden n #growyourownfood.

Untuk pengetahuan hampa.. Aku dari rumah lama kt Juru lagi duk bercucuk tanam dekat balcony. Memang gardening is my therapy.

So jom lah kita tengok pokok-pokok yang sesuai ditanam di balcony.

1. Bayam brazil.



Sekarang ni trending orang pakat tanam Bayam Brazil dek sebab mudah tanam and hidup. Selain tu... Bayam brazil ni jugak sedap and mudah membiak. Aku selalu makan buat ulam ja. Crunchy!



2.  Thai basils(selasih) / sweet basils


Thai basils


Ni pokok favourite aku actually untuk mengulam. Kalau masak pun suka gak letak dia. Sebab sedapppppp..best gilaa aroma dia. And pokok selasih ni kan baik untuk kesihatan dalaman wanita katanya. Orang siam suka makan ni buat ulam n rencah masakan depa.


Sweet basils 


Sweet basils pulak terkenal dalam masakan Barat esp pasta. Boleh buat pesto umtuk pasta. Sedap jugak...


3. Ketumbar jawa /cullantro


Culantro


Ketunbar jawa ni adik beradik ketumbar biasa tu. Tapi bentuk dia totally different. Kalau ketumbar biasa nama omputih dia cilantro... Ketumbar jawa ni nama dia cullantro. Fames dekat mexico, vietnam and Thailand sana sebab depa banyak guna dalam masakan depa. Aku suka lagi cullantro ni dari cilantro sebab pokok dia ni serius senang jaga and tahan lasak compare to cilantro. Cilantro nak tunggu tumbuh daei benih berjanggut.. Nak tanam dari akar yang beli kat kedai pun asyik mampus ja.

4. Kangkung


Kangkung


Ni pun kategori senang yakmat nak bela. Tak banyak songeh.. Sedap pun sedap. Dapat hasil pun cepat. Dalam sebulan boleh dapat hasil dah.


5. Cili



Ni pun antara yang boleh tanam dia balcony. Yang aku tanam ni yang campak dari benih cili kering tu. Naik elok gak. Cuma musim sekarang ni..bena suka la munculkan diri sebab hujan kan. Aku cukup benci dengan bena ni. Kalau dapat memang aku penyet2 kan ja. ๐Ÿ˜

6. Tomato





Tak kira la tomaro biasa ka tomato cherry ka. Dua2 pun boleh. Cuma tomato ni telan baja mcm hantu raya. Kena selalu baja dia kalau nak buah elok n banyak.

7. Terung



Ni pun ada dekat balcony aku. Hahhahaha. Senang. Aku memang suka makan terungm so basically aku tanam apa yang aku suka makan.

8. Bayam



Yang ni pun sama macam kangkung. Senang hidup. Cepat dapat hasil. Nak cahaya yang cukup.

9. Bunga telang



Selain bunga yang cantik sebagai hiasan, bunga dia boleh gak dijadikan teh dan pewarna untuk nasi kerabu dan kuih muih. And ada yang makan kacang dia buat sayur mcm kacang pis tu.

10. Kacang panjang renek



Sama macam kacang panjang. Tapi pokok kacang panjang renek tu menjalar. Boleh tanam dalam pasu ja. Kena cara jaga.. Baja, air and cahaya... Meriah la buah dia.

11. Daun bawang



Amik ja bawang-bawang dalam stock korang yang da start berdaun tu.. Cucuk ja dalam pasu. Naik la nanti. Takpun.. Balance2 beli daun bawang tu.. Amik yang ada bawang dia tu cucuk dalam tanah.

12. Bawang.


Dari 2 butir beranak jadi 4 butir semuanya๐Ÿ˜


Pernah letak bawang merah yang kecil tu yang asalnya ada dua butir bergabung tu dalam pasu. Tengok2 keluar bawang baru. Dari 2 butir bercantum, jadi 4 butir. Hahahha. So basically boleh la tanam u ols.

13. Daun keledek.



Daun keledek ni of course la mcm kangkung gak. Mudah jaga. Mudah jugak dapat hasil. Celur buat ulam.. Bestttt

14. Pudina /mint



Pudina ni asalkan dapat cahaya under shade skit. Tanah lembab skit.. Meriah la dia...

15. Kesum



Ni pun tanaman yang sesuai ditanam di balcony. Especially under shades. Kena pastikan tanah sentiasa basah untuk bagi pokok subur. Nak buat asam pedas ka laksa ka.. Boleh petik dari balcony saja.

16. Rosemary


Kanan sekali rosemary kesayanganku. 


Rosemary ni sukakan cahaya matahari dan keadaan yang kering. Means rosemary ni tak boleh over watering. Kalau over watering memang boleh mati. Aku memang suka bau rosemary ni sebab wangi. Kadang2 kalau migraine or sakit kepala serang memang  tuju  ke balcony utk amik daun rosemary.. Patahkan and cium2 daun dia. Surprisingly it works for me. Lega skit sakit kepala yang berdenyut2 tu.

And of course la rosemary ni paling best guna untuk marinate ayam, kambing dan daging lembu... Perghhhhh merecikkkk

17. Selom


Daun selom buat ulam sedap.. Buat kerabu pun sedap. 


Senang hidup. Cuma perlukan tanah yang lembab... Boleh tuai untuk buat ulam dan kerabu! Aku baru start semai daun selom ni. Harap2 lepas ni boleh makan ulam baru. ๐Ÿ˜˜

18. Cuban oregano


Yang ni variegated cuban oregano


Cuban oregano ni sangat la mudah jagam tak banyak songeh dan menpunyai daya survival yang tinggi. Nak biakkan pun senang. Patahkan skit batang dia n cucuk dekat tanah.. Dah dapat pokok baru.

Selain dar senang hidup.. Bau cuban oregao ni sama dengan oregano yang biasa tu. Cuba oregano ni mempunyai anti viral properties... And sesuai diamalkan secara alami untuk healing selsema dan sakit tekak. Buat letak dalam air teh o mcm mint and minum.. Walahh sedap uiii. Selain dari buat minum, cuban oregano ni boleh gak dicincang halus dan diletak dalam perapan ayam, kambing dan lembu. Sedappp uiii.. Aroma terus umphhh

19. Cekur


Daun dah tua ๐Ÿ˜


Cekur ni antara tumbuhan yang mudah jaga jugak. Taknak panas sangat. Cekur ni ada ubi dia. Kalau ubi dah banyak.. Boleh pindahkan ke dalam pasu baru untuk dibiakkan. Aku suka makan daun muda dia buat ulam. Ubi dia pun sedap buat ulam. Kalau orang Jawo suka buat masak cekur.

20.  Lobak putih


Ni aku tengok dekat group kebun dekat Fb ada orang tanam dalam botol ja. So aku pun nak mencuba nasib


Ni aku baru repot dalam botol ada isi tanah and cocopeat. 

And masa aku baca yang dekat Fb tu.. Dia cakap lobak putih yang dia tanam tu bukan direct sun... Bawah net hitam tu... So aku pun ingin mencuba nasib.. Mana tau menjadi. Nanti aku update hasil ya.

So... Banyak kan list pokok2 yang hampa boleh tanam dekat balcony kan. Especially those yang tinggal rumah burung macam aku ni kan. Bak kata pepatah.. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Bagi yang baru nak start mencuba bercucuk tanam, boleh la mencuba tanam pokok2 yang senang macam daun bawang ka.. Thai basils ka.. Bayam brazil ka.. Lepas tu boleh la upgrade ke pokok2 yang agak susah macam tomato ka.

Tapi yang paling penting, due to limited space... Tanam yang korang makan ja. Kalau tak berapa sangat makan bendi macam aku ni.. Tak payah la tanam. Macam aku suka gila ulan thai basils... So memang aku tanam banyak pasu untuk aku buat ulam almost everyday.

So tu ja lah.. Nak kongsi dengan korang semua pokok2 sayur  yang boleh ditanam di balcony rumah.

Selamat bercucuk tanam ya.




1 Comments

  1. Wah seronoknya. Petik2 ja sayur & ulam-ulaman. Saya pun tinggal di rumah burung. Walau ruang terhad tetap nak bertani. Inspire sgt. Boleh tambah jenis pokok. Terima kasih kerana sudi berkongsi

    ReplyDelete

Post a Comment